BAB 24

124 63 0
                                    

Pagi itu, aku hanya menghantar Anis di depan pintu rumah, setelah surat resign ku bertukar tangan pada Anis. Aku hembus nafas lega. Hilang satu masalah.

Kemudian kereta Anis keluar dari perkarangan rumah. Akupun masuk semula kedalam rumah, naik ke tingkat atas menuju bilikku.

Aku packing semua barang aku dan tidak lupa tudung-tudung aku. Tadi pagi Anis ke bilik ku lagi selepas solat subuh, dia hendak meminjam tudung katanya. Akupun bagilah pinjam satu tudung shawl berwarna pink.

Sambil aku melipat tudung-tudung aku itu, aku mengasingkan sepuluh tudung berwarna-warni. Untuk aku berikan pada Anis, aku letak dulu tudung itu di dalam biliknya. Sambil satu note kecil di atas tudung-tudung itu.

+ Saya bagi beberapa tudung ni dekat awak, saya tahu tak cukup... Nanti belilah tudung lain kalau awak ada masa.

Kemudian aku keluar dari bilik tersebut.

Aku turun ke bawah, aku lihat tinggal gaun Anis yang tinggal di ampaian. Kemeja kot dan gaun yang aku beli guna kad kredit Rayyan aku pulangkan semula melalui Anis.

***

Rayyan terkejut apabila dia tiba di ruangan pejabatnya sudah ada kemeja kotnya yang semalam dia gunakan untuk menutup kesan coklat yang tertempel di gaun Erisha. Dan ada juga gaun yang sama perempuan itu pakai semalam. Gaun itu kini berada di mejanya.

Ada surat dalam sampul.

Rayyan pun dengan tergesa membuka surat itu.

Ada dua surat, di baca surat yang di depan dahulu. Isinya surat pengunduran diri. Rayyan hela nafas panjang, nampaknya gadis itu tidak main-main.

Surat kedua di buka, isinya adalah tulisan tangan Erisha.

+ Saya pulangkan semula gaun yang encik suruh saya beli guna kad kredit encik, rasa bersalah kalau tak pulangkan.

+ Kemeja kot encikpun saya kembalikan, saya dah cuci sekali...

Rayyan terperasan yang Erisha gunakan encik sebagai kata untuk memanggilnya.

Rayyan mendail nombor Erisha tapi tidak dapat di hubungi.

Kemudian Rayyan keluar dari ruangan pejabatnya, mencari Anis. Pasti dia tahu sebab Erisha tinggalkan dua surat ini. Fasal gadis itu resign dia tahu, pasti sebab lamarannya semalam, tapi fasal surat kedua.

Mencari kelibat Anis di ruangan gadis itu tidak ada, jadinya Rayyan menuju pantri selepas menanyakan dia mana Anis berada kepada pekerja lelaki yang kebetulan lalu di hadapannya.

Terdengar suara gelak tawa di pantri. Ternyata Anis, gadis itu bersama satu pekerja lelaki yang Rayyan tidak tahu siapa.

"Anis, aku nak tanya kau ni fasal surat ni." Rayyan menghulur dua surat pada Anis, tidak peduli langsung dengan kehadiran lelaki yang berada di situ.

"Tuan, ni surat resign Risha lah. Rasanya tuan dah tahu penyebab dia resign..." Ujar Anis, kemudian satu surat lagi di baca gadis itu.

"Fasal surat yang satu ni, Risha dah cakap dengan saya pagi tadi yang dia tak nak guna sesen pun duit tuan, gaji dia untuk beberapa minggu ni pun dia taknak. Lagi-lagi menyimpan gaun yang menggunakan duit tuan." Anis menerangkan pada Rayyan mengenai surat kedua.

Rayyan terangguk-angguk.

"One more thing, tuan... Erisha ada cakap yang dia dah maafkan tuan but for your propose she's can accept it." Sambung Anis, buatkan Rayyan tergamam.

"Dia dah maafkan saya? Tapi setahu saya, ah nevermind."

"Tuan tak ada minta maaf dengan dia kan?" Soal Anis dengan berani. Dia tahu dia sekadar pekerja di pejabat ini tapi ini soal perasaan Erisha dia berhak masuk campur.

"Ya, but aku ada luah yang aku rasa menyesal..." Balas Rayyan.

"Ehem." Sedar-sedar seseorang berdehem buatkan Anis dan Rayyan menoleh serentak.

Rayyan perhati sahaja lelaki yang ada di sebelah Anis itu. Dah kenapa nak berdehem bagai?

"Eh maaf tuan, ni Farhan pekerja dalam bidang IT. Rasanya tuan tak kenal dia lagi." Anis memperkenalkan Farhan.

Rayyan hanya memandang Farhan sekilas kemudian berlalu pergi, sempat telinga nya mendengar dari Farhan,

"Jadi bos ada masalah lain dengan Erisha selain putus tunang dengan Erisha?"

"Adalah masalah yang tak boleh di elakkan." Jawab Anis setelah memastikan kelibat bosnya Rayyan sudah tiada.

***

Aku tiba di kawasan rumahku pada petang hari sebab aku singgah di mall KL lagi sebelum balik, belikan beberapa ole-ole untuk keluarga.

Aku gementar tapi lambat-lambat menekan bel rumah juga dan memberi salam.

"Assalamualaikum..." Ujarku.

Dalam masa seminit dua aku berdiri di luar dengan dua luggage ku dan beberapa beg kertas.

Kemudian pintu berwarna emas itu terbuka, umi yang membuka pintu.

"Walaikumsalam, eh Risha?!" Terus aku dipeluk dengan kemas oleh umi, aku terdengar suara dari dalam.

"Siapa tu, umi?" Tanya seseorang, ianya Umairah.

"Kakak kamu ni ha... Dah balik dari Kuala Lumpur." Ujar umi selepas aku menyalamnya.

"Kakak!!" Jerit Umairah gembira. Dia terus memeluk aku ketika aku menghampiri.

"Penat kakak kamu tu oi! Bawa luggage kakak kamu ke dalam kita borak dekat ruang tamu." Arah umi, Umairah bertindak terus mendengar itu. Tak peduli berat ke ringan.

Aku pula bawa beg-beg kertas yang Umairah tinggalkan.

"Kamu tak nak salin pakaian dulu Risha?" Soal umi setelah melihat aku duduk dengan manis di ruang tamu. Aku mencicip jus epal umi, umi memang tahu kegemaranku tak pernah berubah.

"Nantilah, nak borak dengan umi dan Mairah dulu." Ujarku setelah meneguk air epal itu.

"Kakakk!!!" Seru Umairah, dia duduk di sebelahku.

"Luggage kakak dah letak dalam bilik?" Soalku perlahan. Umairah balas dengan anggukkan kepala sahaja.

"Kenapa balik sini?" Soal Umairah setelah kami bertiga diam di ruangan sekitar lima minit. Aku baru hendak ajukan soalan kemana abah dan abang Thaqif tapi tidak jadi rasanya aku sudah tahu jawaban itu. Pasti bekerja, anak beranak itu sungguh pekerja keras membanting tulang.

"Panjang ceritanya."

"Pendekkan." Kata Umi buatkan Umairah mengangguk setuju.

"Urm, Risha dah resign dari office Rayyan." Permulaan kata-kataku buatkan umi dan adikku Umairah shock berat. Umi menghela nafas panjang.

"Kamu dah tahu dia melamar?" Soal umi.

"Ya... And why orang dalam rumah ni tak ada seorang pun yang bagitahu Risha? Bukannya tak boleh pergi KL, kalau susah sangat nak pergi KL tinggal call or whatsApp Risha, kan senang. Ni tak adalah Risha nak terkejut mati katak tahu dia melamar." Ujarku panjang lebar.

"Kenapa umi dan yang lain setuju dengan lamaran dia?" Soalku.

"Sebab umi nak yang terbaik untuk anak umi." Balas umi.

"Terbaik? Dia tu dah cukup baik sangat ke untuk Erisha? Dulu dia malukan keluarga kita dengan lari dari majlis pernikahan, macam mana kalau dia buat lagi?" Kataku dengan nafas tersengah-sengah.

"Kakak, abang Rayyan tu dah berubah..." Umairah membela Rayyan.

"Wow, now dia abang untuk Mairah?!" Kataku kesal.

"Jangan tinggikan suara dalam rumah ni Erisha..." Tegur umi perasan suaraku pada Umairah sedikit meninggi. Dalam rumah ni ada peraturan dari ketua keluarga kami, iaitu abah kami. Antaranya tidak boleh tinggikan suara dan melawan cakap ibu-bapa.

"Baik umi." Aku membalas perlahan.

RAYRISWhere stories live. Discover now