BAB 23

130 68 0
                                    

"Awak borak apa dengan tuan Rayyan?" Soal Anis ketika aku sudah tiba di dalam rumah. Aku buka stoking dulu kemudian duduk di sofa.

"Pendek je." Balasku.

"Bagitahulah! Sekali cerita fasal macam mana awak boleh jadi tunang tuan Rayyan." Kata Anis. Aku menghela nafas kemudian bangun dari sofa, meminta diri hendak mandi dulu. Kemudian hendak mengqadha solat isya'ku.

"Saya tak boleh solat. Awak pergilah solat dulu. Saya tunggu dekat ruang tamu. Nak dengar cerita awak..." Kata Anis apabila aku mengajaknya solat.

"Dari bila bendera jepun?" Tanyaku sekadar basa-basi.

"Yesterday." Jawab Anis sepatah, kemudian dia menyalakan tv.

Aku membiarkan dia sendirian disitu, baru aku hendak mandi tiba-tiba terperasan di pinggangku ada kemeja kot Rayyan lagi.

Aku terus membuka ikatan kemeja kot itu. Ada kesan cupcake di situ tapi hanyalah sedikit.

"Menyusahkan dia aje..." Gumamku sendirian di dalam tandas.

Aku turun semula ke tingkat bawah, baru aku perasan yang Anis juga belum tukar baju.

"Anis buka zip baju saya..." Arahku saat menghampirinya.

"Haa! Saya pun tunggu awak habis mandi, ingatkan dapat buka baju sendiri." Dia pun buka zip baju aku. Kemudian aku buka buka zip bajunya, dia suruh aku buka lepas aje dia selesai buka zip baju aku. Kami masing-masing memakai baju t-panjang lengan di dalam. Jadi tubuh masing-masing tidak kelihatan.

Aku menuju mesin basuh dengan dua gaun di tangan. Aku tawarkan diri untuk basuh gaun dan tudung Anis, sempat di tolak olehnya tapi aku memaksa.

Selepas memasukkan dua gaun dan dua tudung sekali dengan kemeja kot Rayyan yang aku ambil dari tingkat atas. Aku terus tekan basuh. Kemudian kesemuanya aku spin.

Aku pula tinggal berscarf-scarf kerana tudung sudah ku basuh.

Selepas menjemur gaun kami dan kemeja kot Rayyan, aku menuju tangga. Ingin ke bilik ku, mahu mandi.

Selesai sahaja mandi dan solat isya' aku terus turun melalui tangga semula, aku sempat memandang jam di depan sudah masuk pukul dua belas malam.

Aku mendekati ruang tamu, kelihatan Anis belum tidur. Gadis itu sibuk dengan telefon pintar di tangan.

"Oi!" Kataku sebaik melabuhkan punggung di sebelahnya. Anis terkejut bukan main,

"Mak kau hijau meletup!" Latah Anis, buatkan aku tertawa.

"Ish awak ni Risha... Kalau saya ada sakit jantung macam mana?!" Katanya buatkan aku mati-mati ketawakan dia.

"Lawak-lawak." Anis menjeling aku. Buatkan aku terhenti tertawa.

"Okay-okay saya stop gelak..." Aku yang tadinya bantai ketawa terus berhenti serta-merta.

"Kenapa tak tidur lagi ni, Anis? Esok awak nak kerja..." Sambungku.

"Tunggu awaklah, lagipun saya tak ngantuk lagi. Awak pun kerja jugakan apa beza dengan saya." Balas Anis ringkas.

Kerja?

Esok?

No way!

"Saya resign esok. Nanti awak tolong hantarkan surat eh." Sebenarnya dari bulan lepas lagi aku sudah ambil surat resign. Aku cadang mahu kerja dua bulan sahaja di R'HOLDINGS tapi siapa duga aku akan berhenti sebelum dua bulan itu.

Anis tekup mulut, tidak percaya.

"Kenapa nak resign?" Soalnya.

"Macam ni, sebelum saya mandi dan solat tadi, awak ada tanyakan saya borak apa dengan tuan Rayyan, dan macam mana saya boleh jadi ex-tunang dia?" Anis mengangguk mengiyakan kata-kataku.

RAYRISWhere stories live. Discover now