BAB 27

118 62 0
                                    

Keesokkan harinya, waktu sarapan Rayyan mengambil tempat duduk di hadapan bondanya.

"Ayah dah turun kerja, bonda?" Soalnya setelah meneguk teh.

"Belum, ada naik ke atas tadi. Ambil fail yang ayah kamu tertinggal." Jawab bonda Rayyan. Puan Maria baru terperasan Rayyan agak ceria hari ini, berbanding dengan hari-hari sebelumnya.

"Ean, ada apa-apa yang bonda tak tahu ke?" Puan Maria menyoal anak sulungnya.

"Maksud bonda?" Rayyan balik menyoal bukan menjawab.

"Kamu macam aneh harini, senyuman tu ceria sangat." Ujar puan Maria sambil memerhati Rayyan.

"Ean, dah bangun pun anak sulung ayah..." Satu suara menyampuk, ternyata tuan Rasyid. Ayah kepada Rayyan dan Raykal.

Rayyan hanya tersenyum memandang ayahnya.

"Bonda, bersyukurlah Ean senyum-senyum harini walaupun aneh. Yang penting senyum kan, lagipun senyum itu satu sedekah." Ujar Rayyan membalas puan Maria.

"Senyum pun dah salah dekat mata awak ke?" Tuan Rasyid menyoal isterinya. Dia terdengar perbualan ini dari jauh lagi.

"Taklah, anak awak tu..." Puan Maria tidak menyambung malah hela nafas panjang.

"Baiklah bonda, ayah. Sebenarnya Ean dah nak kahwin..." Akhirnya Rayyan melepaskan juga apa yang membuat dia tidak lekang senyum.

Puan Maria tidak terlalu terkejut, begitu juga dengan tuan Rasyid.

"Bila?" Soal kedua orang tua Rayyan serentak.

"Sebenarnya sebelum Ean di terima, Ean sempat ditolak." Jelasnya pendek.

"Oh, masih calon yang sama... Erisha?" Soal bondanya. Rayyan sudah tersenyum-senyum sambil mengangguk.

"Kenapa kena tolak sebelum kena terima balik? Ingat Ean ni barang ke boleh suka-suka terima, suka-suka tolak?!" Nada suara tuan Rasyid terdengar jelas tidak suka.

"Ayah, bukan macam tu. Ayah sendiri tahukan Ean pernah tinggalkan Erisha masa majlis pernikahan kami. Ayah tahu, bonda pernah cakap jikalau sudah hebat untuk menyakiti orang lain, berarti kita juga sudah cukup kuat menerima balasannya. Samalah macam situasi Ean sekarang. Tapi satu kesyukuran Ean, Erisha masih mahu terima Ean semula selepas kesakitan yang Ean berikan pada dia lima tahun lepas." Kata Rayyan panjang lebar, bondanya terangguk-angguk setuju. Akhirnya Rayyan faham apa yang puan Maria katakan sebelum ini.

"Kalau macam tu kamu kena sedia lagi dengan Erisha selepas kahwin, kamu tahu perempuan ini dengan masa lalu yang menyakiti dia agar sukar untuk berpisah. Jadi bersiaplah, layan bakal isteri kamu sebaik mungkin. Jadikan dia satu-satunya ratu di hati kamu." Ujar tuan Rasyid menyokong anak sulungnya kali ini.

"Insya-Allah, ayah..."

"Jadi bila tarikhnya?" Bonda Rayyan menyoal.

"Semalam Ean ada pergi rumah bakal mertua Ean, diorang kata tunggu pihak dari Ean tetapkan tarikh. Bonda kalau boleh Ean nak secepatnya kahwin dengan Erisha." Kata Rayyan.

"Bonda boleh aje pergi bila-bila masa untuk tetapkan tarikh. Tapi ayah kamu rasanya tak boleh temankan bonda sebab dia banyak kerja yang kena sambung untuk persiapan overseas ayah kamu lagi."

"Ayah... Janganlah pergi overseas masa Ean tengah kahwin pula!" Kata Rayyan merungut.

"Ya, ya... Ayah tahu."

RAYRISWhere stories live. Discover now