BAB 19

142 82 8
                                    

Rayyan memutar bola matanya malas ketika mendengar suaraku yang meninggi. I know my voice had risen a little before, but it was pure in shock.

"Kau boleh kan cakap perlahan sikit. Ini nak tinggikan suara dah kenapa?"

"Lagipun apa masalahnya kalau kita meeting dekat hotel sekalipun?" Sambungnya dengan soalan. Astgafirullah otakku yang jadi tidak jernih? Kenapa juga sekarang aku malah jadi lebih mudah berfikiran macam-macam.

"Tak ada apa-apa masalah tuan... Baiklah saya pesan dulu." Jawabku, aku terus mengetik telefon iPhoneku dan mencari lokasi Hotel Divin dan perihal hotel itu.

Kemudian Rayyan bangun dari kerusiku, dan hendak masuk ke ruangannya. "Bagitahu aku nanti nombor bilik tu. Kita jumpa dekat sana lepas asar, sekitar pukul lima nanti. Jangan lupa bagitahu meeting ni pada Anis juga. Dia harus sertai." Katanya membuatku mengangguk dan menghela nafas panjang apabila kelibatnya sudah tidak kelihatan.

Setelah memesan bilik di Hotel Divin, aku memberitahu Anis tentang meeting itu lewat aplikasi whatsApp sahaja. Aku duduk di kerusiku sambil menyalin beberapa fail yang mungkin akan aku perlukan untuk meeting nanti.

***

Masuk waktu asar, aku terus ke surau di hujung bagian pantri. Aku lihat sudah ada beberapa jemaah perempuan di dalam. Di sini tiada imam. Jadi perempuan solat sendiri-sendiri. Lagipun surau lelaki dan surau perempuan berasingan itu yang menyebabkan perempuan harus solat sendiri-sendiri.

Aku mulai solat selepas membaca doa doa.

Saat i'tidal dan mengucapkan sami allahu li man hamidah. Aku memaknai maksudnya itu di dalam hati, Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Di teruskan dengan tama'ninah dan sujud.

Habis sahaja aku solat empat rakaat aku terus berdoa pada-Nya. Meminta keampunan atas dosa-dosa yang telah ku lakukan. Memohon agar di beri kemudahan dalam hidup, dan di beri keberkatan. Aku berdoa supaya umur umi dan abah panjang sehingga mereka dapat melihat cucu dan cicit mereka jika dengan umur panjang itu baik untuk mereka atau jika kematian itu lagi baik untuk kedua orang tuaku maka ku serahkan pada Allah SWT.

Dan terakhir doaku mengenai pasangan hidupku kelak, aku sungguh berharap yang seseorang akan datang kepadaku, melamarku untuk berbahagia bersamanya.

Aku sudah pernah kehilangan pasangan, tunang aku sendiri. Pembetulan sekarang sudah bergelar bekas tunang. Tapi aku pegang ayat Prof Mutawalli Assya Rawi,

"Allah mengambil darimu sesuatu yang tidak pernah kau sangka kau kehilangan, maka Allah akan memberimu sesuatu yang akan kau miliki."

Lebih kurang begitulah ayat Prof Mutawalli Assya Rawi. Dan sangat berharap Allah ganti bekas tunang aku dengan sesuatu yang lebih baik.

Selesai sahaja berdoa, aku melipat telekungku dan berjalan keluar dari surau.

***

Aku dan Anis bersama-sama menaiki satu kereta menuju Hotel Divin.

Kami tiba terus menuju bilik tujuh kosong satu, nampaknya sudah ada beberapa orang di dalam bilik itu, ada Rayyan. Dan dua orang lelaki lain yang tidak aku kenali. Tapi Anis kelihatan menyapa hormat dua lelaki itu. Pasti orang atasan dari kami. Dan ada jua seorang perempuan di situ, sedang duduk anggun sambil sibuk dengan laptop di meja kaca yang sudah tersedia di bilik. Dia tidak bertudung sama seperti Anis tapi rambutnya berwarna macam Medina. Sewarna betul, macam warna bulu singa.

Jadinya kami ada berenam.

Tiga lelaki dan tiga perempuan.

Meeting itu pun di mulai, sekitar dua jam lamanya.

Entah sampai bila aku harus membisu, menjadi pendengar yang baik tentang isu perkembangan mana-mana
syarikat yang melabur di syarikat Rayyan atau nama syarikatnya ialah R'HOLDINGS.

Rasanya kakiku sudah kesemutan berkali-kali. Sampai pukul tujuh malam mereka belum mengakhiri meetingnya.

Sehinggalah apabila waktu isya tiba, aku sendiri memberanikan diri meminta izin untuk solat di bilik ini dan aku dapat lihat reaksi yang lain. Agak terkejut dengan aku. Solat di hotel? Tidak ada masalah, lagipula hotel ini bersih. Hotel five star pula tu, akupun berpakaian tertutup jadi auratku tidak ada satupun yang kelihatan.

Sehinggalah Rayyan berbicara dengan dingin.

"We stop our meeting here... Jumpa dekat pejabat esok, kita sambung meeting ni. Ris awak boleh balik dan boleh solat dekat rumah."

Akupun terus mengambil begku dan keluar dari bilik hotel, Anis menyusulku dari belakang.

Di dalam kereta, Anis sibuk dengan telefon bimbitnya. Aku pula mula menghidupkan enjin, baru aku memutar stereng kereta, tiba-tiba Anis mengajukan soalan.

"Risha kenapa Tuan Rayyan panggil awak 'Ris' tadi?"

"Mana saya tahu." Balasku pendek.

"Eh takkan lah awak tak tahu? Kalau tak tahu pun, awak nak biar je dia panggil awak 'Ris' macam tu?" Soal Anis lagi.

Aku hanya mengangguk. Tapi tidak memandangnya, mata fokus pada jalan raya di hadapan.

Anis menghela nafas panjang.

***

Keesokkan paginya, selesai solat aku terus menuju bilik Anis, mahu bawa dia hidangkan sarapan untuk kami berdua. Malaslah hendak sarapan di office lagi. Nanti lain lagi jadinya.

Baru aku hendak ketuk, pintu sudah terbuka. Aku terpegun melihat Anis yang di hadapanku. Dia terlihat lain harini, lain kerana...

Anis memakai tudung! Bawal pula tu macam aku pakai.

"Erisha..."

"Cantiknya awak pakai tudung!" Ujarku kagum. Allah. Macam bidadari pula dia harini.

"Tapi tudung ni awak punya, semalam masa awak tidur, saya buka almari awak. Saya nak bagitahu tapi awak dah tidur. Bimbang nak kejutkan awak. Maaf tahu saya pinjam tudung tanpa beritahu..." Katanya sambil menunduk. Aku menghela nafas panjang. Patutlah warna macam kenal.

Aku pegang tangan Anis.

"Tak apa, saya tak kisah pun... Almari saya anggap macam almari awak je."

Dia tersenyum.

"Lepas balik dari kerja harini saya nak bawa awak pergi mall, beli tudung... Saya tak nak pakai tudung awak je, saya nak beli untuk saya juga." Kata Anis.

"Itu je ke sayang?" Kataku bermanis mulut dengan Anis. Ya Allah entah kenapa aku gembira sangat tahu Anis sudah mulai bertudung.

"Awak pernah cakap pada sayakan Risha, kalau sakit jumpa doktor tapi anytime saya nak pergi mall ajak awak."

Aku mengangguk setuju. Ya, memang betul sangat lah tu.

"Dah jomlah turun, sediakan breakfast untuk kita harini." Kataku sambil menarik Anis turun melalui tangga.

RAYRISWhere stories live. Discover now