BAB 05

306 168 0
                                    

"Assalamualaikum..." Kedengaran suara memberi salam selepas bel berbunyi dari luar. Aku terus ke pintu, mungkin abang Thaqif sudah pulang sekali dengan abah.

"Walaikumsalam. abah, abang. Masuklah umi dah siap masak, baru aje." Abang Thaqif nampak tersenyum memandangku, mungkin dia perasan aku mulai memanggilnya abang selepas kejadian kemarin ketika aku langsung tidak memanggil gelaran abang seperti biasa.

"Oh syukurlah alhamdulilah, seperti yang abah duga, umi kamu pasti sudah selesai masak. Abah pun lapar ni. Nak naik atas dulu, mandi."

"Baik abah." Jawabku selesai menyalam abah yang baru balik, aku hanya memandang abah yang menujubnaik ke tingkat atas.

"Abang macam mana kerja harini, okey?" Aku memulai perbualan dengan abang Thaqif selepas menyalamnya juga.

"Eh? Tiba-tiba tanya ni kenapa? Dah tak marah abang Qif?"

"Nak Risha marah ke?"

Abang Thaqif ketawa sehingga lesung pipit di kanan nya kelihatan.

"Yalah abang minta maaf, Risha janganlah marahkan abang sebab perkara itu aje."

"Perkara itu? Maksud abang perkara tu biasa-biasa ajelah? Lima tahun lepas bang, Erisha Hazreen binti Emmer ni anak kepada umi dan abah, adik beradik kepada abang Qif dan adik Mairah, dimalukan oleh tunang dia sendiri, pembetulan bekas tunang! Risha nantikan nak kahwin dengan dia hampir setahun tahu tak abang! Okay dalam hal ni Risha mengaku, Risha tak pernah jatuh cinta dengan bekas tunang Risha. Tapi dalam islam wajiblah seorang wanita mempersiapkan dirinya untuk menyerahkan cinta dan hatinya untuk bakal suami. Dan itu yang Risha lakukan demi dia dulu. AllahuAkbar... Abang tak faham perasaan Risha kan?" Panjang lebar aku menerangkan, dulu aku ingat, walaupun sekadar tunang tidak mengapa jika aku mulai mencintai dari doaku ketika aku sedang solat. Aku mencintainya kerana Allah dahulu, kerana dia tunanganku tapi aku tidak duga dengan apa yang dia lakukan. Aku kecewa sungguh.

"Jadi cinta tu masih ada sehingga harini? Risha, abang tahu cinta itu kerana Allah Ta'Ala, so tell me, do you still love him until this day?" Abang Thaqif menyoal membuatku tersentak hebat. Aku menelan liur, tekak terasa kering.

"No. And abang please open your mindsetlah, buat apa Risha nak cintakan orang yang dah malukan keluarga Risha, patahkan hati Risha yang berdoa untuk dia, tiap kali Risha dirikan solat."

"Erm, you lied to your brother... I can see love on your eyes. Who's else, expect the man you prayed to him before..." Belum sempat aku membalas abang Thaqif sudah naik ke tingkat atas. Huh, abang aku panggil aku penipu sebab lelaki tu?! Allahu sabar Risha, sabar.

Cintakan dia lagi hingga hari ini? Oh tidak... Mana mahu aku cintakan lelaki itu lagi. Yang ada sekarang benci adalah, benci kerana Tuhan.

Cukup sekali aku jatuh cinta padanya, itupun waktu aku belum pernah lihat wajahnya lagi Bodohkan aku. Saat belum pernah bertemu pun sudah terpaut hati ini. Ya, aku menantikan Rayyan tapi itu dulu bukan sekarang. One more thing, aku sudah memadam nombor telefon Rayyan dan sudah aku blokir. Aku harap kami tidak bertemu lagi. Doaku dalam hati.

***

Malam itu selesai sahaja makan malam, kami sekeluarga berkumpul di ruang tamu, menonton ceramah dari Habib Ali Zafri, (nama penceramah ini tidak berkaitan dengan yang hidup mahupun mati)

Ceramah malam itu berkaitan sifat membenci.

Aku dengar dengan tekun, ini berkaitan dengan aku juga kerana diriku yang sekarang memutuskan membenci seseorang.

RAYRISWhere stories live. Discover now