BAB 11

200 120 1
                                    

Hari ini aku bertolak ke Kuala Lumpur, luggage ku sudah ada di bonet kereta. Aku terus menghidupkan enjin selesai sahaja baca doa naik kenderaan.

Aku menuju location yang di beri Anis, dia telefon aku semalam... Katanya dapat nombor aku dari si Farhan. Aku agak kesal sedikit kenapa Farhan tidak memberitahu ku dahulu jikakau Anis ada contact dia, apapun aku tetap bersyukur pada dia sebab kalau Anis tak minta nombor aku dengan dia mana aku tahu rumah sewa aku dekat Kuala Lumpur ni kan.

Aku tiba di lokasi lebih kurang pukul sepuluh pagi, di hadapan ku kini ada perumahan aku pun call Anis, dalam panggilan itu aku hanya memberitahu dia aku sudah tiba. Katanya pula sebentar lagi dia turun. Panggilan ku matikan.

Tidak lama selepas itu, ada sebuah rumah yang pintu pagar nya kebuka, aku lihat Anis sedang melambai ke arahku, mengisyaratkan keretaku agar parkir di perkarangan rumah.

Selesai sahaja parkir kereta, aku turun. Dua luggage ku di bonet aku keluarkan. Satu luggage sederhana dan satu lagi mini luggage aje. Tudung-tudung dan dan beberapa handshock aku dalam mini luggage tu.

Aku berpelukan dan berlaga pipi dengan Anis apabila dia datang menghampiri, luggage sederhana ku di ambilnya walaupun sudah ku katakan padanya biar aku sahaja yang membawa kedua luggageku. Tapi dia bersikeras. Akupun mengalahlah.

"Kita masuk dulu, saya tunjuk bilik awak yang mana satu..." Anis mempelawa aku masuk, akupun masuklah. Rumah itu sederhana mewahnya, jikalau hendak di bandingkan dengan rumah keluargaku yang berada di Kedah rasanya di sana lagi luas. Aku memerhati sekeliling. Cantik. Rumah ini berwarna putih, sesuai untuk orang bujang.

Kami naik ke tingkat atas, aku lihat ada empat bilik. Anis menunjukkan aku bilik ku yang bersebelahan dengan biliknya.

"Dah tengok bilik kan? Rasanya awak boleh turun kerja sekarang, balik nanti awak boleh kemas barang-barang awak.. Saya bukan tak nak kemaskan barang-barang awak Risha tapi takut ada yang hilang ke, tercicir ke." Kata Anis sambil meletakkan luggage sederhana ku itu di sisi almari. Aku pun mendekatinya, mini luggage ku aku letak di sisi almari jua.

"Awak tak turun kerja harini?"

"Tak, tuan Rayyan suruh saya prepared rumah ni, nantilah saya cerita lebih lanjut. Now you can go to the office." Anis menolakku keluar dari bilik, beg ku yang berada di sofa dia ambil. Kemudian di beri padaku.

Akupun memakai semula kasutku, stokingku pula sempat aku bersihkan habuk-habuknya yang sudah tersarung di kedua kaki.

"Take care Risha, assalamualaikum..." Kata Anis apabila aku sudah berada di dalam kereta. Aku hanya mengangguk dan menjawab salamnya.

***

Aku tiba di pejabat, cepat-cepat aku menuju lift. Terbuka sahaja lift itu aku lihat ada bos aku di dalam, Tuan Rayyan. Dia tidak bersendirian dalam lift ada Farhan juga. Jelas aku terkejut. Aku malas berlengah di luar lift, aku pun akhirnya masuk tapi aku menjaga jarak. Tersepit pula, jadi di tengah-tengah antara dua lelaki ini.

Tingkat 19 aku tekan.

"Risha, awak dah pindah harini kan?" Suara Farhan. Hm dia ni kan, sejak dua menjak ni agak aneh. Dia bukan tak tahu kan aku ni anti lelaki sikit, nak bercakap dengan lelaki pun susah.

Aku balas dengan anggukan kepala.

"Glad to know that, maybe I pun akan pindah KL esok atau lusa." Kata Farhan. Okay tak tanya pun.

Suasana hening, tiba di tingkat 17. Farhan berpamitan dengan aku dan Rayyan aku hanya mengangguk bila dia pergi. Syukurlah alhamdulilah. Tinggal aku berdua dan Rayyan, tiba-tiba aku dengar dia berdehem.

Aku abaikan dia.

Sekali lagi dia berdehem.

Lagi, tetap ku abaikan.

"Erisha Hazreen binti Arman!" Tiba-tiba dia panggil nama penuh aku, aku tersentak sebentar kemudian memandangnya.

"Apadia tuan?" Aku sebaik mungkin cuba mengawal diri.

"Kenapa kau lambat lagi? Dah masuk hari ketiga kau still lambat."

Aku buat muka poyo. Kira-kira! Dia tak dengar ke kata Farhan tadi yang aku ni baru aje pindah KL.

"Oh aku tahu alasan kau kali ni, sebab baru pindah kan? So kalau kau baru pindah KL ni maknanya mewajibkan kau lah untuk datang lambat?" Diabmenyoal aku. Nampaknya dia perasan muka poyo ku tapi di abaikan sahaja.

"Ya." Selamba aku menjawab.

"Eh kau! Dah pandai menjawab, ingat sikit kau tu seorang wanita muslimah jawaban tu kena baik-baik. Lagipun sekarang ni siapa bos aku ke kau?!" Aku mendengus mendengar itu, tak payahlah kaitkan muslimah atau tidak. Betullah kan aku datang lambat sebab aku baru pindah, sepatutnya dia faham! Ini tidak, bos tak berperikemanusiaan betul Rayyan ni.

"Tentulah tuan yang bos, tapi tuan tahu kan saya jawab macam tu sebab saya tak ada jawaban lain dah. Muslimah atau tidak tuan jawaban saya tu kira dah cukup baik..."

Lift berbunyi, menandakan aku dan Rayyan sudah tiba di tingkat 19. Di sinilah aku bekerja sebagai personal asisstant dia, tingkat 19. Aku pun keluar tanpa menunggu dia apalagi mendengar jawaban dari bos aku tu. Mahu pekak telinga nanti.

Aku lihat dia sudah masuk ke ruangan nya. Tiba-tiba telefon di mejaku bergetar (bukan telefon bimbit tapi telefon pejabat).

"Erisha, masuk bilik saya. Now!"

Baru sahaja aku masuk bilik itu terus ada suara yang menyerbu. Macam biasa pintu aku buka luas-luas, mana mungkin aku lupa akan itu. Sudahlah Anis tidak ada hari ni, tak ada yang boleh tengok-tengokkan aku.

"Kau ni kan, kalau sehari tak buat aku naik angin, tak sah?!" Tiba-tiba Rayyan marah, naik angin tak tentu pasal. Itulah kau Erisha siapa suruh kerja dekat sini? Dapat bos pun kalah singa.

"Kenapa tuan? Marahkan saya lagi pasal dekat lift tadi?" Aku menyoal.

"Tak, aku tak marah lepas dengar ceramah kau pendek tu, tapi ni pasal semalam." Rayyan bangun dari kerusi pejabatnya. Dia berjalan, kemudian berhenti tepat di hadapanku, tubuhnya di sandarkan pada meja.

Aku terpinga-pinga, keliru. Sejak bila pula semalam aku ada dengan dia?

"Jangan buat-buat tak tahu, bapa kau call aku semalam." Oh my Allah, terus aku teringat perbualan aku dan abah semalam. Dia hendak bercakap dengan bos aku Rayyan. Tak sangka pula abang Thaqif betul-betul bagi nombor Rayyan. Kenapa aku tak terfikirkan ini langsung?! Rayyan memandangku semacam, aku sudah cuak.

"Kau panggil bapa kau apa?" Rayyan menyoal. Akupun beritahu lah yang aku panggil abah.

"Abah kau cakap dengan aku, kau ni anti lelaki. Betul ke?" Dia menyoal lagi, aku balas dengan anggukan.

"No wonder."

"Abah saya cakap apa lagi tuan?" Aku sudah gelisah.

"Hmm, kau bekas tunang aku kan." Kali ini Rayyan berkata dalam pernyataan bukan soalan.

Jeda.

Aku cuba memastikan yang aku tak salah dengar tapi apabila aku tatap wajah Rayyan. Aku lihat dia sedang tersenyum sinis. Mengejek aku. Apa motif dia sebenarnya?

"Well, Erisha. I know a little things about my ex-fiance from his own brother, but I dont expect it was you." Ujarnya lagi. Aku hanya diam membisu.

Situasi berubah menjadi janggal, hening.

"Saya keluar dulu, nak cek jadual tuan." Aku berasalan. Terus aku keluar dari ruangan pejabat Rayyan. Aku tidak selesa. Bodohnya aku pergi tanya lagi apa abah cakap selain aku ni anti lelaki. Now I think I'm in trouble.

RAYRISWhere stories live. Discover now