BAB 14

174 102 0
                                    

"Times flies so fast..."

Itu kata Rayyan saat bersendirian, dia merenung ke arah sebuah kotak cincin yang dia keluarkan dari lacinya.

Cincin perkahwinan nya. Sudah lima tahun berlalu, cincin itu masih Rayyan simpan.

Rayyan teringat akan perbualannya dengan Thaqif sebulan sebelum pernikahan itu berlangsung.

Di suatu masa ketika Rayyan bertemu dengan Thaqif, dia di beri pilihan sendiri oleh Thaqif sama ada dia mahu teruskan perkahwinan itu atau pergi sahaja dan jangan meneruskan perkahwinan dengan adiknya.

Rayyan pun tanya apa sebab Thaqif suruh dia jangan teruskan pertunangan? Lagipula dia sudah bertunang dengan Erisha Hazreen itu selama hampir setahun

Dipendekkan cerita, Thaqif tidak mahu adiknya terlibat dalam hubungan pertunangan atau perkahwinan lagi. Dan dia ada alasan sendiri.

"Kau tak malu ke nanti?" Soal Rayyan. Thaqif balas dengan gelengan. Dengan mudah pula tu dia cakap yang tanggung malu itu, sekejap sahaja.

"Hey Rayyan, kau akan benci dengan kerabat aku ke sebab perkahwinan ni aku suruh kau batalkan?" Soal Thaqif.

Rayyan pun menjawab dengan ringkas,

"Bagaimana aku akan membenci duri sedangkan itu juga sebahagian dari setangkai mawar yang aku kagumi."

"Maksud kau?"

"Tak ada apalah."

"Nanti aku fikir-fikirlah tentang keputusan aku mengenai perkahwinan ini." Rayyan pun berlalu, meninggalkan Thaqif sendirian.

Tiba-tiba pintu bilik Rayyan di ketuk, Rayyan pun suruh masuk aje. Dia tahu itu bondanya. Sebab ayah nya pergi outstation. Adik bongsunya masih belajar dekat university tapi duduk hostel. Lelaki, nama dia Muhammad Raykal.

"Hey, anak bonda buat apa ni?" Puan Maria duduk di sebelah Rayyan.

"Nothing, bonda. Teringat sesuatu yang buatkan Rayyan rasa stress sikit." Rayyan cuba mengelak, tapi tahulah diakan. Firasat seorang ibu memang selalu tepat, kala itu bondanya mengambil kotak cincin yang berada di atas lacinya.

"Bonda..."

"Kenapa? Salah sendiri kan? Lari dari kami semua, pergi ke luar negara tanpa izin bonda dan ayah. Perkahwinan itu pun tak teruskan sebab kamu." Kata puan Maria, dan itu memang benar Rayyan ke luar negara tanpa izin ayah dan bondanya. Tapi ini bukan seratus peratus salahnya. Dia memgambil keputusan itu untuk Thaqif dan untuk masa depan tunangan juga tak lebih tepatnya sekarang bekas tunangan Rayyan.

"Bonda, I just want some space thats time." Rayyan menjelaskan, ya dia perlu waktu. Untuk bersendiri. Tapi bukan dia tahu di sebalik semua yang telah dia lakukan dia telah melukakan hati seseorang.

"Masa? Kamu tahu pernikahan itu akan berlangsung kan? Tapi lari juga! Tinggalkan keluarga ini, hampir 5 tahun kamu tidak balik. Sebenarnya bonda tidak kisah kamu mahu pergi kemana pun, sebab kamu anak bonda. Bonda tahu kamu tetap akan sentiasa balik. Satu sahaja yang bonda mahu ingatkan, jikalau kita ni rasa diri kita sudah terlalu hebat menyakiti seseorang, itu berarti sudah cukup kuat untuk menerima balasannya."

"Maksud bonda?" Rayyan menyoal Puan Maria.

"Baca Quran kamu, itu ada dalam surah (al-Isra ayat : 7)."

Saat itu Rayyan pun mengerti, sesiapa sahaja yang menyakiti pasti akan menerima balasannya.

"Bonda rasa Rayyan boleh betulkan semua ni?" Soal Rayyan, bondanya tersenyum. Senyuman yang sukar Rayyan tafsir sendiri.

"Kamu ada PA baru kan? Erisha Hazreen. Bekas tunang kamu?"

"Macam mana?.." Rayyan hairan, setahunya dalam bulan ni, bonda tidak pernah lagi ke syarikatnya itu.

RAYRISWhere stories live. Discover now