BAB 17

142 87 2
                                    

Pagi itu, aku dan Anis tidak sarapan di rumah. Selesai sahaja kami berdua solat subuh, kami terus berangkat ke pejabat menaiki kereta Anis. Harini turn kereta dia pula yang dinaiki oleh kami berdua.

Sekitar pukul tujuh pagi kami tiba di pejabat.

Aku mencadangkan pada Anis, agar kami singgah di kafe pejabat dulu untuk bersarapan pagi. Ada jua makanan yang tersedia di kafe pejabat. Seperti kek, roti dan kuih.

"Awak pergilah order, saya nak nescafe dan roti je." Ujar Anis.

"Kita duduk meja mana?" Soalku pula.

Mataku memandang sekeliling, pagi ini agak kurang sikit manusia-manusia di kafe office, agaknya masih terlalu awal. Sehinggalah mata ini tertangkap seorang jejaka yang sedang duduk sendirian di hujung kafe. Agak berjauhan dengan kaunter.

Ianya Farhan! Oh my Allah, aku sangat berharap Anis tidak nampak dia. Sebab bukan aku tidak tahu Anis memang agak rapat dengan si Farhan ni, mendengarkan kisah mereka yang dulu sudah rapat sejak zaman universiti lagi.

"Saya rasa itu macam Farhan... Awak pergi order dulu, saya pergi sana. Kalau awak nampak saya duduk sana. Thats mean is him." Terus punah harapanku. Aku hanya diam sebelum berlalu pergi menuju kaunter untuk order makanan dan minuman.

Selesai mengambil mengorder dua nescafe dan dua roti, aku mencari kelibat Anis, pertama sekali aku memang terus mencari di sekitar kawasan Farhan, dan tepat sekali Anis berada di sana. Allahu... Macam mana ni? Aku dahlah malu dengan Farhan, yalah dari hari abah minta nombor telefon Rayyan dekat dia lepas itu boleh pula si Umairah tu main selamba cakap yang Rayyan merangkap bos aku tu, ex-tunang aku dulu.

Hari itu, satu lift dengan dia bersama Rayyan. Suasana macam okay, siap Farhan tanya lagi bila aku pindah ke Kuala Lumpur.

Dengan terpaksa aku menuju meja itu juga.

"Assalamualaikum..." Sapaku pelan sekali, ketika kedua kaki ini sudah berada di depan Farhan dan Anis.

Mereka menjawab salam serentak.

"Jemputlah duduk, Erisha." Aku baru hendak duduk di sebelah Anis, soalnya Farhan dan Anis saling duduk berhadapan tapi tiba-tiba aku dengar kerusi ditarik.

Farhan tarik kerusi untuk aku? Seolah dia mempelawa aku duduk di sebelahnya.

Jatuh rahang ini apabila Anis sudah memandang aku dan Farhan bersilih ganti.

Aku berdehem, kemudian memutuskan untuk duduk di sebelah Anis.

Entahlah aku tidak tahu reaksi Farhan. Aku tidak memandang kearahnya.

Aku minum nescafe dan kunyah roti. Suasana tidak janggal kerana Anis dan Farhan berbual, tapi yang janggalnya adalah aku. Sunyi aje aku ni... Diajak berbual pun tidak. Apalah nasib kan.

***

Anis gembira dapat bertemu dengan Farhan dikafe pejabat. Rasanya dalam lima belas minit mereka berdua sahaja yang berbual mengenai masa dulu. Erisha pula sibuk dengan makan dan minum yang dia pesan. Sesekali Anis perasan gadis itu mengecek layar telefon.

Tiba-tiba Anis teringat dahulu sebelum masuk office Tuan Rayyan, dia pernah bekerja di bawah syarikat Jaya Holdings. Bosnya baik, tapi itulah terlibat dalam rasuah dan kaki perempuan.

Sebelum itu, Erisha berpamitan mahu menuju ke toilet, gadis itu mencapai handbagnya sekali.

"Farhan, awak pernah fikir tak kenapa orang-orang yang solat tapi masih melakukan hal-hal buruk? Misalnya mereka masih bermain judi, minum khamar, berzina tanpa ikatan, mencuri, rasuah dan macam-macam lagi." Ujar Anis sambil matanya memandang Farhan dalam. Dia meminta jawaban tulus dari lelaki itu. Dia sudah cerita pada Erisha juga mengenai ini jawaban gadis itu mudah, dan ringkas sahaja.

"Itu tandanya hati sudah kelam, jauh dari-Nya..." Anis hanya buat-buat faham dan mengangguk seperti orang yang setuju dengan ayat Erisha.

Dan dia perlukan pandangan orang yang boleh buat dia lebih faham mengenai hal orang yang solat tapi masih melakukan hal yang dilarang oleh Allah SWT.

"Maksud awak? Solat jalan, maksiat jalan? Macam tu?" Soal Farhan memperjelas pertanyaan Anis kepadanya tadi. Anis terus mengiyakan.

"Mungkin cuma tubuh badannya yang mendirikan sembahyang tapi tidak dengan roh dan hatinya." Jelas Farhan. Anis mencerna ayat itu dengan dalam. Melihat Anis yang diam bingung sendiri, Farhan hela nafas sebelum menyambung,

"Orang itu solat tapi tidak dengan hatinya. Solat itu kan menjauhkan diri dari perbuatan keji dan munkar. Logiknya orang yang bersunguh-sungguh mendirikan solat tidak mungkin mahu melakukan larangannya bukan?"

"Ketika i'tidal dia memaknai 'sami allahu li man hamidah,' Allah mendengar pujian orang yang memujinya. Dan juga maksud-maksud lain ketika rukuk, sujud... Orang yang solat itu akan takut kepada Rabbnya ketika hendak melakukan suatu perkara yang jelas terlarang, kerana mereka akan tahu Allah SWT Maha Mengetahui." Jelas Farhan kali ini membuat Anis terangguk-angguk. Anis hendak menyambung menyoal tapi Erisha sudah tiba.

"Eh borak apa? Dari jauh nampak serius sahaja." Anis hanya tersenyum mendengar ucapanku manakala aku dengar Farhan pula menjawab,

"Anis tanya perihal orang yang solat dan bagaimana jika orang itu sering juga melakukan maksiat."

"Pasal tu? Haritu awak dah tanya saya kan?" Soalku memandang Anis, aku lihat gadis itu garu kepala yang tidak gatal.

"Haritu susah nak cerna ayat awak Risha... " Kata Anis.

"Saya dah faham maksud solat tapi bermaksiat. Orang itu solat tapi tidak dengan hatinya. Solat itu kan menjauhkan diri dari perbuatan keji dan munkar. Orang yang bersungguh-sungguh mendirikan solat tidak mungkin mahu melakukan larangannya bukan?" Sambung Anis buat aku terpegun.

"Saya tahu dari Farhan." Ujar Anis, lagi buatkan aku terpegun.

"Sekarang awak dah faham?" Soalku. Anis mengangguk sambil tersenyum.

"Eh telefon siapa ni berdering?" Soal Anis tiba-tiba saat merasakan meja bergerak. Aku terus memeriksa handbagku yang berada di meja. Anispun sama, kecuali Farhan.

Aku sempat lihat dia hanya sambung minum kopi hitamnya, langsung tidak mengecek poketnya jikalau telefonnya yang bergetar.

Aku meminta izin menjauh, kerana ternyata abang Thaqif ku yang menelefon. Pasti dia hendak tanya mengenai aku yang berada di KL seminggu-dua ni. Abang tidak pernah menghubungi ku setiba aku di KL kecuali dia hanya hantar pesan menanya khabarku melalui umi dan abah.

"Hello, assalamualaikum abang... Ada apa telefon? Rindu Risha eh?" Soalku setelah ku geser panel berwarna hijau itu.

"Abang?"

"Oh, jadi kau dah ganti panggil aku dari Tuan Rayyan jadi abang?"

Membulat mataku, suara ini?! Sepertinya aku sudah salah lihat!

"Rindu? Eh tak ada maknanya lah, aku nak rindu kau." Tiga kali dia bersuara padahal aku baru tanya dua soalan.

Astagfirullah Erisha Hazreen!

Bukan Abang Thaqif tapi Tuan Rayyan!

Bukan aku dah delete ke number dia dari semalam masa dekat ruangan. Mungkin tak tertekan.

Dahlah...

Sekarang aku dalam masalah!

RAYRISWhere stories live. Discover now