"Assalamualaikum," ucap seorang lelaki dimuka pintu bilik.
"Waalaikumussalam." Jawab Aayaz dan Arash serentak.
Arash yang melihat akan kedatangan mak long dan pak longnya terus bangun daripada duduknya itu. Kaki terus dihayun, melangkah mendekati mereka.
"Assalamualaikum, Pak long. Mak long." Ucap Arash sopan. Serentak itu, dia bersalaman dengan ibu dan bapa saudaranya itu.
"Waalaikumussalam." Sahut Tuan Adhaa dan Puan Jihan serentak. Tangan kanan disua bagi memudahkan Arash untuk bersalaman.
"Ash sihat? Bila balik?" Tanya Puan Jihan lembut sebaik sahaja mereka selesai bersalaman.
"Alhamdulillah, sihat. Ash baru balik harini je. Balik tu terus datang sini lepas dah jumpa mummy dengan daddy." Jelas Arash. Senyuman manis terukir dibibirnya.
"Alhamdulillah. Ni kamu nak pergi mana pula?" Tanya Tuan Adhaa. Tangannya naik menepuk perlahan bahu anak saudaranya itu.
"Ash nak keluar kejap. Ambil angin dengan renggangkan badan. Pak long dengan mak long berbual lah dulu dengan Yaz. Ash tak ganggu." Jelas Arash. Senyuman manis masih kekal terukir dibibirnya.
"Aku keluar dulu tau, Yaz. Kalau kau perlukan apa-apa just call aku je, ok?" Tambahnya. Kaki terus digerakkan melangkah keluar daripada bilik itu selepas mendapat keizinan daripada mereka bertiga.
"Hero mama..." seru Puan Jihan sebak. Langkahnya terus dibuka mendekati putera tunggalnya itu sambil diikuti oleh si suami.
"I'm alright, Mama...Don't worry, ok? Hero kan wira mama dengan papa. Insha Allah dengan izin Allah, hero takkan tumbang dengan cepat atau mudah macamtu je. Trust me, ok?" Pujuk Aayaz lembut. Tangan berkedut wanita syurganya ditarik lembut lalu dilabuhkan satu ciuman hangat disitu.
"Macam mana mama tak risau, hero. Rasa nak pecah tahu tak jantung mama ni bila tengok keadaan kamu malamtu. Kamu tak kesian dan sayang dekat mama ke hero sampai sanggup buat kami macamtu?" Tanya Puan Jihan lirih. Wajah dan rambut anaknya diusap lembut dengan penuh sayu dan kasih sayang.
"I'm sorry, mama...Hero janji takkan buat macamtu lagi. Hero mengaku hero dah buat salah dan berdosa dengan mama dan papa. Maafkan hero, ya?" Janji Aayaz sekaligus meminta maaf kepada kedua-dua ibubapanya. Terus disalam dan dicium lagi tangan milik Puan Jihan yang sedari tadi berada digenggamannya. Tidak dilupakan juga untuk mencium dan salam tangan besar milik Tuan Adhaa.
"Kamu ni cakap bukan main, susah tumbanglah. Lepastu siapa yang koma sampai seminggu? Siapa yang balik serahkan diri dengan berlumuran darah dekat rumah sampai jantung tu hampir nak stop? Siapa yang papa kena rawat dekat ruang tamu? Ha?" Bidas Tuan Adhaa sinis. Tangannya ditarik kasar daripada genggaman anaknya sehingga terlepas. Hampir terjatuh Aayaz akibat perbuatan itu.
"Abang!" Marah Puan Jihan. Wajah si suami direnung tajam seakan-akan hendak menelan. Dah kenapa nak emosi bagai? Padahal bukan putera mereka yang minta semua ini dan sanggup meminta maaf berkali-kali. Rasanya tak perlu kot sampai berkasar macamtu.
"Just shut your mouth, sayang." Arah Tuan Adhaa tegas. Suara itu hanya keluar melalui celahan giginya.
"Tap-" belum sempat Puan Jihan hendak membantah, mulutnya terus terkunci rapat saat melihat panah tajam daripada mata suaminya.
"I'm sorry, papa...Hero betul-betul minta maaf sebab dah buat mama dengan papa risau. Sumpah demi Allah SWT, hero tak berniat pun nak buat macamtu. Ye, memang semua luka tu dibiarkan agak lama tanpa rawatan susulan tapi dua minggu sebelum balik sini, memang setiap hari hero pergi dapatkan rawatan. Sumpah hero tak tahu macam mana semua luka tu boleh terbuka luas balik padahal dia dah nak kering sepenuhnya." Rayu Aayaz sekaligus menjelaskan perihal lukanya itu.
"Dia senang terbuka sebab kamu biarkan lama dan dua minggu sebelum nak balik sini baru nak pergi jalani rawatan susulan. Sepatutnya lepas setiap kali habis rawatan susulan, badan perlu direhatkan beberapa hari dan lebih baik seminggu supaya tisu-tisu tu terikat kuat. Ni tak! Setiap hari pergi buat rawatan susulan lepastu terus drive balik sini. Tak salah kalau berkeras nak balik sini juga lepas rawatan tapi make sure lah ada orang tolong drive kan bukan sendiri. Kan dah jadi teruk macamni sampai terkoyak lebar lagi luka tu." Bebel Tuan Adhaa panjang lebar.
Degil! Nasiblah dia doktor, bolehlah dia cepat memberi rawatan awal malamtu. Kalau tak memang tinggal mereka suami isteri sahajalah kedepan nanti.
"Maaf..." ucap Aayaz perlahan dan hampir sahaja tidak kedengaran. Kepalanya tertunduk rapat memandang kain selimut hospital.
"Nasiblah Allah SWT panjangkan umur kamu lagi, hero. Kamu tahu tak masa tengah rawat dekat bilik kecemasan tu, jantung kamu sempat berhenti sekejap? Rasa nak meraung je papa masatu sebab papa rasa gagal. Gagal selamatkan anak sendiri padahal dah banyak kali berjaya selamatkan pesakit lain. Tapi dengan izin Allah SWT, penyuntik semangat dan bantuan daripada Uncle Naim, akhirnya kamu berjaya diselamatkan dan kekal disisi kami sekerang ni." Luah Tuan Adhaa akan apa yang dirasainya pada malam itu. Malam yang membuatkan mereka ketakutkan jika perlu merasakan kehilangan seseorang yang melengkapi hari-hari mereka suami isteri.
"Maaf papa sebab dah buat macamtu. Hero mengaku yang hero dah buat salah dan betul-betul minta maaf. I promise I won't do it again." Rayu Aayaz sayu dan tidak henti meminta maaf. Dia akan sentiasa meminta maaf selagi papanya tidak memaafkannya.
"Papa dah muak dengar perkataan maaf. Memang takde yang lain ke selain dengan perkataan maaf?" Beritahu Tuan Adhaa. Puan Jihan kembali memanah tajam wajah suaminya. Ehh! Dah kenapa nak demand pula orang tua ni?
"Mi dispiace (I'm sorry)." Ucap Aayaz dengan bahasa Italinya.
"Conosco quella lingua, eroe. Perché sono di lì (I know that language, hero. Because I'm from there)." Pangkas Tuan Adhaa. Makin memcerlung tajam panahan mata Puan Jihan terhadap suaminya. Apa yang dimahukan sebenarnya orang tua ni?
"Abang ni nak apa sebenarnya? Hero dah banyak kali minta maaf tapi taknak. Yang dok berdemand bagai ni kenapa? Gatal?" Sembur Puan Jihan geram. Serta-merta Tuan Adhaa mendekatkan bibirnya ke telinga si isteri. Aayaz hanya diam memerhati perilaku kedua ibubapanya. Besar mana rahsia tu sampai perlu berbisik, tak benarkan dia dengar?
"Jadi, apa yang papa mahukan? Hero janji akan cuba tunaikan apapun permintaan papa dan mama." Celah Aayaz setelah lama berdiam menunggu kedua ibubapanya berbisik sesama mereka.
"Sei sicuro? (Are you sure?)." Tanya Tuan Adhaa inginkan kepastian.
"Sì, ne sono abbastanza sicuro (Yes, I'm pretty sure)." Balas Aayaz penuh yakin. Demi mendapat kemaafan daripada Papanya, dia rela melakukan apa sahaja asalkan bukan perkara jahat.
"Allora voglio che ti sposi. Puoi? (Then I want you to get married. Can you?)." Arah Tuan Adhaa ringkas tetapi padat dan penuh makna.
Terus terkedu Aayaz saat mendengar apa yang dikatakan oleh papanya itu. Kahwin? Dia calon pun takde lagi, macam mana nak kahwin? Dengan hati dia yang masih terpaut pada Naila Ayana sampai ke saat ini. Memang tak terlintas langsunglah perihal kahwin dalam otaknya itu.
"Married? With whom? I can't even find a candidate, then how do I want to get married?" Soal Aayaz bertalu-talu. Berkerut dahinya melihat senyuman penuh makna yang terukir dibibir kedua ibubapanya itu.
"Diorang ni ada rancang something ke? Nak suruh kahwin tapi aku ni calon pun takde, macam mana nak kahwinnya? Takkanlah nak suruh aku kahwin dengan Sof pula kot? Agak-agaklah..." gumam Aayaz didalam hati. Pelbagai pertanyaan bertandang difikirannya bersamaan dengan perasaan tidak tenang yang menerkam hatinya.
"Jangan risau pasal calon sebab mama dengan papa dah tolong hero carikan." Jelas Puan Jihan sekaligus memujuk. Makin naik tidak tenang hati Aayaz dibuatnya saat itu.
"So, who is mama and papa's favorite candidate?" Tanya Aayaz dengan penuh rasa ingin tahu. Sungguh berdebar rasa hatinya saat menunggu jawapan daripada Mamanya.
YOU ARE READING
Supt's: Mio Caro (Complete)
RandomCOMPLETE! - Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang merupakan salah seorang ahli tertinggi VAT69. Kesetiaannya terhadap gadis pujaan hati ada...