Bab 8

195 14 0
                                    

       "Err...dia ada je. He just a little bit busy with his work now." Tipu Naila. Nada dia sedikit bergetar saat menyatakan itu.

       Tanpa dia sedar Aayaz sudahpun mengetahui bahawa jawapannya itu adalah tipu. Ini bukan kali pertama mereka kenal, mereka dah kenal lama. Aayaz dah kenal sangat dengan semua tentang seorang Naila Ayana binti Naim Imran. Tiada satu pun yang terkecuali.

        "Ahh, I see...Jadi betullah korang berdua dah kahwin?" Tanya Aayaz dengan nada biasa seakan-akan tiada apa yang dia ketahui mahupun berlaku. Naila yang masih dalam keadaan terkejut itu, lambat-lambat menjatuhkan kepalanya. Jawapan kepada pertanyaan itu.

        "So, how your day with him until this day? Are you happy?" Tanya Aayaz sekali lagi.

        "Tipulah sebanyak mana yang awak nak, dear. Abang terima tetapi jangan salahkan abang kalau abang siasat sendiri semuanya nanti." Gumam Aayaz dengan penuh tekad didalam hatinya.

        Sengaja dia membiarkan gadis itu terus membohonginya kerana dia tahu dia mampu mengetahui jawapan sebenar nanti. Mereka berempat mampu mengorek segala maklumat yang ada termasuk yang tersorok rapi.

        "Yeah, I'm so happy with him. He is a good husband." Tipu Naila sekali lagi.

         Idrees Qaid baik terhadapnya? Tipu! Bagi Naila, Idrees Qaid lah lelaki paling tak guna yang dia pernah kenal berbanding orang lain sepanjang hidupnya.

         "Glad to hear that. Jadi memang tak salahlah bila abang buat keputusan untuk lepaskan awak dekat dia." Tergamam Naila buat seketika sebaik sahaja mendengar penyataan itu. Dengan sedaya upaya dia cuba untuk mentafsir maksud tersirat daripada ayat itu.

         "Nanti bolehlah awak bawa abang jumpa Idrees. Abang pun cuti lama kalini jadi bila-bila masa sahaja abang boleh. I'm always free especially for you." Pancing Aayaz lembut. Matanya tidak lepas memandang gadis pujaannya itu.

         Dia benar-benar yakin ada perkara yang terjadi terhadap gadis itu selama ketiadaannya di Kedah. Naila yang setia tunduk memandang bawah sedari tadi. Naila yang gagap untuk memberitahunya tentang Idrees. Dan juga tentang instagram post milik Idrees. Gambarnya bersama perempuan lain yang berpakaian tidak cukup kain dengan kapsyen 'My sexy baby'. Semuanya ada maksud tersirat disebalik semua ini, terutamanya terhadap keadaan gadis itu.

           "Err bo-" terpotong bicara Naila selepas dicelah oleh suara seorang lelaki lain yang baru masuk ke dalam bilik rawatan persendirian milik Aayaz Zayyan itu.



            "Hello my baby Yayaz!" Cantas seorang lelaki dengan nada kuat sambil melangkah mendekati mereka berdua.

            "Mana salam kau, Ash? Jangan nak mengada sangat tambah jahil kau yang sedia ada tu. KELUAR BALIK!" Tanya Aayaz senada sekaligus menyuruh jejaka itu keluar untuk mengulang kembali.

            "Ishhh yelah!" Balas jejaka itu lalu bergegas keluar. Kakinya dihentak-hentak kecil menandakan protes.

            "Ha, hentak la lagi. Biar runtuh terus lantai tu." terus terhenti hentakkan kakinya. Mengadalah si Aayaz Zayyan ni, orang hentak kecil je pun. Takkanlah sampai runtuh lantai bagai.

TOK! TOK!

           "Assalamualaikum, Tuan superintendent. Aayaz Zayyan a.k.a Supt. Zayn. Boleh saya masuk?" Ucap jejaka itu dengan nada perlinya. Amik kau Yaz, nak sangat kan tadi!

          "Waalaikumussalam, Tuan superintendent. Arash Daniel a.k.a Supt. Dany. Boleh dan silakan masuk." Balas Aayaz yang juga dengan nada perlinya.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now