BAB 49

132 66 1
                                    

Mataku sudah seperti panda, mungkin kerana akhir-akhir ini aku selalu lambat tidur. Lambat tidur bukan kerana apa, tapi aku susah untuk tidur.

Sehinggalah hampir seminggu aku begitu, Rayyan memutuskan membawaku pergi hospital.

Doktor mengesahkan aku insomnia.

Aku beriak biasa saja saat mendengar itu, dan Rayyan pula aku lihat sudah dengan wajah panik dan risau.

"Dan, sebenarnya puan Erisha mengandung trimester kedua."

Aku shock, terkejut mendengar itu. Rayyan juga sama reaksinya denganku.

"Me-mengandung?" Tanyaku. Doktor bernama Saleha itu mengangguk.

"Alhamdulillah, sayang!! It was a good news! I'm gonna be father and you'll be mom." Ujar Rayyan penuh kegirangan buatkan aku pegang perutku yang masih kecil.

"Sebenarnya puan Erisha, susah tidur ketika mengandung atau insomnia adalah perkara normal. Biasanya susah tidur malam ini bermula trimester kedua hingga ketiga kehamilan. Kebetulan pula, puan baru trimester kedua." Sambung doktor Saleha.

"Terimakasih, doktor atas berita ini." Setelah tiada lagi yang perlu dibincangkan kamipun keluar dari ruangan tersebut.

"Awh, sayang... We're going to be parents soon." Ujar Rayyan sambil memegang perutku. Tika itu kami sudah berada di dalam keretanya.

"Abang, ada lapan bulan lebih lagi nak melahirkan... Jangan berharap semuanya akan baik-baik sahaja." Aku membalas. Entahlah, bukan aku tidak suka ketika mengetahui yang diri ini mengandung tapi sepertinya ada yang janggal di hatiku.

Aku menikah dengan Rayyan esok akan tepat setahun. Aku tidak tahu, Rayyan ingat atau tidak. Harapnya dia ingat, atau mungkin dia akan lupa kerana kehadiran bakal bayi ini?

"Sayang apa cakap macam tu? Tak elok baby dengar..." Rayyan mengusap-usap perutku, yang aku rasa kosong.

"Iyalah, abang. Jom balik..." Ajakku pada Rayyan. Kemudian diapun menghidupkan enjin keretanya dan kereta itu meluncur laju.

Aku memandang ke luar jendela, aku terfikir pula, memandangkan usia pernikahan kami esok menjelang satu tahun. Akhirnya kami mendapat cahaya mata.

Maka dengan ini tercapailah hajat dan impian bonda, kerana Rayyan anak pertama dalam keluarga dan juga merupakan anak yang pertama berkahwin dalam keluarga, dan ini juga impian umi kerana aku anak yang pertama berkahwin dalam keluarga. Dan merupakan anak kedua. Akhirnya bonda dan umi menjadi nenek., abah dan ayah menjadi atuk kerana dalam beberapa bulan lagi aku akan melahirkan cahaya mata.

Usai tiba di rumah, Rayyan aku perasaan memerhatikan aku saja yang sibuk menuju ke dapur. Baru aku hendak buka peti ais, tiba-tiba ada larangan dari Rayyan.

"Sayang, jangan buka peti ais!" Larangnya, buatkan aku memandangnya hairan.

"Kenapa pula?"

"Sayang, nak masak kan?" Bukannya menjawab malah menyoal aku.

Aku angguk, kami belum makan tengah hari, kebetulan juga baru pukul sebelas lebih.

"Tak apa, kita delivery saja. Sayang kena jaga diri. You must have rest a well. Takecare of our baby..." Aku tergamam.

Allah.

Delivery?? Aku mana pernah makan, makanan delivery semenjak aku sudah bernikah, semuanya aku masak dengan menggunakan air tanganku jikalau hendak makan.

"Abang... Membazir duitlah." Aku cuba memberi alasan.

"Tak apa, sayang cakap aje nak makan apa."

Aku hela nafas akhirnya setuju saja, mahu tidak mahu kena taat dengan suami.

RAYRISWhere stories live. Discover now