BAB 15

187 102 0
                                    

Tengah hari itu, aku keluar ke restoran sendiri. Aku tidak makan di kafe syarikat melainkan keluar menyeberang jalan. Rasa macam mual pula hari-hari makan menu yang sama. Ada restoran yang tidak jauh dari syarikat, setidaknya jauh restoran itu lima puluh meter dari syarikat Rayyan.

Aku duduk di pojok kanan tidak jauh dari kaunter, lepastu ada pelayan yang mengambil order apa yang hendak aku makan. Aku pun orderlah, nasi goreng ayam dan milo ais. Aku bukan orang kaya okay! Sederhana is better.

Tiba-tiba ada yang menarik kerusi di hadapanku. Aku yang sedang ralit memandang iPhoneku terus teralihkan pandangan, memandang siapa yang menarik kerusi.

"Assalamualaikum. Can I sit here?" Soalnya sambil memandang aku.

Aku berfikir sejenak sebelum idea datang dari mindaku, untuk membelanja Farhan makan. Hari itu masa ada Anis dia yang belanja makan. Lagipun akh dah janji nak belanja Farhan makan walaupun kalini bukan dengan Anis sekali.

Aku menjawab salam kemudian mengangguk. Tidak lama selepas itu aku memanggil pelayan.

"Awak orderlah apa-apa. Saya belanja."

"Tapi -"

"No excuse, haritu awak belanja saya dengan Anis. Awak cakap take it as your treat. Today take it as my treat..." Aku terus memotong bicara Farhan.

"Baiklah." Balas Farhan sepatah.

"Anis mana? Dia tidak ikut sekali dengan awak ke?" Tanyaku sekadar basa-basi. Aku mengutuk diri sendiri, kenapa aku tanya soalan macam tu? Jelas-jelas dia datang sendirian.

"Saya tak tahu dia kemana, kalau saya tahu, saya ajak dia lunch dengan saya sekali dekat sini. Kebetulan awak ada tapi tulah dia menghilang lepas aje awak bentangkan projek tu." Jelasnya.

Kami tidak berduaan di restoran ini, masih ada beberapa pelanggan lain yang mengisi tempat kosong. Tapi entah mengapa aku merasa duduk berdua sahaja dengan Farhan seperti ini tetaplah salah, like being committed a sin and like what I said before that's doesn't mean I like him or anything.

Mungkin kerana dalam circle pertemananku, berinteraksi dengan lawan jenis sangat dibatasi walaupun ianya seperti Farhan, umiku kenal dekat sebab dia anak angkat kepada Maksu merangkap anak kandung kepada madu Maksu. Dan aku sangat setuju kalau mengambil kesempatan itu memang tidak dibenarkan dalam segala hal.

Hening menghantui kami berdua beberapa saat terlebih lagi aku tidak punya topik untuk di bahas. Rasa canggung itu seolah menyebar dibawa darah ke seluruh tubuh badan ini. Syukurlah Farhan mulai fokus dengan handphone di tangannya.

Kami berdua hanya memilih diam dan sibuk dengan telefon pingar masing-masing. Sehinggalah makanan yang aku pesan tiba lebih dahulu.

Kemudian dalam masa lebih kurang lima minit makanan Farhan pun tiba, sebelum makanannya tiba dia ada menyuruhku makan terlebih dahulu, tapi aku menolak dan berkata sambil lebih baik menjamah selera bersama.

"Oh iya? Awak PA baru bos kitakan? Saya tak sempat tanya awak haritu..." Soal Farhan.

Aku hanya balas dengan anggukan kerana ada makanan di mulut. Tak di lupa jua aku sudah membaca doa makan.

"So how? Your ex-fiance is your boss now." Katanya. Buatkan aku terhenti makan.

"Saya sebenarnya tak lama pun jadi PA bos kesayangan awak tu, paling lama sebulan-dua. Lepastu saya resign." Balasku.

"Sejak bila dia jadi bos kesayangan saya pula? Saya kerja je dengan dia... Tak ada maknanya nak bersayangan dengan dia. Ada- ada aje awak ni Risha. So tell me what's wrong with your new job? You want to resign because his was your ex-fiance?" Selidiknya sangat tepat sekali.

"Ya, because of that." Simple aku jawab. Aku pun sambung makan.

Farhan hanya menggelengkan kepalanya mendengar alasan ku itu.

Selesai sahaja aku habis makan, aku berpamitan dengan Farhan untuk pergi dari restoran itu lebih dahulu.

***

Ketika semua orang dan semua media sibuk membicarakan tentang nasib Malaysia beberapa tahun kedepan. Aku malah tidak ikut campur atau memberi komen sama sekali. Masalahnya minatku terhadap politik memang benar-benar kosong. Disamping dengan tidak punya ilmu mengenai bidang politik aku juga tidak tahu apa yang mereka debatkan. Don't say what you dont understand. Itu hanya akan membuatmu terlihat bodoh di depan mereka yang tahu-menahu.

Waktu kerja sudah hampir habis harini, aku memandang kad jemputan yang berada di mejaku.

PUTRI MEDINA & AKASH HILMAN

Bila agaknya Rayyan sampai ni? Lama-lama dekat Kedah tu buat apa? Haih... Dahlah aku tak ada nombor telefon dia. Adapun dulu, aku dah block.

Okay, apa kata aku letak atas meja dia aje. Eh nanti tak amanah pula. Sebab si rambut bulu singa tu suruh aku sampaikan kad jemputan ni terus pada Rayyan.

Aku duduk menatap komputer di depanku, baru beberapa saat rasanya ada yang mengetuk mejaku.

Alahai. Rayyan yang datang. Panjang umur dia. Alhamdulilah lafazku dalam hati.

"Tuan, err..."

"Tak payah nak tergagap-gagal bagailah. Ni aku nak tanya harini ada sesiapa datang tak cari aku selain daripada klien?" Hebat betul Rayyan ni, tahu-tahu aje sepupu dia ada datang bagi kad jemputan kahwin.

"Haah ada, sepupu tuan... Nama dia Medina," aku hulur kad jemputan pada Rayyan. Dia sambut huluran itu.

"Ohh... Kahwin juga kau Dina dengan c Man ni, padanlah dulu tak moveon sangat.. Berjodoh rupanya." Gumam Rayyan, aik tak Medina tak Rayyan asyik cakap pasal moveon aje.

"Tuan?" Tegurku.

"Hmm. Aku nak kau ikut aku pergi wedding sepupu aku si Medina ni. No excuse, Erisha Hazreen." Rayyan terus berlalu menuju ruangannya meninggalkan aku sendirian.

***

Pulang dari kerja aku terus menunaikan solat isya' sebelum makanan terhidang. Harini Anis yang masak. Sendirian. Dia tidak mahu aku membantu.Lagipula dia uzur.

Aku sudah beritahu Anis biar dulu lauk di periuk. Jangan hidang, nanti aku selesai solat baru aku bantu dia hidang. Dia tak ada masalah.

Sunnah Rasulullah SAW, tidak baiklah bagi seseorang itu menunaikan ibadah solat ketika makanan dan lauk-pauk sudah terhidang di atas meja. Sebab itu aku kata pada Anis jangan hidang dahulu.

Aku ni nak di katakan terlalu mengikut sunnah atau pun mengamalkan sunnah Rasulullah SAW tidaklah sangat. Aku bukan tahu sangat lagi, maklumlah baru berusia 25 tahun. Umi dan Abahku lah yang banyak mengajarku mengenai sunnah, hukum, dan pelbagai lagi tentang agama islam. Aku bersyukur dapat membesar di keluarga yang serba sederhana itu. Alhamdulilah ilmu agama cukup membantu walaupun kini aku merantau di negeri orang. Dan berkerja di bawah syarikat bekas tunang sendiri.

Dua sosok yang tidak akan ku lupakan dalam hidupku.

Orang yang bekerja keras dan rela kehilangan apapun hanya untuk membuatku bahagia. Itulah abah.

Orang yang membesarkanku, tulus mendoakanku dan yang berada di sampingku ketika aku gagal. Itulah umi.

Aku tidak tahu, apakah dengan ilmuku yang sedikit ini dapat membantu aku menuju syurga-Nya. Siapa di antara umat islam yang tidak inginkan syurga-Nya bukan? Semua pasti mahukan syurga itu. Lebih-lebih lagi syurga Firdaus, syurga Rasulullah SAW.

RAYRISWhere stories live. Discover now