Bab 14

154 11 0
                                    

     Ditempat yang berlainan, ...

     Sedang khyusyuk Naila mendengar ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus yang menceritakan perihal jodoh.

Tok! Tok!

     "Sayang mama..." seru Puan Melati disebalik pintu bilik Naila yang dikuak tadi.

     "Ye, mama." Sahut Naila. Lantas video ceramah yang dipasang mamanya tadi ditutup.

     "Jom ikut mama pergi shopping dan ambil baju kamu, ya?" Ajak Puan Melati. Tangannya naik mengusap lembut kepala anaknya sebaik sahaja dia tiba disisi.

     "Nak buat apa shopping baju lagi? Baju Aila dah banyak sangatlah dalam wardrobe tu. Sampai tak terpakai dah." Tanya Naila ingin tahu.

      Ya, dulu memang dia suka pergi bershopping tapi sejak dah buta ni, dia jadi hilang minat akan segalanya. Lebih suka terperuk dalam bilik dan guna apa yang ada. Takut bila keluar nanti akan menyusahkan lebih ramai orang.

      "Baju tu dah lama sangat, sayang. Kita pergi beli dress baru ya?" Ajak Puan Melati sekaligus memujuk anaknya

      "Even lama manapun baju tu, dia still boleh pakai lagi lah mama. Lagipun beli dress baru nak buat apa? Bukannya ada event apa-apa pun kan?" Tolak Naila lembut. Tangannya naik meraba, mencari tangan mamanya. Terus dikucup lama tangan itu sebaik sahaja dia mendapatkannya.

     "Sebab kita ada dinner malamni lah mama ajak sayang mama ni pergi ambil dress yang dah ditempah khas. Jom ya, sayang?" Beritahu Puan Melati.

     "Dinner apa malamni? Perihal kerja papa ke?" Tanya Naila ingin tahu

     "Bukan perihal papa tetapi kamu, sayang." Nafi Puan Melati akan pertanyaan anaknya itu.

     "Sebab Aila?" Soal Naila, tidak percaya. Kenapa dia?

     "Ye, sayang. Dinner diantara keluarga kita dan keluarga yang akan menjadi sebahagian kita nanti. Kami dah bersetuju nak bincang perihal kamu dengan dia malamni sehingga selesai." Jelas Puan Melati. Dikucup sekejap ubun-ubun anaknya itu.

     "Siapa? Jangan buat lawaklah, mama. Mana ada lelaki yang akan terima perempuan buta macam Aila ni." Nafi Naila lagi. Kepalanya tergeleng perlahan bersama ketawa kecil yang terlepas daripada mulutnya. Dia tak percaya! Sikitpun tak!

     "Ada, sayang. Ada. Dia yang minta restu dan izin dengan kami untuk jadikan Aila sebagai isterinya. Dia betul-betul ikhlas dengan permintaan ni. Mama dengan papa nampak sendiri bertapa ikhlasnya dia daripada iris mata dia masatu." Pujuk Puan Melati sekaligus cuba meyakinkan puteri tunggalnya itu. Terus ditarik anaknya masuk ke dalam pelukannya.

     "Bukan sebab mama dan papa paksa dia?" Tanya Naila sedikit sinis. Bukan senang untuk dia percaya sesuatu perkara, terutamanya perihal cinta. Dia tidak bodoh untuk terus percaya sesuatu benda.

     "Tidak, sayang. Dia sendiri yang mahukan semuani. Lagipun daripada dulu lagi dia dah jatuh cinta dengan kamu. Percaya mama ya, sayang?" Nafi Puan Melati sekaligus cuba menyakinkan anaknya itu sekali lagi.

      Naila hanya diam tanpa sebarang bicara. Dia tidak tahu hendak membalas apa kerana dirinya masih lagi dalam keadaan tidak percaya. Siapa jejaka itu, yang sanggup menerimanya yang serba kekurangan ini?

     "Ikut mama pergi ambil dress ye? Dia dah tempahkan khas untuk kamu. Sama tema warna dengan dia." Ajak Puan Melati sekali lagi. Berharap sangat puteri tunggalnya akan bersetuju untuk mengikutinya kali ini.

     Setelah lama berdiam, Naila akhirnya mengalah. Kepalanya dijatuhkan sekali meskipun masih tidak percaya, dia tetap tidak sanggup untuk terus menolak permintaan mamanya yang sangat berharap saat itu.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now