BAB 34

113 60 0
                                    

Sudah seminggu sejak perkahwinanku dengan Rayyan. Tiada peristiwa buruk lagi yang berlaku. Bukannya aku meminta rumah-tangga kami di timpa sesuatu yang buruk tapi aku bersyukur sangat yang Rayyan melayanku seolah aku satu-satunya ratu dihatinya.

Tapi dalam seminggu ni, Rayyan pergi kerjalah macam biasa, memandangkan kami juga duduk di KL, tinggal aku dan bonda dalam rumah saat ini.

Bayangkanlah rumah mewah tiga tingkat isinya hanya aku dan mak mertua aku. Bonda sibuk menonton televisi di ruang tamu tingkat dua. Aku pula sibuk menyiapkan makanan tengah hari selepas aku solat zohor. Nampaknya waktu subuh dan isya' sajalah Rayyan imamkan aku solat. Sebabnya waktu fardhu lainnya dia di pejabat.

Bonda ada mempelawa dirinya untuk membantu aku memasak tapi aku tolak. Rayyan akan pulang setiap hari selepas solat zohor di surau office katanya.

Jadi tugasku sebagai isteri yang taat padanya untuk memasak.

Hari ini, selepas aku masak nasi aku masak lauk ayam butter, ayam kicap dan dua jenis sayuran sahaja.

Aku tidak memasak terlalu banyak seperti beberapa hari lepas, seperti sebelum ayah ke overseas dan sebelum Raykal pergi hostel.

Semuanya sudah terhidang, tinggal memanggil bonda sahaja. Baru aku mau menaiki lift untuk ke tingkat dua. Bel rumah berbunyi. Ah pasti Rayyan!

Akupun tergesa menuju pintu utama, dan memang benar suamiku sudah pulang.

"Assalamualaikum sayang..." Itulah yang pertama keluar dari mulutnya ketika ku lihat wajahnya terpancul di pintu utama.

"Walaikumsalam abang." Jawabku kemudian beg officenya ku ambil, tangannya ku salam.

"Mari masuk, kebetulan sayang baru habis masak jadi tak perlu panaskan lauk harini." Ujarku.

Rayyan duduk dulu di kerusi depan pintu utama, baru dia hendak membuka stoking terus aku bersuara,

"Abang lupa ke tugas isteri abang ni apa?"

"Tak lupa pun, tapi isteri abang kan bukan maid kena bukakan stoking bagai..." Dia membalas.

"Oh kalau maid abang bagilah dia sentuh kaki abang?! Buka stoking bermanja-manja macam tu?" Kataku pula dengan wajah cemberut.

"Eh tak sayang... Bukan macam tu maksud abang." Perkataan sayang Rayyan leretkan. Memujuk aku lah tu.

"Gurau ajelah abang. Meh sini sayang bukakan stoking tu." Kemudian aku duduk bersila di lantai. Stoking suamiku aku buka satu persatu.

"Abang cuci kaki lah dulu, sayang nak naik panggil bonda dulu." Kataku, kemudian aku dan Rayyan berpisah. Dia ke tandas bahagian dapur, aku menuju lift.

Selepas tiba di tingkat dua, aku mencari bonda. Ternyata bonda terlelap di sofa sambil tangannya memegang sebuah album.

Akupun ambil album itu, ternyata album masa kecil Rayyan.

Ya Allah, comel sungguh suamiku waktu kecil. Aku terkekeh sendiri melihat Rayyan yang menangis dalam gambar.

Tidak lama aku menepuk dahi, hajatku kesini mahu memanggil bonda tapi terbantut pula kerana melihat album masa kecil Rayyan.

Selepas menyimpan album masa kecil Rayyan di meja, aku terus mengejutkan bonda.

"Bonda, mari makan. Rayyan dah balik." Ujarku.

Terpisat-pisat bonda bangun, bonda kelihatan awet muda ketika bonda menggosok matanya. Aura-aura muda itu ada pada dia, maklumlah di usianya yang lima puluh-an ini dia masih meminum jamu.

"Haihlah maaf tahu Risha bonda susahkan kamu, bonda terlelap tadi masa sibuk dengan album masa kecil Rayyan. Eh mana dah album dia tu?" Bonda tercari-cari.

"Bonda ada je tu album masa kecil abang dekat meja." Tunjukku pada bonda.

"Kamu dah tengok?" Soal bonda.

"Dah, tapi tak habis... Nantilah sambung, Risha tengok sekali dengan bonda." Jawabku.

"Macamtu kita turun bawa dulu, takutnya suami kamu tu makan dulu tak menyempat kita nak berjemaah makan sekali dengan dia." Bonda berseloroh. Teringat pula aku ketika bonda dan aku sibuk di atas suatu hari itu, Rayyan bolehnya dengan mudah makan sendirian tanpa menunggu kami, jawabnya dengan mudah dia lapar.

Setiba kami di bawah, aku lihat Rayyan sudah menunggu di meja makan. Dia duduk di kerusi, tempat ayah biasa duduk.

"Sayang, kenapa lama sangat panggil bonda?" Belum sempat aku menjawab, bonda terlebih dahulu menjawab.

"Bonda terlelap tadi, tu yang lambat bonda bawah Risha turun ke bawah."

"Aih bonda, bukannya guna tangga. Guna lift jugakan?" Rayyan bertanya lagi.

"Banyak tanya pula kamu ni, bonda minta teman dengan Risha, berus gigi tadi." Bonda akhirnya hanya menyerah sahaja dengan menjawab setiap soalan Rayyan.

"Oh, patutlah... Mari makan bonda, sayang." Kata Rayyan.

Aku bangun dari kerusiku, menyuakan nasi ke pinggan Rayyan dan ke pinggan bonda.

"Abang nak lauk apa?" Aku menyoal, bonda pula sudah terlebih dahulu mengambul lauk.

"Ayam butter dengan sayur labu kuning ajelah." Jawab Rayyan. Kata bonda memang favorite Rayyan ayam bercampur sayur. Jadinya aku masak sederhana saja.

"Ean tahu tak betapa Ean beruntung dapat isteri macam Risha ni?"

"Tahu bonda." Jawab Rayyan.

"Cuba cakap."

"Ris ni ibarat bulan yang selalu menerangi malam Rayyan sebab tu Ean kalau tidur malam selalu peluk Ris, sebab rasa beruntung mempunyai bulan seperti Ris..." Kata Rayyan. Aku tersedak dengan makananku. Heh apa yang dia tak malu sangat bagitahu bonda yang dia selalu peluk aku kalau tidur malam.

"Risha minum air, Allahuakbar... Ni semua salah Ean lah bagi pick-up line tak menjadi." Bonda menyuakan air padaku sambil menyapu belakangku. Nasib baiklah bonda duduk di sebelahku kalau di hadapanku mahu aku mati tersedak, jadi dudalah si Rayyan ni dalam masa baru seminggu bergelar suami. Haha!

"Eh bonda, jadilah pick-up line Ean. Kan sayang?" Sempat lagi Rayyan menyoal. Aku angguk saja mengeyakan.

"Dah, makan cepat... Bonda ada nak discuss dengan kamu berdua." Kata bonda terdengar agak serius.

Kami berdua mengangguk sahaja kemudian melanjutkan makan. Sekali-sekala ada borak kosong.

Selesai sahaja makan, aku mengemas pinggan dan lauk-pauk dibantu oleh bonda.

"Nanti dululah ya Risha kamu basuh pinggan. Kita discuss something important dulu dekat ruang tamu. Mari, suami kamu dah tunggu." Ujar bonda. Kemudian tanganku di pimpin di bawa ke ruang tamu.

Bonda duduk di sofa emas single. Kemudian aku melabuhkan punggung di sebelah Rayyan.

"Sebenarnya bonda nak kamu berdua pergi honeymoon!" Itu bukan pernyataan tapi jelas arahan tegas dari bonda.

"Tapi siapa nak jaga bonda? Raykal baru aje pergi hostel... Ayah pula baru pergi overseas." Rayyan memberi komen.

"Kamu berdua pergi dalam dua hari lagi, tak ada sebarang bantahan. Perihal bonda jangan risau. Bonda akan susul ayah kamu pergi overseas kemudian lepas kamu balik dari honeymoon kami balik juga." Bonda terus menyambung selepas mendengar komen Rayyan.

"Risha tak ada masalah bonda. Tapi pergi mana?"

"Ke sabah, di semporna. Di sana ada pulau dan resort yang cantik untuk kamu berhoney-moon. Jangan risau bonda dah pesan hotel untuk kamu herdua dekat sana." Bonda berkata dengan tenang.

"Baiklah bonda." Aku setuju saja.

"Sayang?! Why you agreed? I dont want to go in a few days."

"Ean! Bonda kata tak ada bantahan kan!" Bonda bersikeras.

"Baiklah bonda." Akhirnya Rayyan menyerah.

RAYRISWhere stories live. Discover now