BAB 32

121 61 0
                                    

Beberapa minggu telah berlalu, hari yang di nantikan akhirnya tiba. Hari perkahwinan ku dan juga Rayyan.

Dengan sekali lafaz penuh lancar dan yakin, aku akhirnya berstatus dan bergelar menjadi isteri kepada Muhammad Rayyan.

Hanya Allah sahaja yang tahu perasaanku sejak Rayyan menyalam tok kadi.

Perasaan bercampur-baur.

Sedih? Gembira? Kecewa?

Aku tidak tahu kerana aku sudah terlalu letih dengan persiapan.

Yang menjadi pengapit aku harini pula Ariana.

"Risha, senyumlah sikit!" Perintah Ariana, agaknya dia perasaan riak wajahku yang kosong.

Akupun tersenyum ketika pandanganku terpandang abang Thaqif yang sibuk melayan tetamu. Ini lain lagi dengan majlis resepsi malam. Pagi ini akad nikah malam nanti resepsi pula.

Akhirnya yang di nanti-nanti semua orang sudah tiba, selepas Rayyan ucap lafaz pada tok kadi dia akan pergi ke pengantin perempuan.

Dalam hati aku sudah berucap, "ya Allah, berdebarnya!"

"Assalamualaikum isteri abang." Rasanya hampir semua dengar suara Rayyan saat itu. Mereka bersorak saat Rayyan mencium dahiku selepas cincin sudah di sarung di jari manisku.

"Walaikumsalam." Balasku perlahan, cukup aku, Rayyan dan Ariana yang pengapit sahaja yang dengar. Reaksiku biasa sahaja dengar dia bahasakan diri sebagai 'abang' . Nanti dekat atas dia tukarlah tu semula jadi 'aku, kau' balik. Rayyan ni pandai berlakon depan keluarga kami acah suami mithali. Ah sudah! Aku tidak mahu menjadi isteri yang mengucapkan perihal hal buruk suaminya dalam hati.

Rayyan elok sahaja duduk di pelamin sebelahku selepas itu. Tidak lama seorang photographer datang. Dari jauh aku lihat abang Thaqif bagi signal terbaik pada photographer itu. Dah boleh agak, abang Thaqif yang suruh.

"Sayang, jom ambil gambar." Aku blank. Dia panggil 'sayang'? Ya Allah, the way him calling me 'sayang', I really feel butterfly in my stomach, I don't know why. Calm down dearself, calm down.

"Jangan tunjuk yang diri ni cair sangat please!" Kataku dalam hati.

Seolah faham dengan situasi pengantin lelaki yang mengajak aku bergambar, Ariana dan pengapit lelaki yang tidak aku kenali itu akhirnya pergi dari pelaminan.

Akupun ikut sahaja Rayyan saat lelaki itu menarik lenganku lembut untuk maju kehadapan.

Photographer pun siap memotret kami.

"Ready, one, two and three." Potret pertama di ambil. Sehinggalah beberapa potret lagi.

"Pengantin perempuan boleh peluk lengan sasa suami lepastu pandang dia." Amboi dia cakap sasa eh lengan suami aku? Aku yang selalu dengan Rayyan ni pun tak perasan lengan suami aku sasa, maksud aku dulu. Selama aku bekerja dengan dia aku tak pernah perhati lengan dia langsung kecuali mata hazelnya yang membuat aku terpana saat mata itu menjadi tatapanku buat pertama kalinya.

Akupun ikut sahaja, kemudian kami di potret ketika mataku memandang Rayyan. Saat itu aku perhati satu persatu yang ada di wajahnya. Kening yang lebat, bibirnya pula merah tanda dia langsung tidak merokok. Kedua mata hazel Rayyan yang paling menarik. Hidung yang mancung. Semuanya perfectlah kalau fisiknya. Tapi yang tidak perfect caranya mendapatkan aku.

Tapi aku sudah tidak boleh buat apa-apa lagi, kami sudah sah menjadi suami, isteri. Aku telan liur, walau macam mana sekalipun masjid ini harusku jaga macam aku jaga nyawaku sendiri.

Selesai sesi pemotretan kami, pihak keluarga pula di panggil untuk bergambar bersama pengantin.

Umi, bonda, abah dan ayah datang bersilih ganti selepas aku dan Rayyan memanggil mereka. Begitu juga Raykal adik Rayyan yang aku baru kenal. Abang Thaqif dan Umairah juga turut di panggil.

RAYRISWhere stories live. Discover now