| 9

393 13 0
                                    

PINTU mansion mewah milik Gabriel dibuka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU mansion mewah milik Gabriel dibuka. Kaki panjang milik Gabriel menapak menuju ke bilik mereka. Pintu bilik dibuka. Gabriel terus meletakkan isterinya dengan berhati-hati. Dengkuran halus dari Ara menyebabkan Gabriel tergelak kecil sehingga menampakkan lesung pipitnya.

Selimut di tarik sehingga menutupi paras perut isterinya. Rambut Ara diperkemaskan lalu kucupan dilabuhkan ke dahi Ara. Gabriel menapak menuju ke bilik air. Selesai sahaja mandi, dia menapak keluar dari bilik air. Kakinya melangkah ke katil namun isterinya yang sedang tidur tadi hilang dari pandangannya. Matanya mengerling jam di dinding. Sudah pukul 1:15 pagi.

Gabriel mengenakan seluar pendek paras lutut. Kaki Panjangnya menapak menuruni anak tangga lalu ke ruang tamu. Kelihatan isterinya sedang makan maggie di ruang tamu sambil menonton television. Betuah punya isteri.

"Sayang buat apa ni? Dah lewat malam." Gabriel merampas maggie cup di tangan Ara. Remote di ambil lalu Gabriel menutup television itu.

"Abang, sayang nak makan."

"Tak elok makan maggie sayang. Dah jom naik atas tidur." Gabriel mengusap lembut rambut isterinya.

"Tak nak. Sayang nak makan."

"Sayang, dah lewat ni. Esok kita makan eh? Esok abang masak untuk sayang. Sayang nak apa, sayang cakap je." Gabriel mengucup lembut pipi isterinya.

"Janji?"

"Ya, sayang. Abang janji."

"Okey."

Gabriel menarik lembut tangan isterinya. Sampai sahaja di bilik, Ara terus merebahkan tubuhnya ke atas katil. Gabriel juga merebahkan tubuhnya bersebelahan dengan isterinya.

Tubuh kecil isterinya ditarik ke dalam pelukan hangatnya. Dahi bersih Ara dikucup lembut. Wajah isterinya ditenung lama olehnya. Sungguh cantik.

"Abang jangan tinggalkan sayang." Perlahan Ara berkata. Badan tegap suaminya dipeluk erat.

"Abang tak akan tinggalkan sayang. Sayang milik abang selamanya. Hak milik abang." Belakang tubuh Ara dielus lembut. Bibir mungil milik isterinya disentuh lembut. Kelopak mata isterinya dikucup perlahan.

"Sleep well, sayang."

˚⊱🪷⊰˚

ARA membuka almari pakaian. T-shirts berlengan pendek dan kain batik dikenakan ke tubuhnya. Gabriel yang berada di balkoni luar itu hanya memerhati ke arahnya. Kaki panjangnya berjalan menuju  ke arah si isteri. Tubuh kecil isterinya di angkat lalu di bawa turun. Sampai sahaja ke bawah, Gabriel meletakkan Ara di atas meja dengan penuh berhati-hati.

THE KING: GABRIEL ALEJANDRO  | OGWhere stories live. Discover now