‧₊˚ ⋅ 21⭑๋࣭ ⭑

27 2 0
                                    

AAIRA merenung tajam meja makan di hadapan yang sudah tersedia sarapan. Dalam diam dia mendengus kasar. Geram dengan perangai Ayyish.

Malam tadi dia masuk bilik Ayyish tiada, jadi Aaira tidur dulu. Pagi tadi dia bangun Ayyish dah bangun dulu tapi tiada. Macam mana dia tahu? Sebab tempat sebelah masuk lagi hangat. Menandakan ada orang baru bangun.

Dan sekarang... lelaki itu bersarapan dan pergi ke kerja tanpa dia?

Ha. Ha. Ha.

Lawak.

Sticky note di atas meja itu dicapai kasar. Memang kalau Ayyish dekat depan mata ni, mahu saja dia bantai lelaki itu hidup-hidup. Takkanlah sebab malam tadi gaduh Ayyish bertindak sebegini sekali?

Haish!

Laju nota itu dibaca.

Sorry. Ada meeting. Sarapan atas meja.

P/S: Balik kerja sendiri hari ni. Aku balik lambat.

"Argh!" Sticky note itu dikoyakkan secara kasar dan dibaling lalu dipijak-pijak. Kalau orang nampak keadaan djs sekarang ini, pasti dia cakap Aaira kena histeria. Sebab betul-betul macam rasa nak gigit orang!

Aaira menarik nafas sedalam-dalamnya. Tangannya naik mengibas leher yang terasa panas berlapikkan tudung.

"Sabar, Aaira. Sabar." Mata dipejam sambil nafas ditarik. Sedaya-upaya dia cuba untuk menenangkan diri sendiri.

Hah!






AYYISH merenung serius wajah Sean yang sedang mencengkam kasar rambut seorang perempuan. Darah di setiap tempat. Wajah perempuan itu cuba berdarah teruk.

Tanpa sedar, tangannya digenggam penumbuk. Erat sehingga sudah memerah.

Seorang lagi.

Seorang lagi nyawa yang melayang.

"Jawablah perempuan!!" Mata Ayyish terpejam erat mendengar jerkahan itu. Dia tak suka. Dia tak suka mendengar suara perempuan itu menangis meminta dilepaskan. Dia tak suka mendengar suara psiko Sean yang seperti ajak bermain. Dia tak suka melihat wajah takut-takut perempuan itu. Dia tak suka mendengar rintihan perempuan itu semasa Sean menceroboh daranya.

Segalanya... segalanya itu dia tidak suka.

Ayyish pantas menahan Sean dari naik tangan ingin menampar perempuan itu. Tidak kisah akan pandangan Sean yang mencerlung tajam ke arahnya.

"What are you doing, A?" Ayyish hanya beriak tenang. Tiada langsung ekspresi takut di wajah. Dia sudah hadap perangai ni selama lima tahun. What makes you think he should be afraid of him?

"Let go." Sebaliknya, cengkaman itu diketatkan lagi.

Sean ketawa. Bengang apabila anak buahnya yang satu ini tidak mendengar arahan.

"Let me have her place." Sean mengerutkan dahi. Cengkaman tadi itu dilepaskan. Sean menunjuk ke arah perempuan yang sedang ketakutan itu.

"You... will have her place? Her? This dirty woman?" Berdesing telinga Ayyish mendengar perkataan 'dirty' itu. Namun dia masih lagi beriak sama.

MISS ALPHA : CRESSIDAWhere stories live. Discover now