TOK TOK!
"Weyhhh Yaz!!" Jerit Arash gelabah. Serentak itu dia bangun lalu duduk rapat disebelah Aayaz tanpa sebarang amaran.
"Ehhh! Kau ni dah kenapa?!" Tanya Aayaz terkejut. Asal yang datang himpit dia ni? Tak tunggu sesaat pun, kedua belah tangannya terus naik menolak tubuh yang tidak kalah tegap milik sepupunya itu supaya menjauh.
"Kau kena backup aku sekarang! Lutut aku dah lembik dah ni, padahal jumpa dia pun belum lagi. Lagipun kalau pengsan dekat sini kejap lagi, confirm tak rasa sakit badan sebab jatuh atas katil." Serentak itu tangan kanan Aayaz naik menepuk dahinya sendiri. Naik pening dia mendengar apa yang dikatakan oleh sepupunya itu. Rasa macam nak dilelongkan je si Arash Daniel bin Adam Fathi ni. Siapa nak?
Pintu pun terkuak daripada luar, "Assalamualaikum. Boleh kitorang masuk?" Ucap seseorang. Kepalanya terjengul separuh disebalik pintu bilik itu.
"Waalaikumussalam. Masuklah." Pelawa Aayaz lembut. Bibirnya sudah pun mengukir satu senyuman suka.
"Are you alright, Yaz?" Tanya seseorang. Serentak itu, kedua belah tangannya naik membelek tubuh Aayaz sebaik sahaja tiba disisi jejaka itu.
"I'm alright. Don't worry." Balas Aayaz sekaligus memujuk kedua-dua sahabatnya yang baru masuk tadi. Arash yang berada disebelah sudah membuat muka cemberut, tidak puas hati.
"Glad to hear that." Ucap seorang lagi, senada.
"ARGHHH! Kenapa Zeeq dengan Deen yang masuk?! Sia-sia je lutut aku lembik teruk tadi!" Tersentak mereka berempat mendengar jeritan Arash yang tiba-tiba itu. Dah kenapa pula budak ni?!
"Dah kenapa? Salah ke kalau kami dua nak datang melawat Yaz? Dah tak boleh nak bersahabat baik dah sebab kami dua ni daripada UTK bukan VAT69 macam korang dua?" Sembur Deen tidak puas hati.
Mana tak anginnya dia bila diorang punya kalut ambil cuti awal sehari semata-mata nak datang sini. Last-last, boleh pula buat gaya macam diorang ni tetamu tak diundang. Zeeq pula hanya diam memandang Arash tanpa riak. Malas!
"Bukan tu yang aku maksudkan lah, Areez Zayden bin Sayf Zaydan!" Nafi Arash keras. Lain yang dia nak sampaikan, lain pula sahabat dia sorang ni faham. Terlebih cerdik!
"Then, what is it?" Tanya Areez ingin tahu. Sebelah keningnya terjongket sesaat.
"Dia ingat adik Zeeq yang datang, tu yang sampai lembik lutut bagai tadi." Potong Aayaz tanpa sempat Arash hendak membuka mulutnya.
"Yaz! AAAA kenapa kau bagitahu!" Rungut Arash dengan sedikit rengekkan.
"Adik aku? El?" Tanya Zeeq inginkan kepastian selepas lama berdiam diri. Arash apa lagi, terus tertunduk rapat kepalanya, memandang lantai. Takut yang dia sendiri tidak tahu apa sebabnya.
"Ha...hmmmphh!" Cepat-cepat Arash menekup mulut Aayaz dengan sebelah tangannya tanpa sempat sepupunya itu menghabiskan ayatnya.
"Kau jangan, Yaz. Kang aku bocor pasal perasaan kau dekat Aila baru kau tahu nanti. Kau pilihlah nak yang mana." Ugut Arash dengan nada berbisik ditelinga jejaka itu. Tangannya masih kekal menekup mulut sepupunya itu. Terus terdiam Aayaz saat mendengar ugutan itu.
11 tahun dia simpan perasaannya, takkanlah sesenang itu hendak dibiarkan terbongkar. Tambahan pula, si pujaan hati sudahpun berkahwin. Zeeq yang malas hendak melayan kerenah sahabat-sahabatnya itu terus melangkah menjauhi sedikit daripada mereka bertiga itu.
YOU ARE READING
Supt's: Mio Caro (Complete)
RandomCOMPLETE! - Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang merupakan salah seorang ahli tertinggi VAT69. Kesetiaannya terhadap gadis pujaan hati ada...