BAB 48

112 65 1
                                    

Jangan termakan kisah romantik yang banyak dikatakan orang-orang. Menyandar di lengan suami memang sangat romantis menurut aku tapi siapa sangka ianya membawa dampak buruk pada Rayyan.

Semalaman rupanya dia tidak memindahkan aku dari tertidur di lengannya.

"Abang ni, siapa suruh pakai trick romantik macam tu... Kan lengan dah pegal, ni macam mana nak sign kalau ada documents harini?" Soalku sambil menyiapkan sarapan.

"Abang mahu terlihat hero gitu sayang... Menahan rasa pegal agar sayang tak terjaga." Selamba Rayyan menjawab sambil mengurut lengan buatkan aku menggeleng saja.

"Cih, hero apanya... Hujung-hujung buat sang isteri risau. Lain kali kalau nak jadi hero difikir-fikirkan dulu. Jangan sampai hero jadi pesakit macam harini sudah."

"Kalau sayang nursenya, abang sanggup jadi pesakit selamanya." Aku tersenyum perit, tidak percaya.

"Apa kata, harini cuti dulu... Esok baru turun kerja? Sayang urutkan lengan abang yang pegal tu." Tawarku pada Rayyan, lagilpula semenjak kami bernikah ni dia tak ada ambil cuti dari pejabat kecuali waktu kami berhoney-moon.

"Hm, abang bagitahu Qirana dulu."

"Abang call ke?" Tanyaku perlahan. Rayyan angguk.

"Biar sayang yang cakap..."

"Nah." Rayyan memberikan telefon pintarnya padaku. Aku kira dia akan protes, siapa tahu Qirana tu jenis yang tak boleh bercakap dengan aku selain dari suami aku. Okay, aku bukan sangka buruk cuma wasangka saja hehe.

Telefon Rayyan berdering, nama PA Qirana tertera di panggilan.

"Hello, assalamualaikum." Aku lebih dahulu memberi salam. Kemudian aku dengar jawaban salam di hujung talian.

"Saya, isteri kepada Rayyan... Bos kamu. Tolong maklumkan pada clients dia, yang dia tak dapat datang kerja harini. Tangan dia pegal." Kataku.

"...."

Kemudian panggilan telefon di matikan oleh Qirana.

"So, abang... Rest well today." Ujarku.

Rayyan tersenyum saja mendengar itu.

Selepas menyediakan sarapan, agaknya Rayyan perasan yang aku belum selesai lagi di ruangan dapur.

Dia bertanyakan aku apa yang sedang aku lakukan.

"Buat sandwich untuk, abang... Haritu kan nak makan tapi tak sempat sebab urgent."

"Ohh, ingat lagi eh sayang... Abang sendiri pun dah lupa."

"Abang kan dah tua." Selamba aku berkata.

"Abang baru 27." Katanya tenang.

"Eiy, dahlah makan... Lepasni nak pijat abang."

Rayyan akhirnya tertawa kemudian mula sarapan pagi.

***
Selesai sesi memijat lengan Rayyan dengan menggunakan minyak urut dia rasa lebih baik komennya. Selepas itu dia mengajukan soalan,

"Sayang tahu tak siapa manusia pertama yang Allah SWT ciptakan?" Tanya Rayyan.

Aku mengangguk kemudian menjawab,"Nabi Adam A.S." Kataku.

"And the history of him, you know?" Sambungnya menyoal lagi.

"A little bit. Sayang tahu yang dia ada isteri bernama hawa dan anak-anak yang sayang ketahui hanya Qabil dan Habil." Kataku menjawab soalan kedua Rayyan.

"Betul, tapi sayang tahu dengan siapa Qabil dan Habil berkahwin?" Ini sudah masuk soalan ketiga. Kali ini aku geleng tanda tidak tahu.

"Pertama abang akan jelaskan melalui faktor kelahiran Qabil dan Habil, mereka masing-masing mempunyai kembar. Qabil terlahir dengan puteri kembar tercantik yang bernama Lauza. Dan Habil terlahir kembar dengan puteri bernama Iqlima. Allah memerintahkan pada nabi Adam A.S. untuk menikahkan Qabil dengan Iqlima kembar Habil dan Habil pula dinikah dengan Lauza. Tetapi Qabil membantah dan tidak redha dengan pernikahan itu kerana merasa saudara kembar perempuan nya lebih cantik berbanding Iqlima, saudara kembar Habil." Rayyan bercerita dengan panjang lebar. Aku memandang suamiku dengan tatapan kagum saat dia menceritakan itu. Ini kisah yang baru aku ketahui, tentang kisah anak daripada manusia yang pertama kali di ciptakan.

"Lepastu?" Aku menyoal. Menunggu sambungan cerita dari suamiku, Rayyan.

"Nabi Adam memanggil kedua putranya, dan saat mengetahui Qabil tidak redha... Dia menyuruh Qabil dan Habil mempersembahkan korban pada Allah SWT kerana korban tersebut yang akan menyelesaikan masalah Qabil dan Habil. Ini juga merupakan perintah Allah pada nabi Adam saat Nabi Adam mengadu dan Allah menurunkan firmannya langsung pada nabi Adam."

"Nabi Adam lantas berkata pada kedua putranya, sesiapa korbannya diterima. Lauza menjadi miliknya." Sambung Rayyan. Aku tercengang. Padahal hubungan Lauza dan Qabil sangat dekat kerana kembar.

"Korban itu macam mana?" Kali ini aku menyoal dengan bingung. Sudahnya Lauza dijadikan rebutan oleh Qabil sendiri kerana rupa parasnya.

"Qabil dan Habil harus berkorban dengan meletakkan barangan korban di atas bumi hingga api datang, kemudian apabila api datang menyambarnya (diterima korbannya)."

"Jadi siapa yang Allah terima korbannya?" Aku sudah mulai keringat dingin, entahlah aku takut sendiri mendengarkan kisah dari anak nabi Adam A.S. ini.

"Tentulah, Habil." Rayyan berkata tenang.

"Alhamdulilah..."

"Sayang tahu tak, kenapa Habil yang di terima korbannya bukan Qabil?"

"Tentulah tak, abang!" Jawabku kesal.

"Hehe." Dia malah tersengih tidak bersalah padahal aku tengah serius.

"Kenapa apa yang diorang korbankan?" Tanyaku ragu.

"Habil mengorbankan haiwan peliharaannya, seekor kambing yang gemuk dan elok pada Allah SWT, manakala Qabil pula berkorban kepada Allah hasil pertaniannya yang sudah rosak selain itu dia juga melakukan pengorbanan atas dasar hasad dengki. Lagipula Habil mempunyai sifat yang tenang sentiasa reda dan meletakkan Allah sebagai tempat dia bergantung harap." Rayyan menjelaskan dengan terperinci.

"Ohh..." Akhirnya aku hanya dapat memberi respon itu.

"Tapi, Qabil tak puas hati tau sayang... Dia berkata dengan Habil korban Habil diterima, sedangkan korbannya tidak diterima. Oleh kerana itu Qabil ingin membunuh Habil atau Habil harus menjauhi saudara kembar Qabil, dan meninggalkan Lauza."

"Habil jawab apa?" Soalku.

"Habil jawab, dia tidak akan mahu melakukan suruhan Qabil dan tidak mahu melanggar perintah ayah mereka."

"Waa..." Aku takjub pada Habil anak kepada nabi Adam dan Hawa.

"Kemudian Qabil berkata 'aku pasti akan membunuhmu.' (QS: Al-Maidah 27)."

"Allah, dengan darah daging sendiri pun dia sanggup nak bunuh. Tapi Habil memang tewas dengan Qabil kan, abang? Sayang tahu cerita tu sikit sejak zaman sekolah rendah lagi."

"Kejap, abang nak bagitahu apa jawaban Habil bila Qabil kata yang dia pasti akan membunuh diri Habil."

"Habil jawab apa?" Aku tanya soalan yang sama buat kali kedua.

"Sesungguhnya Allah hanya menerima korban orang-orang yang bertakwa. (QS: Al-Maidah 27). Itu jawaban Habil..."

Aku terangguk-angguk, kagum... Aku sering terbacakan terjemahan Al-Quran jadi aku tahu kalau surah Al-Maidah ini penerangannya, adalah hidangan.

"The of this history, Habil meninggal di bunuh oleh abangnya, Qabil. Kisah itu berlaku jelas memberi peringatan kepada manusia supaya sentiasa bersabar dan meneguhkan keimanan kepada Allah. Bagi mereka yang benar-benar menghidupkan jiwanya kerana Allah, pasti tidak akan meletakkan nafsu melebihi segala-galanya."

"Setuju, seratus peratus..." Ujarku.

"Eh, sedar tak sedar sekarang dah masuk asar sayang... Abang pergi masjid dulu ye. Sayang kan tak boleh solat juga."

"Baik abang." Aku menyalam Rayyan. Kemudian dia berjalan kaki keluar dari perkarangan rumah menuju masjid yang berdekatan.

RAYRISWhere stories live. Discover now