BAB 40

115 60 0
                                    

Jam enam pagi, Rayyan sudah bersiap untuk keluar menghadiri meeting. Dia tidak terlalu risau kerana PA barunya, Qirana. Sudah inform yang meeting selama Rayyan di Kedah akan di jadualkan semula dan berpindah ke Kedah.

Setelah Rayyan mengemaskan kemeja hitam di tubuh.

Kemudian aku memakaikan suamiku, tali leher berwarna merah.

"Perfect." Ujarku ketika memerhati pakaian suamiku dari tubuh hingga ke hujung kaki.

"Thankyou, sayang." Kata Rayyan seraya mencium ubun-ubun rambutku.

"Abang..." Panggilku sedikit perlahan. Kerana tubuhku agak lesu sejak semalam. Entahlah kenapa.

Rayyan terus menyahut.

"Kenapa?" Tanyanya.

"Semalam lupa nak bagitahu, sayang ajak opah pergi KL harini, nak shopping berdua. Jangan risau, abang Thaqif yang hantar-ambil. Dia cuti."

"Ohh... Kalau macam tu, abang izinkan je. Takecare sayang..." Ucap Rayyan.

"Abang, pergi kerja dulu." Kata Rayyan lagi. Aku juga sudah sedia maklum yang selama Rayyan di sini semua jadual meeting dia akan berpindah dahulu ke Kedah. Jadi tak perlulah Rayyan ulang-alik ke KL.

Rayyan aku biar keluar dulu, sementara aku sibuk mencari tudung labuh yang sesuai dengan baju blouseku yang berwarna hitam. Aku ambil keputusan mengambil biru tua jadi agak matching sikit.

Selepas itu aku turun ke bawah, aku lihat melalui jendela ruang tamu yang menghadap ke garaj rumah, kereta Rayyan yang Hilman hantar semalam sudah tiada.

"Opah... ohh opah.." Aku memanggil opah sambil mata mencari di mana kelibat opah.

Pagi-pagi macam ni, semua busylah.

Umi busy urus suaminya, abah.

Dan adik pula sibuk dengan kerja assignment dia.

Abang Thaqif aku tak tahu kemana, mungkin masih di atas bersiap, mahu menghantar kami ke KL.

"Ada apa, kamu terjerit-jerit panggil aku ni." Sehinggalah muncul opah yang baru keluar dari tandas dapur ketika aku berada di dapur.

"Abang Ray dah benarkan Risha pergi KL dengan opah, tengok ni Risha dah siap." Kataku sambil berputar.

"Ray tu suami kamu ke?" Soal opah. Aku angguk.

"Nama penuh dia siapa?"

"Muhammad Rayyan bin Rasyid." Ujarku.

"Habis yang kamu panggil dia Ray dah kenapa? Dah macam Ray Ban!" Aku mencebik mendengar suamiku dikutuk menjadi jenama Ray Ban!

"Adalah sebab Risha panggil macam tu, now apa kata opah pergi siap." Aku menolak opahku menuju kamarnya yang berada di tingkat bawah.

"Yelah, kamu tunggu dekat ruang tamu. Umi kamu tak ikut?" Sempat opah mengajukan soalan padaku.

"Tak, bonda sakit kaki dari semalam. Macam Risha, rasa lesu dari semalam."

"Kalau rasa lesu, baik kita tak payah pergi." Komen opah.

"Eh kita pergilah, Risha teringin nak shopping dekat Pavilion dan Mid Valley. Lagipun suami Risha ada titip kad kredit dia dekat Risha, bebas nak belanja opah dengan kad kredit dia."

RAYRISWhere stories live. Discover now