BAB 01

878 230 4
                                    

"Encik, dompet encik tertinggal..." Belum sempat aku mengejar langkah lelaki yang berbaju kasual hitam itu dia sudah memasuki kereta alphard dan kereta itu tidak sampai tiga puluh saat rasanya sudah memecut memintas jalan.

"Erisha!" Panggilan itu buatkan aku menoleh ke belakang. Erisha itu yang di panggil atau nama sebenar aku Erisha Hazreen binti Emmer, umur sudah mencecah dua puluh lima tahun. Langkah seorang gadis itu semakin dekat denganku, wajahnya tampak risau.

"Awak pergi mana? Risau saya tahu tak cari awak merata tadi." Gadis itu menyambung. Aku hanya diam kerana salahku juga tidak memberitahu Ariana, iaitu gadis di hadapanku ini.

Dia menarik ku duduk di kerusi yang tidak jauh dari tempat kami berdiri.

Lambat-lambat aku bercerita juga kepadanya perihal dompet seorang lelaki yang ketinggalan masa di L's kafe tadi.

Selepas itu Ariana merangkap kawan baik aku ni dengan baiknya terus mengambil dompet yang ada di tanganku. Dia membuka dompet itu tanpa segan silu. Alamak, kalau hilang apa-apa kang sudah.

"Dalam dompet ni ada kad number phone dan ic, awak tengoklah lelaki ni kalau sama dengan yang awak kejar tadi." Kata Ariana.

Aku mengambil ic biru dan terpampanglah wajah seorang lelaki kacak disitu. Ah sudah! Aku bukan sempat tengok pun wajah lelaki berbaju kasual itu. Kemudian aku jelaskan pada Ariana yang aku tidak sempat melihat wajah lelaki tadi.

"Hm awak cuba call number ni." Kata Ariana selamba. Hampir terbeliak mataku mendengar itu.

"Saya malulah, Ri..." Memang sudah kebiasaan aku sejak berkawan dengan dia hanya memanggil dengan Ri walaupun nama penuh dia ialah Nur Ariana binti Osman.

"Biar sayalah call." Aku memandang tidak percaya, Allahu, dahlah Ariana ni perempuan muslilmah. Bukan dia mahu kedengaran suaranya pada lelaki asing. Dia bercakap dengan lelaki pun aku tidak pernah lihat selama kami bersahabat kecuali pada abangnya atau keluarganya terdekat.

Ariana berdehem sebentar.

Ariana kemudian dengan cekap laju mendail nombor yang di lihat nya di kad, dia yang dail tapi aku yang cemas. Tidak lama selepas itu telefon diserahkan kepadaku. Aku tercengang. Allah. Ingatkan dia yang mahu berbicara dengan lelaki itu.

"Cepatlah dah terjawab tu, Risha." Ariana berkata sambil memberikan telefonnya kepadaku. Akupun dengan rasa malu di dalam hati menyambut huluran itu. Ini kalau umi abah tahu aku berbicara dengan lelaki asing pasti tak berhenti amarahnya.

"Hello, assalamualaikum...." Aku memulakan perbualan. Entahlah ini bukan pertama kaliku berbicara dengan lelaki tapi rasa malu dan seram itu tetap ada. Lagi- lagi lelaki yang asing dan tidak dikenali begini. Ohya sebelum aku lupa keluargaku memang tidak suka kalau aku berkawan dengan lelaki cukuplah ada kawan yang sefahaman dan sejalan dengan ajaran agama, yang mendoakanku ke jannah kata umi. Jadi aku hanya menurut.

Menjadi anak solehah menurut agama itu, aku tahu bukan mudah. Tapi aku cuba selagi mana aku masih bernyawa.

Selepas aku memberi salam, terdengar suara serak garau dihujung talian menyambut salamku.

"Ya, who's there? Where you've got my number phone, miss?" Oh nampaknya dia tahu aku perempuan, ketara sangatkah suaraku? Aku meneguk liur. Patutlah ada nasihat dari seorang ustaz yang terkenal kalau lelaki sudah mendengar suara perempuan pasti terus dicam! Huh, lelaki...

"Hello encik, betul ke ini encik Rayyan seperti yang tertera di kad nombor encik?"

"Ya." ringkas, syukurlah aku juga tidak suka lelaki yang banyak bicara dengan aku, apatah lagi yang bukan mahram.

"Wallet encik tertinggal dekat L's cafe tadi. Tolong check kalau betul encik kehilangan dompet." Ariana memandangku aneh selepas hampir dua empat minit aku berbual. Hm itulah sudah ditahu aku juga seram sejuk dengan lelaki yang bukan mahramku boleh pula dia serahkan telefon kepadaku. Tahulah diapun ada keluarga yang sama macam aku.

Aku beristigfar dalam hati, menenangkan diri.

"..."

"Okey encik, saya akan kembalikan kepada encik." selepas itu panggilan tamat.

"Risha? Apa je lelaki tu cakap?"

"Apa pula lelaki tu nak cakap Ri, dia nak wallet dia semula aje, esok." Aku menjelaskan pendek.

Tanpa sedar tanganku menggigil, bergetar. Ariana perasan itu selepas aku kembalikan telefonnya.

"Saya minta maaf Risha, sebab bagi awak call dengan lelaki tadi. Saya tak biasa berbual dengan lelaki ni, awak pun tahukan." Ariana luah rasa bersalah. Aku mengerti itu, tapi hanya diam.

"Jomlah pergi mall lepas tu kita balik. Awak ada nak beli tadikan. Dah okay sekarang?" Gusar Ariana bertanya. Dia ni aku tak boleh nafikan betapa aku sayangkan sahabat aku. Dia sentiasa ada masa aku susah mahupun senang. Tapi kalau perihal agama memang kami kadangkala tidak sependapat.

Lambat laun angguk. Terus kami berjalan beriringan.

***

"Risha, saya rasa bersalah sangat sebab biarkan awak berbual dengan lelaki asing tadi. Maafkan saya..." Di sepanjang perjalanan kami menuju sebuah mall, Ariana merangkap sahabat ku ini tidak berhenti memohon maaf. Aku sudah katakan tidak mengapa. Tapi dia masih resah, kerana melihat tanganku yang masih tremor, bergetar sendiri.

"Kalau tahulah sampai jadi macam ni, saya yang akan cakap dengan lelaki tadi." Kesitu pula dah.

"Sanggupkah?" Aku menyoal kedengaran agak sinis padahal ianya berbaur gurauan sahaja.

"Demi sahabatku apa yang tidak..."

Aku buat muka tak percaya.

"Eih, betullah!" Dia mencubit bahuku.

"Kalau betul, call lelaki tu sekali lagi... Kata awak yang nak jumpa." Cabarku sambil tertawa selepas melihat Ariana ternganga.

"Tak acilah, ingatkan ikhlas!"

"Saya ikhlas, Ri. Tapi awak yang kata tadi..." Aku memperingatkan.

"Haih... Kalaulah awak tak jumpa wallet lelaki tadi kan."

Aku langsung beristigfar selepas mendengar itu.

"Tak baik kata macam itu! Allah kalau nak suruh kita buat baik dengan cara apapun dia akan suruh kita buat selagi mana ia untuk kebaikan."

Ariana tersenyum nipis.

"Betul tu saya sokong!"

"Saya nak belanja awak handbag harini, Risha..." Sambung Ariana lagi.

"Eh tetiba pula?" Aku memandangnya aneh.

"Bukan tadi ada orang kata ke, kalau Allah nak suruh kita buat baik, dengan cara apapun dia akan suruh kita buat selagi mana itu untuk kebaikan. Saya nak belanja ni kira sedekah lah, kebaikan gitu!" Aku tertawa, haihlah Ariana oi! Cepat betul dihafalnya apa yang aku katakan.

"Pilihlah nak handbag apa?"

Aku menggeleng.

"Kenapa?" Dia menyoal.

"Saya nak air matcha saja... Haus tekak ni." Aku menolak, bukan sebab apa. Tapi Ariana ni selalu sangat dah belanja aku.

"Heh, rezeki ditolak. Takpalah mari kita pergi kafe sebelah." Dicubit lagi bahuku. Aku? Apalagi mestilah mengadu kesakitan, nasiblah orang tidak memandang ke arah kami.

Aku mengikut saja langkah Ariana dari belakang.

RAYRISWhere stories live. Discover now