BAB 36

119 56 0
                                    

Bunyi alarm dari telefonku buatkan aku menggeliat.

Aku mengejutkan suamiku, Rayyan. Jam baru menunjukkan pukul empat tiga puluh minit. Aku dan suamiku sudah tahu yang waktu solat di Sabah terlalu awal berbanding di KL, pukul lima lebih rasanya sudah masuk waktu solat.

"Abang, bangunlah mandi..."

"Dah pukul berapa, sayang?" Soalnya sambil menggeliat kecil.

"Empat tiga puluh, kita nak solat lagi kan. Abang mandi dululah." Kataku. Rayyan bangun dengan perlahan.

"Baik, abang mandi dulu ya." Kata Rayyan kemudian terus ke kamar mandi.

Selepas sahaja kami berdua mandi, kami terus melaksanakan solat begitu jam menunjukkan pukul lima tiga puluh satu. Aplikasi Solat Malaysia juga baru selesai melaungkan azannya ketika kami selesai berwuduk.

"Kalau sayang nak tahu kita akan pergi pulau Mabul. Di sana dah ada resort yang di sediakan." Kata Rayyan selepas sahaja selesai melipat sejadah yang di bentang.

"Yang bonda sewa tu?" Soalku.

Rayyan angguk kepala.

Selepas itu kami bersarapan melalui service yang sama seperti semalam.

Selesai sarapan aku ke tandas menukar pakaian. Aku memakai blouse dan skirt sahaja, tidak lupa handshock dan tudung labuh.

"Sejuk saja mata abang pandang sayang. I think I fall for you for a thousand times." Rayyan buatkan aku cair pagi-pagi buta macam ni.

"Tapi abang pun buatkan sayang fall for a bilion times." Aku membalas dengan senyuman di bibir.

"Tak tipu?" Soalnya menantangku.

Aku angguk sahaja. Buat apa nak tipu. Sepanjang perkahwinan ni aku rasa selayaknya aku seorang ratu.

"Then you have take a picture and then shine and rise my queen."

"I will." Kataku sambil membetulkan tudung, aku tutup dagu.

"Abang. Okay tak sayang tutup dagu macam ni?" Aku menyoal.

"Mestilah, kan itu juga kebiasaaan sayang. Menutup dagu dan bahu kalau memakai tudung."

"Tapi haritu ada yang tegur sayang, dia kata sayang macam makcik-makcik yang berumur dengan memakai tudung menutup dagu."

"Perempuan ke?"

"Haah, perempuan tu tak pakai tudung." Kataku pula.

"Dia cemburu tu sebab dia tak dapat nak ikut perintah Allah, seperti yang sayang laksanakan." Kata Rayyan buatkan aku tersenyum gembira.

Betullah dengan sokongan suami, kita rasa semua benda yang kita buat akan terasa benar.

Aku bukan apa, betul kata Rayyan sudah kebiasaan ku sejak dini lagi memakai tudung dengan dagu tertutup.

"Tak lama lagi ada yang jemput kita untuk menaiki bot." Kata Rayyan.

"Okay abang." Balasku, kemudian aku duduk di lantai bawah sambil bersila. Aku sibuk dengan iPhoneku. Sedang Rayyan menyiapkan dirinya di cermin aku mengambil satu gambarnya dan aku terus post dekat instagram story.

"Sayang buat apa tu?" Dia datang mendekat. Aku terus keluar dari aplikasi intagram.

Aku ketawa kecil saja saat dia mendapatkan telefonku dan terus mengecek galeri.

"Sayang post ke?"

"Haah, dekat igs je." Kataku.

"Delete." Kata Rayyan senada.

RAYRISWhere stories live. Discover now