Bab 15

153 13 0
                                    

     Pada malam itu, disaat semua diam menunggu kehadiran pangeran utama, ...

    "Assalamualaikum," ucap seorang jejaka yang mereka tunggu sedari tadi. Tersentak Naila saat mendengar ucapan salam itu.

    Dia kenal! Sangat kenal dengan suara itu! Aroma maskulin daripada Chanel Bleu De Chanel Eau de Parfum milik jejeka itu yang sudahpun sebati dengan deria hidungnya sedari dulu lagi. Yang kini kembali terbau kuat dan menusuk rongga hidungnya.

    "Waalaikumussalam." Balas yang lain serentak kecuali Naila yang masih terdiam kaku.

    "Jemput duduk, hero. Takkanlah kamu nak berdiri je." Pelawa Tuan Naim, ramah. Dengan segera Aayaz menarik kerusi kosong disebelah gadis pujaannya itu.

    "Hahaha, betullah tu. Datang punyalah handsome bagai takkan last-last berdiri je, kan?" Sahut Aayaz ramah membuatkan seisi mereka ketawa bahagia. Naila pula masih kekal diam tidak berkutik.

    Wajahnya ditoleh kesisi. Merenung tepat ke arah wajah gadis pujaan yang setia menunduk itu sebelum memulakan bicara. "Assalamualaikum, si cantik manis Aayaz Zayyan." Ucap Aayaz lembut, dekat dengan telinga Naila.

    "Wa...Waalaikumussalam." Sahut Naila, gagap. Serentak itu jugalah tubuhnya bergerak sedikit menjauhi jejaka itu.

     "Kenapa menjauh, dear? Awak takut dengan abang ke?" Tanya Aayaz yang mulai pelik akan tingkah Naila yang tiba-tiba itu.

     "Ta...Tak! Ma...Mana ada Aila takut! Jangan main tuduh je boleh tak!" Nafi Naila keras sampaikan dia tidak sedar yang dia telahpun meninggikan suara pada jejaka itu. Terus bertukar riak wajah Aayaz saat itu. Terkejut dengan lantunan intonasi daripada gadis itu.

    "Aila." Deram Tuan Naim. Kedengaran teguran itu keluar daripada celahan giginya.

    Aayaz hanya mampu tersenyum nipis dengan mata yang masih tidak lekang memandang gadis pujaan disebelahnya itu. Demi Allah SWT, dia berasa sedikit terkesan dengan lantunan nada gadis itu tetapi dia tidak mahu berkata apa-apa. Kerana dia tahu yang gadis pujaannya itu masih berada dalam keadaan terkejut dan tidak percaya dengan kehadirannya malam ini. Jadi dia terima segalanya.

    "It's ok, papa Naim. Jangan marahkan Aila. Dia masih dalam keadaan terkejut lagi ni." Pujuk Aayaz lembut.

    Satu keluhan lelah terlepas daripada bibir Tuan Naim. Mahu tidak mahu, dia terpaksa mengalah dan mendengarkan permintaan bakal menantunya itu. Ada benar juga dengan apa yang dikatakan oleh bakal menantunya itu.

     "Jangan tinggikan suara, sayang. Tak baik. Ingat yang papa tak pernah ajar macamtu." Nasihat Tuan Naim lembut sebelum kembali diam dan memberi ruang kepada dua anak muda itu berbicara.

    Naila hanya mampu menundukkan kepalanya sebaik sahaja ditegur oleh papanya. Ya, dia mengaku yang dia salah tadi, tapi dia betul-betul tidak sengaja!

     "It's ok, dear. Jangan sedih. Abang tak marahkan awak pun pasal awak tinggikan suara tadi. Abang tahu yang awak masih terkejut dan tak percaya dengan pertemuan malamni. Besar kemungkinan segala yang kita rasa tidak mungkin itu, akan menjadi mungkin pada masanya. Dan abang nak minta maaf sangat-sangat sebab dah buat awak terkejut." Pujuk Aayaz lembut setelah lama berdiam. Salah dia juga sebab dah buat gadis itu terkejut dengan godaan spontannya tadi.

    "Maaf..." ucap Naila lirih dan perlahan.

    "No, dear. Awak takde salah pun, yang salah tu abang. Abang yang salah sebab dah usik awak tadi. Maafkan abang ya?" Bantah Aayaz lembut. Kau pun, Yaz! Nak mengusik tu tengoklah tempat dulu, jangan pakai hentam je. Kan dah jadi satu masalah sekarang.

    Naila mengangguk. Dia terpaksa mengalah kerana tidak mahu jejaka pujaannya itu berterusan meminta maaf atas kesalahan yang bukan sepenuhnya daripada jejaka itu. Terus terukir senyuman syukur dibibir Aayaz saat melihat balasan daripada gadis itu meskipun ia hanyalah sekadar anggukan.

    "Thank you, dear." Ucap Aayaz, ikhlas.

    "By the way. This is for you, dear." Hulur Aayaz. Sekelip mata, jambangan bunga yang dibawanya tadi kini telahpun bertukar tangan.

    "Pink aster flowers, your favourite. Same as you who is the only forever one of my favourite and lovely girl until now, my dear." Luah Aayaz dengan penuh romantik. Naila masih kekal diam tanpa sebarang bicara. Cuma tangannya sahaja yang naik meraba tidak henti jambangan bunga itu.

    "Why pink aster flowers?" Tanya Naila setelah lama berdiam diri. Tersenyum Aayaz saat mendengar pertanyaan daripada gadis itu. Akhirnya Naila sudi berbicara dengannya malam ini.

    "Sebab ia melambangkan cinta dan kasih sayang yang sering digunakan oleh seseorang untuk mengungkapkan rasa cinta kepada pujaan hatinya. Dan juga disebabkan keindahannya yang serupa dengan keindahan daripada gadis cantik dihadapan abang ni. Abang tak reti nak bermadah cinta sangat, tapi dengan jambangan ni. Abang betul-betul memaksudkan daripada makna tersiratnya. Demi Allah SWT, abang memang tak tipu." Jelas Aayaz ikhlas dari hatinya. Badannya dipusing menghadap Naila yang berada disebelahnya. Wajah gadis itu dipandang dengan penuh berharap.

     "Maaf." Kelu lidah Aayaz saat mendengar apa yang dikatakan Naila. Maaf? Dia tidak salah dengarkan?

    Cepat-cepat, Naila bangun meninggalkan Aayaz dan keluarga mereka. Jambangan bunga yang berada dipegangannya tadi terus diletakkan diatas meja. Aayaz pula masih kekal terdiam kaku ditempatnya. Masih tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Rasa sakit sangat hatinya saat ini. Disebabkan terlalu sibuk melayan perasan, sampaikan dia tidak sedar langsung akan pemergian Naila daripada situ. Naik geram Puan Jihan dan Tuan Adhaa saat melihat tingkah puter mereka saat ini.


     "Hero!" Tersentak Aayaz saat diseru secara serentak. Hampir sahaja dia hendak jatuh daripada kerusi yang sedang didudukinya disebabkan mereka.

    "Y... Ya?" Sahut Aayaz keliru. Sampai ke saat ini dia masih lagi tidak sedar akan apa yang telah berlaku.

    "Pergi kejar Aila! Jangan biarkan dia sorang-sorang dekat luar, bahaya. Mama tak nak ada perkara yang tidak elok terjadi dekat bakal menantu mama." Arah Puan Jihan bersertakan amaran tegas buat si anak.

    "Ha? Aila?" Tanya Aayaz tidak faham. Kenapa dengan Naila?

    "Tengok tepi kamu, hero." Arah Tuan Adhaa malas. Teruk betullah anaknya ini, baru kena tolak sekali dah biul teruk sampai macamni.

    "Eh, kejap! Mana Aila pergi mama? Papa?" Tanya Aayaz gelabah sebaik sahaja melihat sebelahnya kosong tanpa Naila disisi. Matanya tidak henti memandang kedua ibubapa mereka secara silih berganti. Inginkan jawapan.

    "Dia dah pergi." Balas Puan Jihan malas. Teruk sangat biul anaknya malamni.

    "Pergi? Pergi mana?" Tanya Aayaz pelik. Masih tidak faham akan apa yang berlaku tadi.

    "Pergi cari Aila sekarang, hero! Jangan banyak tanya." Arah Tuan Adhaa tegas. Naik geram dia bila putera tunggalnya masih melayan biulnya pada waktu genting sebegini.

    "Ya. Ya. Hero pergi sekarang." Patuh Aayaz. Dengan segera dia bangun daripada duduknya lalu bergegas mencari pujaan hati yang entah kemana perginya. Disaat ini, dia sudah faham dan sedar akan apa yang telah berlaku.

    Hatinya berasa tidak tenteram dan terlalu risau dengan keadaan gadis itu. Memang dia takkan maafkan langsung dirinya jika terjadi apa-apa pada gadis itu. Hatinya tidak henti berdoa supaya gadis pujaannya itu dilindungi daripada sebarang kejahatan dan bahaya sepanjang ketiadaannya ketika ini.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now