Bab 16

148 8 0
                                    

       "Ya Allah...Mana Aila pergi ni? Where are you, dear..." gumam Aayaz sendirian. Matanya tidak henti melilau memerhati sekeliling, mencari sosok pujaan hatinya. Kaki terus setia melangkah menjelajahi setiap pelosok berdekatan cafe itu.

      Memakan masa tidak sampai 20 minit. Akhirnya Naila telahpun dijumpainya. Satu keluhan lega terlepas daripada bibirnya. Kaki yang pada mulanya terhenti kini kembali melangkah. Mendekati gadis yang sedang duduk bertinggung ditepi kedai itu.

     "Dear?" Seru Aayaz lembut. Kini dia sudahpun berdiri tegak disisi gadis pujaannya.

     "Kenapa abang Zayy datang sini?" sedikit terkilan Aayaz saat mendengarkan pertanyaan daripada gadis itu.

     Pertanyaan yang seakan-akan menunjukkan gadis itu tidak suka akan kehadirannya disini. Namun dia mengabaikan semua itu. Ruang kosong disebelah Naila terus didudukinya.

     "Because of you. I'm worried that something will happen to you. My heart is restless, dear. Please hold yourself to face, don't keep running away from something that hurts. Tell me, and don't hide all there without any expression. I am always here and faithfully listening to all your expressions. And I am willing to be all parts of the body for you alone, dear." Jujur Aayaz sekaligus memujuk.

     "Kenapa abang Zayy lamar Aila? Abang Zayy tahukan yang Aila den-" cantas Aayaz laju tanpa sempat Naila menghabiskan ayatnya.

     "Stop." Arah Aayaz sepatah sekaligus mencantas ayat Naila.

     Bukan dia tak tahu apa yang gadis itu cuba katakan. Kali ini dia takkan membiarkan Naila menutup perihal yang dia sudah diketahuinya lagi.

     "No! Abang Zayy kena tahu yan-" dan sekali lagi Aayaz mencantas.

     "Stop. Please stop lying to me, dear...I already know everything now." tegas Aayaz dengan nada lembutnya. Kali ini ganti Naila pula yang tergamam.

     "Ab...Abang Zayy dah tahu semuanya?" Gumam Naila sendirian didalam hati. Tidak percaya.

     "Yes, I already know everything that happened to you during my absence here. So, stop try to hide it from me anymore." Kata Aayaz seakan-akan menjawab pertanyaan Naila yang tidak terluah itu.

     "Kenapa abang Zayy buat keputusan nak jadikan Aila isteri? Abang Zayy sendiri pun tahukan keadaan Aila sekarang ni macam mana? Aila tak sempurna macam perempuan lain. Aila buta dan tak layak untuk sesiapapun seperti yang pernah dikatakan Idrees dulu." Tanya Naila dengan penuh rasa ingin tahu sebagai pembuka bicara setelah lama mereka berdiam diri.

     Dia ingin tahu akan asbab mengapa jejaka itu tekad membuat keputusan untuk menjadikan dia sebagai isteri. Sedangkan jejaka kacak itu sudahpun mengetahui bagaimana keadaan seorang Naila Ayana ketika ini.

    "Abang Zayy boleh dapat yang lebih sempurna. Yang layak mendampingi abang Zayy tanpa sebarang cacat-cela dan menyusahkan. Aila tak mampu...Aila tak layak..." sambung Naila sebak selepas jejaka itu masih diam tanpa sebarang bicara.

      "Dear...Stop saying like that. Because I really hate listening to it." Pinta Aayaz senada. Kepalanya kembali menoleh ke arah si gadis. Iris berwarna hazelnya memaku pandangan tepat ke wajah jelita milik gadis pujaannya itu.

    "Abang benci bila awak rendahkan diri sendiri sampai macamni sekali. Kata yang diri awak ni tak sempurna, tak layak dan menyusahkan orang bagai. Semua manusia dekat muka bumi ni layak dan sempurna, dear. Kita semua layak untuk mendapatkan kebahagiaan dan pengakhiran cerita yang sempurna. Abaikan kata-kata keji yang dilontarkan kerana sampai kemati pun kita tidak akan berjaya menghentikan dan memuaskan hati gelap mereka." Luah Aayaz penuh jujur sekaligus memujuk.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now