Bab 10

208 12 0
                                    

       Belum sempat kedua-dua gadis itu melangkah keluar daripada bilik itu,

       "Smooshie," panggil Elzahra. Serentak itu, kepalanya menoleh ke arah abangnya itu.

       "Yes, my Smoochie," sahut Asyraaf lembut. Satu senyuman manis terukir dibibirnya.

       "Lepas adik dah hantar Aya ni, boleh tak kita pergi makan bersama? I miss spending time with you." Tanya Elzahra penuh berharap. Dia rindukan sangat akan kepulangan abangnya itu. Dah alang-alang jejaka itu mendapat cuti panjang kali ini. Jadi tidak salah bukan jika dia mahu meluangkan masa bersama?

       "Sure, Smoochie. Nanti adik send location dekat along. Along minta Deen hantarkan kejap." Setuju Asyraaf dengan senyuman yang langsung tidak lekang dibibirnya.

       "Yeay! Thank you Smooshie!" Ucap Elzahra penuh teruja. Pipi cekung milik abangnya itu menjadi tempat dimana ciumannya dilabuhkan.

        Asyraaf hanya tersenyum bahagia akan kerenah adiknya itu. Berbalik pula dengan Aayaz dan Areez yang tidak lepas memandang wajah milik Arash yang kejap masam, kejap tidak puas hati. Semuanya bertukar selang beberapa saat sahaja. Lantas secara serentak kepala mereka digeleng perlahan. Ketawa kecil tidak pernah henti terlepas daripada bibir mereka.



         "Kau nak balik dah ke, Zeeq?" Tanya Areez sebaik sahaja kembali tinggal mereka berempat.

         "Haah. Kau tu nak stay lagi ke? Sebab aku nak kena gerak cepat pergi bengkel tengok kereta aku. Takpe je kalau kau nak stay lagi, aku boleh naik grab pergi." Balas Asyraaf. Dikerling sekilas jam tangan yang dipakainya.

        "Kita gerak sekali kan tadi? So, balik pun sekali la. Biar aku hantar kau pergi bengkel dengan restoran mana kau dengan El nak pergi makan kejap lagi." Balas Areez sekaligus mempelawa sahabatnya itu.

        "Kalau macamtu, jomlah kita gerak sekarang. Sekarang pun dah pukul 3pm, nanti takut bengkel tu tutup pula kalau lewat. Dah la solat Zuhur pun tak lagi ni." Ajak Asyraaf. Areez hanya mengangguk tanda setuju dengan ajakan itu. Lantas, mereka serentak memakai kembali beg galas yang dibawa tadi ke tubuh masing-masing.

        "Sorry sangat-sangat, Yaz sebab kitorang tak boleh nak berlama dekat sini. Ada hal kecemasan pasal kereta aku. Insha Allah nanti aku datang lawat kau lagi, ya?" Pinta Asyraaf penuh berharap. Dia betul-betul rasa bersalah dengan sahabatnya itu. Baru datang dah kalut nak balik. Kawan jenis apalah dia ni kan?

        "Haah, Yaz. Kami minta maaf sangat-sangat sebab datang sekejap je. Insha Allah, aku dengan Zeeq datang lawat lain ya nanti." Tambah Areez yang tegak berdiri disebelah Asyraaf.

        "It's ok. Kau pergilah settlekan masalah kau tu dulu, Zeeq. Aku dah ok and tunggu masa nak keluar je ni." Pujuk Aayaz lembut. Seraya itu, satu senyuman manis diukur dibibirnya.

        "Thanks." Ucap Asyraaf, ikhlas. Serentak itu juga tangannya naik memeluk tubuh sahabatnya itu dengan berhati-hati supaya tidak menyakiti jejaka itu.

        Aayaz hanya mengangguk tanda jawapan atas ucapan itu. Ditepuk-tepuk perlahan belakang sahabatnya itu. Selesai sahaja, sesi Asyraaf dan Areez berpelukan dengan Aayaz, ...

     "Ash. Jaga Yaz elok-elok tau. Kau jangan gatal nak keluarkan perangai jahil kau tu pula. Aku dapat tau siap kau nanti." Tegas Areez memberi amaran. Matanya mencerlung kearah wajah kacak milik sahabatnya itu.

     "Kau ingat aku takut dengan amaran kau tu ke, Deen? Sorry lah, dia tak lut sikitpun dekat aku." Balas Arash dengan nada mengejeknya.

     "Memang kau tak takut dengan aku, tapi kalau dengan Asyraaf Hazeeq bin Aisy Faleeq maybe ya. Aku bagi amaran je, yang nak lunyaikan kau tu, Zeeq. Not me, bro." Beritahu Areez sinis.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now