BAB 04

316 179 0
                                    

Aku..? Sepanjang dalam kereta abang Thaqif hanya diam, tidak bersuara walau pun sepatah perkataan. Umairah adalah berbual dengan abang Thaqif tapi tidak disebut perihal di kafe tadi.

Tidak lama selepas itu kami tiba di perkarangan rumah banglo dua tingkat, aku keluar dari kereta tanpa memandang sesiapa. Aku terus masuk rumah.

Umairah dan Thaqif memandang sesama sendiri. Tahu ada yang kecewa, marah dan tidak boleh menerima seseorang di sebalik pertemuan ini.

"Nampak sangat kakak, marahkan abang dan adik." Umairah berkata begitu sebaik kelibat kakaknya tidak kelihatan.

"Yang kamu terus bagitau dia tu kenapa dik, tengok apa jadi."

"Maaflah abang, adik tak tau." Thaqif menggeleng kepala. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata?

"Jomlah masuk, umi dan abah dah tunggu tu."

***

Aku naik keatas, terus menuju bilikku. Perasaan ini, ya Allah... Tanpa sedar setitik air mata ku menitis. Wajah bekas tunang ku itu bermain di fikiran. Wajahnya yang aku ingat membuatkan aku terpaku seketika walaupun dari jarak yang agak jauh, rambut dia biasa-biasa saja, macam lelaki yang berkemeja, kerja dekat office kalau kau pernah nampak lelaki berpangkat tinggi dengan gaya rambut diorang, macam itulah Rayyan.

Keningnya lebat, dari jauhpun aku lihat betapa lebatnya kening Rayyan. Hidung dia mancung takkan tak ada hidung pula kan.

Aku meraup muka, astagafirullah. Erisha Hazreen! Boleh pula kau fikir pasal bekas tunang kau tu. Yang lukakan diri kau dan keluarga kau.

Aku terus ke bilik air, mengambil wuduk. Ingin menunaikan solat isya dan solat taubat. Ini kali pertama aku fikir tentang lelaki. Hasutan syaitan. Aku beristigfar banyak-banyak dalam hati. Selepas aku ambil wuduk aku dengar ada orang mengetuk pintu bilikku, suara umi.

Pintu dibuka, muncul umi. Umi tidak masuk hanya berdiri di luar bilikku.

"Risha, umi dengar dari abang Thaqif, kamu marahkan dia?" Straight to the point terus soalan umi. Aku pantas menggeleng, menafikan soalan umi.

"Eh tak adalah umi, Risha tak marah pun, tak ada sebab."

"Umi tanya abang kamu dululah," Aku diam. Ya Allah akankah kisah lima tahun lepas akan kembali terungkit?

Aku hanya mengangguk.

"Yalah sebab Risha, nak solat isya dan solat taubat dulu umi...."

"Kenapa? Biasanya Risha solat taubat hari isnin dengan khamis aje, harini rabu kan."

"Nanti Risha cerita dekat umi ye. Umi turun dulu." Umi hanya mengatakan okay kemudian turun ke tingkat bawah.

Aku mengambil sejadah biruku, kemudian solat isya terlebih dahulu. Selepas itu solat taubat dua rakaat. Di akhir doa solat taubat ku, aku berdoa supaya aku dimaafkan Rabbku kerana melakukan zina mata, zina fikiran. Allah, aku teresak sendiri. Apa aku sudah gila Di mana satu akal ku, nafsu ku memang sembilan tapi tidak sepatutnya aku melayannya. Maafkan aku, ya Allah...

Lama aku berdoa sehingga terdengar ketukan dari luar lagi. Aku cepat-cepat mengesat air mataku, kemudian menoleh.

Aku lihat umi sudah di dalam bilikku, aku bangun selepas melipat sejadah dan telekungku. Mencium tangan umi. Syurgaku itu. Rasa bersalah berkecamuk di dalam diri.

"Umi..?"

"Abang kamu sudah cerita pada umi."

Aku menghela nafas,

"Risha tak faham umi, kenapa abang Qif pilih untuk berbual dengan dia. Walhal dia telah malukan dan jatuhkan maruah keluarga kita." Akhirnya terkeluar jua ayat itu dari mulutku. Abang Thaqif sangat baik, malah untuk semua orang dia memang baik, tapi itu bukan lesen untuk abang Thaqif berbaik dengan bekas tunang aku dulu tu. Satu sebab aku tak suka dia, dua sebab aku benci dia sumpah, kerana Allah!

"Risha bawa bertenang dulu, nak."

"Abang Qif kamu cuma berbual hal-hal biasa aje dengan dia, jangan risau dia tak kenal kamu. Cuma kenal Mairah je."

Aku menghembuskan nafas lega, "syukur, syukur alhamdulilah umi."

"Risha redha kan dengan semua ni?" Soalan umi buatkan aku terpana. Allah, firasat seorang ibu memang tidak terkalahkan. Mungkin umi sudah tahu sebab aku solat taubat malam ni.

"Insyaa Allah, umi..."

"Umi keluar dulu, tenangkan diri kamu. Macam yang kamu cakap dengan umi sebelum ni, yang berlalu biarlah berlalu." Pesan umi.

***

Esoknya aku dapat tahu yang maksu dan Farhan, akan keluar dari rumah kami. Mahu balik ke kampung kata maksu. Jadi Farhan temankan. Lepas sarapan aje mereka terus gerak, abang Thaqif hantarkan.

Umairah menolong ku, mengemas meja makan. Tidak lama lepas itu aku dengar adik memanggil ku. Aku tidak marah padanya hanya saja aku terkejut dengan apa dia cakap semalam.

"Kakak, marahkan abang Thaqif dengan adik ke?" Dia menyoal sambil mencuci pinggan, matanya pula menatapku saat aku menatapnya

"Tak." Jawabku sepatah.

"Ya Allah, kakak! Kakak tahu tidak dari cara kakak, bercakap dengan adikpun, adik tahu kakak marah." Adik aku salah faham tapi aku malas nak jawab so biarkan dia.

"..."

"Kakak tahu kan, Imam Asy Syafi'i rahimahullah memberikan tiga nasihat kepada kita. Yang pertama, kita hendaknya menjaga lisan dari hal-hal buruk dan menyakitkan. Yang kedua, kita hendaknya bergaul dengan sesiapa sahaja secara baik. Yang ketiga, memaafkan orang-orang berbuat salah kepada kita. Jadi maafkanlah adik dan abang Thaqif sebab itu salah satu nasihat Imam Asy Syafi'i, tau..."

Allah, aku tersentap mendengar nasihat-nasihat itu. Tidak lama aku tersenyum pada adikku, Umairah. Aku mencuci tanganku di singki kemudian memeluknya. Diorang tidak salah pun, egoku sahaja yang melambung.

"Kakak tak marah pun. Cuma ada perasan yang menghantui kakak masa kakak jumpa bekas tunang kakak.

"Alhamdulilah terima kasih ya Allah, btw apa perasaan yang menghantui kakak tu." Umairah teringin nak tahu, syukurlah pada Allah SWT, kakak sudah tidak marahkan mereka nanti dia mesej abang Thaqif, pasti abangnya itu suka sebab kak Erisha dah maafkan.

"Entahlah, tapi kakak rasa cerita lima tahun lepas seperti terbuka sekarang. Itu menghantui kakak sejak semalam."

"Ya Allah, kakak kena tenangkan fikiran. Jangan fikir macam-macam. Yang lalu tu biarlah berlalu kak." Haih ayat umi juga.

"Yalah, insyaa Allah. Doakan yang baik-baik untuk kakak."

Selepas itu kami berdua beredar dari dapur. Umairah macam biasa pergi tengok tv aku pula naik ke atas, mahu baca buku biografi rasulullah. Buku tu dari lima hari lepas lagi aku beli. Cuma tiada masa yang terluang untuk baca, jadi masa ni lah aku baca.

Membaca buku adalah salah satu hobiku sejak kecil lagi. Aku lebih kepada fast-reader, pernah juga aku mengalami reading-slump itu ketika hendak baca novel-novel melayu atau english yang baru aku beli. Tak menyesal beli, sebab aku tahu setiap buku dan novel itu mempunyai pengajaran dan ilmu yang dapat aku pelajari

RAYRISWhere stories live. Discover now