BAB 10

235 131 5
                                    

Aku menceritakan pada umi dan abah perihal pekerjaan ku, tidak lupa pada abang Thaqif dan Umairah jua. Pasal Rayyan tu bos aku merangkap bekas tunang aku dulu, rasanya umi dah cerita, sebab masa aku nak cerita abang Thaqif terus potong katanya tak payah cerita. Abang Thaqif ni memang menyebalkan!

Maksu dan Farhan ada di dapur, sekejap lagi datang berkumpul dengan kami sekeluarga. Ambil makanan ringan agaknya diorang. Biasalah makanan untuk dikunyah-kunyah sambil bercerita.

Akupun memberitahu perihal tawaran Rayyan untuk aku tinggal di Kuala Lumpur bersama housemateku yang bernama Anis, baru hendakku ceritakan yang Anis itu kenalan Farhan jua, terus ada suara menyampuk.

"Anis? Aunty, Farhan kenal dia... Kenapa Erisha tiba-tiba sebut nama Anis ni pula?" Farhan menyoal.

"Oh baguslah kalau macam tu Farhan, ni Erisha dapat tawaran dari bos dia untuk tinggal dekat KL. Kami tengah fikirkan, Farhan rasa Anis tu okay tak? Sebab dia housemate Risha." Umi berkata begitu pada Farhan. Aku lihat Farhan teranggguk-angguk mengerti. Kemudian dia pandang aku yang sedang memandangnya, aku terus larikan pandanganku dari dia.

"Farhan pun sama, akan tinggal KL juga aunty. Dalam dua tiga hari lagi, dah minta izin dengan ibu. Alhamdulilah dia izinkan." Kata Farhan, menjelaskan. Maknanya dia pun dapat tawaran dari bos untuk tinggal dekat rumah sewa di sana. Baik betul bos kami ni kan. Farhan panggil maksu ibu sebab dia kan madu kepada mak Farhan.

"Tapi kalau aunty tanya dekat Farhan tentang Anis yang bakal jadi housemate Risha, Farhan rasa cukup baik dan bagus agaknya untuk dia tinggal serumah dengan si Anis tu. One more thing aunty, kami akan berjiran. Farhan ada pergi rumah sewa Farhan semalam, kebetulan ternampak pula si Anis ni tinggal sebelah rumah Farhan. Jadi bolehlah Farhan tengok-tengokkan anak aunty dan uncle ni." Panjang lebar Farhan menyambung ucapannya. Yang aku terkejut adalah kenapa kami jiran?! Okay tak jadi masalah pun tapi yang dia memandai aje cakap nak tengokkkan aku ni apasal?! Ee geram!

"Alhamdulilah syukurlah, kalau macam tu." Tutur umi pula.

"Abah dan umi izinkanlah ni Risha tinggal KL?" Aku menyoal, ya Allah harapnyalah aku di beri peluang.

Umi dan abah berpandangan. Sesaat, dua saat, tiga saat.

Kemudian keduanya saling mengangguk. Aku mengucap syukur kepada Allah SWT. Lepas ni aku akan buat solat sunat syukur. Sudah menjadi kesebatian dalam diriku untuk sentiasa buat solat sunat syukur jikalau aku mendapat sesuatu yang luar biasa dari-Nya. Misalnya kereta yang tanpa aku minta, dan juga misalnya ini! Keizinan dari umi dan abah untuk aku tinggal di KL.

"Kalau macam tu, Risha nak packing baju dulu. Umi dan abah jangan risau, tiap-tiap bulan Erisha akan balik rumah." Kataku penuh keyakinan. Sementara abang Thaqif sudah memandangku dengan mata yang dikecilkan. Tak percayalah tu, aku mengendahkan dia.

"Abah nak bercakap dengan bos kamu, boleh Risha?" Shock. Aku ingat aku salah dengar, sehinggalah aku dapati ayat itu di ulang buat kali kedua.

"Maksud abah nak jumpa dia?" Tanyaku.

"Tak, nak cakap dengan dia melalui telefon sahaja." Jawab abah. Itu sudah cukup membuatkan jantungku berdebar.

Farhan pula sudah mulai terpinga-pinga dengan situasi, anak-bapa itu.

"Erm, abah Rishakan cuma personal asisstant dia, buat apa Risha nak ada nombor telefon bos Risha pula."

"Umi kamu dah cerita, bos kamu tu orang yang sama kamu tolong jagakan dompet dia sebelum ni, dan dia ada mesej kamu kan."

"Tapi Risha dah blockkan dialah abah."

"Hmm... Kalau macam itu Farhan ada nombor bos besar kamu berdua?" Soal abah kepada Farhan.

RAYRISWhere stories live. Discover now