BAB 25

127 67 1
                                    

Umi perasan agaknya wajahku mengendur.

"Risha tolak lamaran Rayyan?" Soal umi tiba-tiba buatkan aku hanya mengangguk lemah.

"Itu keputusan Erisha." Kataku.

"Tapi abang Rayyan pilihan umi dan abah, kakak." Umairah menyampuk.

"Bukan pilihan kakak." Aku berkata selayaknya seorang anak yang menolak pilihan.

Tiba-tiba aku rasa air mataku menitis pula.

"Umi sampai bila Risha kena hadap semua ni?" Kataku, air mata sudah mengalir tapi tidak ku pedulikan.

"Sampai Risha sudi terima Rayyan dalam hidup Risha." Ujar umi buatkan aku mati kata.

"Tapi-"

"Rayyan lelaki baik nak percayalah..."

"Erisha takut umi, takut untuk segala yang akan terjadi kalau kami bersama." Kataku sambil teresak.

"Ada satu rahsia yang Risha tak bagitahu umi dan abah lagi. Sebenarnya masa umi dan abah suruh Risha buat solat istikarah, Risha betul-betul laksanakan solat tu. Dan sepuluh kali Risha lakukan solat istikarah, enam kali juga jawaban yang sama Risha dapat. Jantung Risha akan berdegup dengan kencang saat menyebutkan nama Rayyan. Umi apa tanda nya itu?"

"Itu tanda kamu mencintai dia kerana Allah, Risha..." Kata-kata umi hanya aku dengar dengan tekun. Kalau benarlah ianya cinta kenapa baru sekarang Rayyan muncul kembali? Aku tidak kisah juga jika cinta ku bertepuk sebelah tangan.

"Umi berkenan dengan dia ke?" Soalku sambil mengelap air mata di pipi.

"Berkenan sangat dengan si Rayyan tu umi nak jadikan menantu." Balas umi teruja.

"Kenapa kakak tanya umi pula? Kakak tu dah berkenan ke?" Aku sekeh juga Umairah ni tapi aku hanya diam, tidak membalas soalan Umairah.

"Kalau macam tu, umi terimalah lamaran dia tapi bukan untuk Risha untuk Umairah." Kataku serius. Lantas bahuku terasa di pukul. Laju sahaja tangan si Umairah ni kan kalau bab-bab memukul.

"Kakak gurau ajelah." Sambungku sambil menyapu-nyapu bahu.

"Habis tak nak terima Rayyan ke, nak?" Soal Umi.

"Baiklah, Risha terima... Tapi jangan pula umi bagitahu yang Erisha terima dia sebab cintakan dia. Cinta Risha pada dia belum sepenuhnya lagi umi, masih di fasa bawah." Jelasku.

Aku tahu ini tidak adil buat Rayyan. Aku baru menolak lamarannya semalam tapi hari ini menerima semula lamarannya pula. Tapi aku baru tersedar soal cinta aku masih perlukan pasangan ku yang aku cintai kerana Allah. Lillahi ta'ala.'

"Nanti umi bagitahu abah suruh dia bincang dengan Rayyan..."

"Yey tak lama kakak nak kahwin. Siapa punya nasi minyak dululah Mairah rasa eh? Kakak punya ke or abang Thaqif..." Kata Umairah sambil terkekeh.

"Ee jauhnya dia fikir, nasi minyak-nasi minyak..." Kataku geram pada Umairah.

"Umi Risha naik dulu, nak mandi..." Kataku meminta diri dari ruang tamu.

"Eloklah tu, lepas mandi kita jemaah asar. Lagipula abang Thaqif kamu dalam perjalanan hendak pulang, sakit kepala katanya. Macam ni bolehlah dia imamkan kita bertiga." Kata umi sebelum aku menaiki tangga.

"Okay umi..." Balasku.

***

Waktu asar pun tiba, abang Thaqif sempat mandi sebelum mengimamkan kami solat.

RAYRISWhere stories live. Discover now