BAB 50

155 68 1
                                    

Sudah masuk pukul sebelas malam, aku sudah mulai risau. Tiada mesej whatsApp langsung dari Rayyan yang mengatakan dia lambat pulang malam ini.

Aku mundar-mandir di ruang tamu.

Makan malam juga sudah aku siapkan, harus di panaskan lagi jikalau Rayyan sudah pulang.

Aku risau pula jikalau Rayyan pulang pukul satu atau dua pagi, kerana dia pernah pulang jam sebegitu. Nantinya tidak sempat aku sambut anniversary bersama Rayyan. Kek pun sudah beku, keknya coklat keju... Aku lupa hendak keluarkan ia dari kotak waktu sampai tadi, boleh pula aku terus masukkan pada peti ais dengan kotak sekali.

Jadinya lepas asar aku terus membuka peti ais dan membuang kotak kek tersebut.

Aku lirik jam di tangan kiriku, sudah pukul sebelas sepuluh minit. Aku sudah pun bersiap dengan memakai baju blouse dan skirt yang sama berwarna hijau atau lebih tepatnya hijau matcha. Tudungku pula berwarna putih.

Aku menuju lift, hendak naik ke atas. Aku lupa hadiah Rayyan masih di atas. Jadinya aku terus ke bilik dan mengambil hadiah tersebut.

Sebelum turun aku membetulkan tudung ku lebih dahulu.

Saat memandang diriku di hadapan cermin, aku memegang perutku yang masih kecil. Tiba-tiba emosiku jadi lain. Aku rasa sebak tanpa alasan, walau alasan aku sebak ialah Rayyan.

"Sabar ya baby, nanti ayah datang kita makan kek tu sama-sama. Ibu tak rela sambut anniversary tanpa ayah." Gumamku sendirian.

Tanpa sedar air mataku menitis, aku pandang wajahku di cermin. Air mata aku biar mengalir.

"Ya Allah... Apapun yang terjadi, dimanapun dia selamatkanlah suamiku." Bisik hati kecilku. Kemudian aku meletakkan semula hadiah untuk Rayyan di atas meja solek kerana aku ingin mengambil tisu.

"Assalamualaikum, isteri abang..." Satu suara menyedarkan aku dari terus menangis.

"Abang!" Aku terus meluru pada Rayyan yang berdiri di sebalik pintu yang tidak terkunci.

"Kenapa nangis, hm?" Soalnya, buatkan aku teresak dalam pelukannya.

"Abang, isk... isk..." Aku tidak tahu hendak berkata apa jadinya aku menangis saja.

"Hey, Today is our first anniversary. Don't cry." Katanya buatkan aku tergamam.

"Abang, ingat?"

Rayyan angguk.

Dia kemudian membawa aku ke birai katil.

"I have two suprised. Firstly I want to said happy anniversary to my beloved wife. May our wedding until jannah. And this is for you." Rayyan mengeluarkan sesuatu dari beg kerjanya. Sebuah kotak kecil berwarna merah.

"Open it." Kata Rayyan ketika kotak berwarna merah itu bertukar tangan.

Akupun buka dan terlihat seutas rantai emas dengan azimat kupu-kupu merah.

"Allah, cantiknya! Mesti mahal kan?" Kataku sambil menyeka airmata yang sudah kering.

"The price is not a problem, dear. You like it?"

"Suka, kalau abang bagi semua sayang suka." Aku membalas dengan senyuman di bibir

"Sayang simpanlah, nanti pakai." Ujar Rayyan, aku mengangguk baru perasan yang aku pakai tudung jadi Rayyan tak boleh nak pakaikan untuk aku. Alah, bila-bila pun aku boleh suruh Rayyan pakaikan.

Kemudian aku lantas berdiri ketika Rayyan memandangku lama. Aku mengambil kotak hadiah yang hendak aku berikan padanya.

"Happy anniversary too, abang. Nah, this is a small gift from me." Aku memberikan kotak berisikan jam tangan itu pada Rayyan.

RAYRISWhere stories live. Discover now