RISAU. Itu yang Aaira rasakan sekarang ini. Sudah dua hari, lima belas jam lelaki itu meninggalkannya di rumah dalam keadaan risau.
Dan Aaira tidak mampu untuk menghapuskan segala fikiran negatif yang berlegar di dalam kepala. Sungguh, ia membuatkan Aaira lebih overthinking.
"Mana dia ni?" gumam Aaira. Telefon masih di tangan sambil tangan asyik mendail saja nombor si suami itu. Memang itulah yang dia mahukan sekarang ini.
Tit... Tit...
"The number you have called is unavailable at the moment..." Talian terus dimatikan oleh Aaira.
Jantungnya berdegup laju. Ulang-alik Aaira berjalan di ruang tamu itu. Mula-mula, dia hanya okey saja kalau Ayyish tak dapat balik malam. Tapi, biasanya pasti Ayyish akan mesej Aaira dulu.
Bukan tidak meninggalkan sebarang pesanan.
Serentak itu, fikiran negatif muka berkeliaran.
Macam mana kalau Ayyish sebenarnya tinggalkan dia?
Macam mana kalau ia disebabkan oleh kes itu?
Jujur, Aaira tak tahu sama ada dia risaukan apa sekarang ini. Risaukan Kash yang akan tahu... atau memang hanya Ayyish saja dalam kepalanya. Aaira tak boleh fikir.
Bunyi pintu dibuka itu mengalihkan fokus Aaira. Laju dia berlari ke arah pintu dan matanya membulat melihat orang di hadapannya ini.
Ayyish Rafael.
Lelaki itu datang. Dengan badan yang berlumuran darah. Dapat Aaira menilik tubuh Ayyish yang sudah melecur sedikit. Luka-luka itu banyak terdapat di tubuh.
Apa... apa dah jadi?
"Ayyish?" Pantas Ayyish mengangkat kepala. Dahinya sedikit berkerut menahan sakit di seluruh badan.
Melihatkan Ayyish yang bagai nak tumbang itu, laju Aaira dapat tubuh Ayyish lalu dipapah masuk ke dalam bilik.
"What happened? Kenapa sampai jadi macam ni, Ayyish?" Bibir Ayyish tersenyum nipis. Dan itu yang buatkan Aaira kalah dengan senyuman itu.
Waktu sekarang ni pun, Ayyish masih lagi boleh tersenyum.
Hening.
Hanya kedengaran nafas Ayyish yang agak tidak teratur. Malah, Aaira di sisi berusaha keras untuk membuka baju Ayyish. Terkejut dia melihat kesan-kesan yang tidak patut ada pada badan manusia.
"Aku penat Aaira," luah Ayyish tanpa sedar. Kepalanya direhatkan pada dada gadis itu. Mata dipejam. Berharap bahawa kesakitan yang dialami ini akan hilang sekali.
"Aku penat sangat bertahan." Aaira gigit bibir bawah. Menahan air mata dari jatuh. Entah kenapa ayat itu kedengaran sangat lirih.
"Aku... aku macam rasa nak tidur je." Laju Aaira menggelengkan kepala. Dahinya bersentuhan dengan dahi Ayyish. Dia perlu ambil masa. Untuk kawannya hadir.
Aaira tahu perasaan itu. Dia tahu kerana dia pernah melaluinya. Dan dia tak mahu Ayyish melalui.
"You're doing great, sweetheart. You're doing really great. So, please continue doing it. Continue until you feel it's worth doing it." Ayyish senyum ringkas. Air mata mengalir setitis. Jatuh membasahi pipi. Tapi, sentuhan lembut yang mengusap air matanya itu selesa. Hangat. Tenang.
"Am I really doing great?" Lemah Ayyish bertanya. Penglihatannya juga sudah berbalam-balam.
Tiba-tiba terasa ada kucupan hangag di dahi sebelum kegelapan datang menjemputnya. Akan tapi, sempat Ayyish dengar dua patah kata dari gadis itu.
"You're doing really great. That's why I love you."
AAIRA hanya merenung saja wajah Ayyish yang lena tidur itu. Tubuhnya penuh dengan balutan dan ubat-ubatan. Tanpa sedar, Aaira mengeluh. Kasar.
Apa yang dah jadi sebenarnya ni?
"Dia macam mana, Fiyah?" Safiyah senyum manis mendengar suara serak Aaira. Nampak sangat gadis ini sungguh risau akan Ayyish. Tangannya mencapai bahu itu ditepuk lembut. Mahu menenangkan jiwa Aaira yang sedang resah.
"Dia okey. Ada sedikit kesan melecur dan dipukul dekat badan dia tapi buat masa ni dia dalam keadaan yang stabil." Aaira menghembus nafas lega. Nasib baik.
"Kau... risau tentang dia?" Mengeras tubuh Aaira menerima soalan itu. Lantas, dia berpaling ke arah Safiyah yang menatapnya lembut.
"Kenapa cakap macam tu?" tanya Aaira. Gugup. Tak tahu kenapa tapi hatinya berdebar-debar sekarang ini. Tapi... apa puncanya?
Safiyah senyum halus. "Are you in love with him?"
Soalan itu berjaya buatkan Aaira terfikir seketika.
Aku cintakan dia ke?
"Aku... aku tak tahu," adu Aaira. Jujur, kadangkala fikiran dia sendiri pun bercelaru. Tak tahu sama ada dia okey atau tidak sekarang ini.
Aaira mengeluh seketika. Wajah Ayyish yang sedang lena itu dipandang sekilas. Wajahnya apabila tidur memang betul-betul serupa bayi. Nampak innocent saja. Tapi, dalam diam Aaira tahu ada satu luka panjang dalam hatinya itu.
"Aaira Cressida." Aaira kembali merenung wajah Safiyah yang tersenyum itu.
"Aku tak kisah kalau kau tak tahu. It's okay. A lot have happened between you and him. But, don't let it torture you. Kau tahu kan?" Aaira hanya sepi.
"Dalam dunia ni, semua orang ada luka sendiri yang tak nak tunjuk. Because they're afraid of being judged. Sama juga macam Ayyish. Mungkin dia ada luka sendiri yang dia tak nak cerita dengan kau."
"Dan kau pun ada luka yang tak nak kau ceritakan dekat dia." Safiyah merenuh wajah Aaira yang kelihatan kusut itu. Dia faham. Mungkin Aaira terlalu tertekan dengan semua benda ni.
"Don't take someone's past as your advantage. Sure. You may investigate this case. I will not scolded you for that. Tapi... ambil kes ni sebagai seorang polis. Bukan seorang isteri yang mahu tahu rahsia suaminya. Kau tahu apa yang aku maksudkan, kan?" Aaira menganggukkan kepala. Tahu. Dia tahu apa yang sahabatnya itu maksudkan.
Dia lebih tahu.
"Aku kena pergi dulu. Ada emergency. Make sure dia tukar balutan tu setiap lima jam untuk elakkan infection. Ubat jangan lupa makan." Safiyah mula berdiri. Tak mahu lama-lama dalam rumah ini.
Biarlah pasangan suami isteri itu punyai masa mereka.
"Eh, tak nak minum dulu ke?" tanya Aaira. Serba salah pula bila Safiyah cepat sangat nak balik.
"Tak payah. Jaga suami kau tu. Cakap dengan dia supaya jangan gerak-gerak sangat. Lelaki ni mana boleh percaya. Ada je ragam dia. Macam budak kecil!" Aaira ketawa mendengar Safiyah berseloroh itu.
"Okeylah kalau macam tu. Nak aku temankan kau balik tak?" Safiyah pantas menggelengkan kepala.
"Tak payahkan aku kata? Duduk je kat situ. Kesian suami kau tu sorang-sorang." Aaira mengangguk.
"Wei, Fiyah!" Safiyah yang hendak berjalan itu pusing tatkala namanya diseru.
"Terima kasih tau!" Bibir Safiyah tersenyum manis. Lantas, sebelah tangan diangkat tinggi untuk melambai Aaira.
"Aku buat ni tak free! Bayar nanti!" Aaira ketawa kecil sebelum dia mengangguk. Baiklah. Akan dia balas balik budi itu.
16 September 2024
Please bagitahu saya jika ada typo ya. Have a good day!
Vote and comment!
YOU ARE READING
MISS ALPHA : CRESSIDA
Romansa#2nd under The Ravenes series •The devil in disguise. AYYISH RAFAEL. Dua patah perkataan yang dapat buatkan orang gerun dengannya. Bukan kerana sifatnya. Tapi, kerana pekerjaannya sebagai orang kanan kepada Sean, pengedar dadah terbesar yang menyeb...