Bab 17

145 11 0
                                    

       Fikirannya sedari tadi sudah berterbangan ke arah lain. Jemari kanan pula tidak henti mengusap bunga-bunga dijambangan itu. Jambangan bunga aster berwarna merah jambu yang pada awalnya diletakkan diatas meja sebelum dia melarikan diri semalam kini kembali berada dipegangannya.

Flashback

     "Abang Zayy..." kelu lidahnya untuk menyambung ayat itu. Luahan daripada jejaka kacak disebelahnya ini benar-benar membuatkan dia tergamam tidak percaya.

    "Stop." Arah Aayaz senada.

    "Huh?" Tanya Naila tidak faham. Kenapa tiba-tiba suruh dia berhenti?

    "Stop suruh abang berhenti mencintai awak, dear. Sebab abang takkan pernah mampu untuk hapuskan perasaan yang dah berputik selama sebelas tahun ini. Lagi awak halang abang, lagi tulah abang akan makin berusaha dan bertekad. Daripada awal lagi, setiap anggota daripada barisan pertahanan negara dah mengangkat sumpah untuk mempertahankan dan berkorban demi negara dengan sepenuh nyawa mereka. Jadi sama juga dengan perasaan cinta, dimana mereka juga telah bersumpah dan bertekad kuat demi kebahagiaan daripada rasa cinta dihati sama seperti terhadap negara. Kesetiaan penuh setiap anggota pertahanan negara terhadap cinta mereka adalah sama tarafnya dengan kesetiaan terhadap negara, dear." pinta Aayaz sekaligus menjelaskan tentang kesetiaannya yang juga sebagai salah seorang barisan hadapan pertahanan negara. Kepala ditoleh sekilas memandang gadis pujaannya yang kini berada disebelah. Gadis yang semakin hari membuat dia jatuh cinta.

     Tergamam Naila sekali lagi saat mendengarkan apa yang dikatakan Aayaz itu. Daripada nada dan pertuturan sudah cukup untuk membuktikan dengan jelas akan luahan malam ini tapi dirinya masih takut. Takut untuk membuat keputusan terburu-buru sehingga kesakitan dulu berulang. Dan dalam masa yang sama, dia masih lagi tidak percaya akan penerimaan jejaka kacak itu dengan kekurangan dirinya ini.

     "Abang mohon dekat awak, dear. Tolonglah berhenti meragui cinta abang terhadap awak ni. Dah sebelas tahun abang pendam dan pertahankan, takkan masih tak cukup lagi untuk buktikan semua keikhlasan abang terhadap awak? Apa lagi yang tak cukup?" Tanya Aayaz penuh rayu selepas masing-masing lama berdiam diri.

    "Aila..." lidahnya kembali kelu. Suaranya seakan-akan tersekat dikerongkong sehingga membuatkan dia tidak mampu untuk menjawab pertanyaan itu.

    "It's ok. Abang tak paksa awak jawab pun pertanyaan tu. Abang faham yang awak perlukan masa jadi awak tak perlu terburu-buru. Just take your time as long as you want." pangkas Aayaz sebelum kembali diam. Melayan perasaan kecewa dan sedih yang bertandang dihati.

    Kini Audi A4 miliknya laju meredah kepekatan dan keheningan suasana malam ini. Hujan sedari tadi tidak menunjukkan tanda untuk berhenti. Sama seperti rintihan dalam hatinya. Tidak henti merintih kesedihan dan kekecewaan yang dirasai sedari tadi.

End flashback.

Tok Tok!

    Lamunan panjang Naila yang mengimbas luahan Aayaz didalam kereta semalam terus terhenti akibat ketukan itu.

    "Sayang mama?" Panggil Puan Melati lembut.

    "Ye, mama. Kenapa?" Sahut Naila. Jambangan bunga tadi terus diletak dengan lemah-lembut diatas meja kecil yang bersebelahan dengan katilnya.

    "Boleh mama masuk?" Tanya Puan Melati. Meminta izin.

    "Masuklah." Izin Naila. Menjemput si ibu untuk masuk ke biliknya.

    "Sayang mama ni ok? Mama tengok, asyik terperuk dalam bilik je daripada semalam." Tanya Puan Melati dengan nada risau. Punggungnya sudah selamat dilabuhkan ditepi katil si anak. Tangan kanannya naik menggenggam erat tangan puterinya.

    "Aila ok jelah. Takde apa-apa pun. Mama jangan risau." Balas Naila sekaligus memujuk. Dieratkannya genggaman itu.

    "Sayang mama ni fikirkan pasal semalam kan?" Terus terdiam Naila saat diajukan tekaan yang tepat mengenai sasaran itu.

    Diamnya si anak membuatkan dia yakin bahawa tekaannya itu tepat. Tangan kiri terus naik mengusap lembut bahu puterinya itu.

    "Kenapa tolak kalau masih ada perasaan dekat hero? Kan mama dah cakap sebelum pergi semalam, hargai setiap pengorbanan dan keikhlasan seseorang itu terhadap kita kerana mungkin tiada lagi lain kalinya." Tanya Puan Melati ingin tahu. Nampaknya nasihatnya semalam hanya sekadar angin lalu buat si anak. Naila masih kekal diam tanpa menjawab pertanyaan mamanya itu.

    "Sebab kekurangan Aila sekarang ni? Sebab Aila buta? Sebab Aila rasa Aila ni menyusahkan?" Teka Puan Melati lagi. Dan kali ini, gadis itu menjawab meskipun sekadar dengan sekali anggukan.

     "Mama tak tahu nak cakap apa dah, cuma mama harap kamu tak menyesal nanti kalau andai kata ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku dekat hero. Bukan nak takutkan kamu tapi kita tidak tahu apa akan jadi kedepannya. Entah perkara baik atau perkara buruk. Sebab tulah mama suruh hargai masa yang kita lalui sekarang supaya tiada penyesalan dikemudiannya." Ujar Puan Melati dengan nada mengalah sekaligus menasihati anaknya itu lagi.

     Kelu lidah Naila saat mendengarkan apa yang dikatakan mamanya itu. Takut ia menjadi kenyataan. Nafasnya mula tidak menentu, fikirannya semakin banyak memikirkan perkara buruk dan tangannya semakin erat menggenggam tangan kasar si ibu. Kini hanya hatinya sahaja yang mampu mendoakan segalanya baik-baik sahaja selepas ini.


    "Dah, jom kita turun makan. Tadi hero ada datang hantar spaghetti cabonara, katanya dia yang masak dan ada lebih. Tu yang dihantar dekat kita juga." Ajak Puan Melati sekaligus menghentikan perbualan mereka perihal semalam itu.

     Naila hanya mengangguk tanda mengiyakan ajakkan mamanya itu memandangkan dirinya juga sudah berasa lapar. Kerana daripada pagi tadi lagi dia tidak menjamu sebarang makanan. Hanya terperuk didalam bilik, melayan perasaan.

    "Jom." Dengan segera Puan Melati membantu anaknya turun kebawah. Sekecewa dan semarah mana pun dia dengan tindakan si anak semalam. Tetap tidak sampai hati untuk membiarkan puteri tunggalnya sendirian tanpa jagaan.

     Dibawah, "Ha, dah turun pun sayang papa ni. Come, duduk sebelah papa. Kita makan masakan hero ni. Dah lama rasanya kita tak rasa masakan dia. Mesti lagi sedap kan?" Sambut Tuan Naim sambil memuji masakan Aayaz.

     "Abang ni banyak mulutlah. Apa kata abang tolong cedokkan makanan tu. Takkan saya nak kena buat juga? Sayalah yang kena pujuk anak dan ajak dia turun. Abang tu tahu nak mengarah lepastu tunggu je sambil tengok berita dekat ipad. Nak kena suruh dulu baru nak buat." Sembur Puan Melati membuatkan Tuan Naim diam tidak berkutik. Tangan terus naik mencedokkan makanan masuk ke dalam pinggan untuk mereka bertiga. Tak nak buka mulut, takut kena lagi teruk daripada ni.

     Naila hanya mampu ketawa dengan telatah kedua ibu bapanya. Tak pernah tak ceriakan rumah, mesti ada je telatah diorang yang mencuit hati. Terasa bahagia sangat sehingga dia lupa seketika perihal semalam.

     "Dah, jom rasa." Ajak Tuan Naim. Mereka terus mecicip masakan itu selepas membaca doa yang diketuai Tuan Naim tadi.

     Sedap! 

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now