Disaat yang sama, "Kau dah kenapa, Yaz? Muram je aku tengok. Tidak, kau selalu heboh dan tersenyum bila kedatangan kitorang. Tapi harini tak pula." Tanya Areez ingin tahu sebaik sahaja sampai dimeja Aayaz menunggu. Muram je muka sahabatnya itu. Tak macam selalu.
Kerusi yang tersedia berhadapan dengan jejaka itu terus ditarik lalu dilabuhkan punggungnya. Diikuti Asyraaf disebelahnya dan Arash disebelah Aayaz.
"Zeeq," panggil Aayaz perlahan dengan nada sayu.
"Ye. Kenapa?" Sahut Asyraaf. Bersamaan dengan itu, senyuman manis terukir dibibirnya.
"Kau boleh tukar tempat dengan Ash tak? Duduk sebelah aku harini." Tanya Aayaz sekaligus meminta izin. Raut wajahnya benar-benar menunjukkan yang dia tengah berharap saat ini.
Tidak membalas tetapi cukup terjawab dengan pergerakkannya. Arash juga tidak membantah, malah mengikuti sahaja. Yang awalnya duduk bertentangan kini telahpun berubah. Dimana Asyraaf sudah selamat duduk disebelah Aayaz seperti yang diminta jejaka itu.
"Boleh pinjam bahu dan pelukan kau?" Tanya Aayaz sekali lagi. Sekaligus dia meminta izin buat kedua kalinya.
Asyraaf hanya mengangguk tanda mengiyakan permintaan sahabatnya itu. Tangan kirinya naik menarik bahu jejaka itu supaya mendekat dengannya. Sebaik sahaja selamat berada didalam pelukan sisi milik Asyraaf, terus dilentoknya kepala dibahu jejaka itu. Mukanya sudah mencebik seakan-akan menahan tangisan yang bakal pecah tidak lama lagi.
Bukan gay tetapi inilah cara mereka memberi semangat dan memujuk diantara satu sama lain.
"Tell us, Yaz. Tell us everything about everything you feel now. We are here to hear it." Arah Asyraaf lembut. Tangan kirinya terus mengusap lembut bahu kiri Aayaz. Tahu yang sahabatnya itu sedang mengalami kesedihan yang sudah semestinya akibat percintaan.
Setelah lama berdiam diri bagi mengumpul kekuatan, akhirnya Aayaz sudi membuka mulutnya untuk menceritakan apa yang dirasai saat ini.
"Aku sakit..." dua perkataan yang terluah membuatkan Asyraaf terus mengetahui maknanya. Namun sebaliknya pula bagi Areez dan Arash.
"Kau sakit apa? Luka kau yang haritu sakit balik ke?" Tanya Areez dan Arash serentak. Dan serentak itu juga mereka terus diam menunduk. Takut dengan renungan tajam daripada mata helang milik Asyraaf. Seram woi!
"Don't exaggerate your stupidity, make sure use your brain before opening your mouth or doing something." Nasihat Asyraaf dingin. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dua sahabatnya itu adakala boleh bodoh pada masa yang sama.
"Sorry..." pohon mereka berdua serentak. Dah macam kembar dua, padahal lain 'bin'-nya.
Sorang 'bin' Sayf Zaydan dan sorang lagi 'bin' Adam Fathi. Berbeza tapi otak hampir serupa! Sama-sama bengap!
"Just shut up without interrupting the conversation with the stupidity you have later." Arah Asyraaf senada. Iris biru kekelabuannya masih memanah tajam kearah dua jejaka dihadapannya itu. Tak habis-habis nak spoil suasana.
"Dah, Zeeq. Kau sendiri cakap dulu yang kau taknak melayan sangat diorang ni jadi biarkan jelah. Biarkan diorang." Halang Aayaz. Dia memang dah takde mood sekarang nak melayan benda lain. Dia hanya perlukan ketenangan bagi memujuk hati yang tengah lara ini.
"Sorry," pohon Asyraaf. Sedar akan keterlanjurannya saat ini.
"Go ahead, I'm ready to listen to everything that you want to say. Just ignore both of them." Laju Aayaz mengangguk saat mendengar arahan ketuanya itu. Ini yang dia mahukan!
Jujur dengan penuh ikhlas, hanya Asyraaf sahaja yang faham dengan segala keadaan. Memang tak salah dia jadi ketua Hell's Killer dan juga menjadi kegilaan satu kumpulan bawah naungan diraja, iaitu Diaz Vercetti 2nd Generation yang diketuai oleh Tengku Adyan Mateen bin Tengku Luth Ilham.
"Aku sakit...Aku tak kuat nak hadap penolakan akan perasan yang aku dah pendam selama 11 tahun sebelum buat keputusan untuk luahkan semalam. Aku ikhlas sangat dengan dia. Jujur hanya dia sahaja yang ada dalam hati dan pemikiran aku ni. Tapi kenapa dia tak sambut huluran tangan aku yang penuh ikhlas dan harapan ni? Kenapa dia perlu tolak? ..." luah Aayaz lirih. Air mata yang ditahan daripada tadi akhirnya mengalir juga membasahi pipi.
Baju t-shirt hitam yang dipakai Asyraaf sudah basah akibat tangisan itu namun dibiarkan sahaja oleh tuan empunya badan. Kerana emosi Aayaz lebih penting daripada bajunya. Emosi bercelaru boleh datangkan kemudaratan berbanding baju yang tiada sebarang masalah jika lencun teruk sekalipun. Bajunya berwarna hitam jadi tidak akan menampakkan langsung sebarang cacat-cela.
"Because of the trauma that she faced all this time. Aku rasa kau tahu cerita pasal dia dengan Idrees walaupun tak menyeluruh, kan?" Aayaz hanya mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan Asyraaf itu.
"Disebabkan Idrees, dia trauma sampai sekarang. Trauma akan hinaan, cacian terhadap kekurangan dia. Disebabkan tu lah dia tolak. Dia ragu nak terima huluran kau sebab keadaan diri dia yang tidak sempurna fizikal seperti manusia lain. Dia tak terima sebab dia sedar dan takut akan menyusahkan kau." Pujuk Asyraaf. Tangannya yang sedari tadi berada dibahu kiri jejaka itu mula bergerak mengelus perlahan, memujuk.
"Manusia ni pelupa. Menghina dan memandang serong terhadap kekurangan seseorang itu dengan penuh keangkuhan. Rasa diri yang paling sempurna, namun hakikatnya semua yang hidup dimuka bumi ini adalah sama. Tiada yang sempurna melainkan kita menyempurnakan diri masing-masing meskipun tidak sepenuhnya." Nasihatnya pula. Satu keluhan penat terlepas perlahan daripada bibirnya.
Bukan mahu menunding tetapi sudah banyak kali dia berjumpa dengan manusia begini. Rasa diri paling sempurna sehingga lupa yang kehidupan itu bagaikan sebuah roda. Setinggi manapun kita berdiri sekarang, tetap akan jatuh juga pada masanya.
"Tapi tu Idrees, Zeeq...Aku ni Aayaz. Aayaz Zayyan bin Adhaa Fathi. Berbeza daripada semua segi. Walau macam mana pun keadaan dia dari segi fizikal, aku tetap cintakan dia. Nama dia dah terpahat secara kekal dalam lubuk hati aku yang paling dalam. Takkan boleh padam." Pangkah Aayaz akan apa yang dikatakan Asyraaf itu. Dia dengan Idrees sangatlah berbeza.
Aayaz Zayyan si pencinta setia manakala Idrees Qaid adalah si penghancur sekeping hati gadis. Gadis yang bernama Naila Ayana binti Naim Imran. Salah seorang gadis yang baik dan sempurna dimata mereka.
"Memang kau dengan Idrees berbeza tapi disebabkan trauma yang dihadapi seseorang yang tersakiti tu lah membuatkan kita dipandang serupa meskipun hakikatnya tersangatlah berbeza. Trauma membuatkan mereka takut untuk mengulanginya meskipun ia bakal berlainan dalam penceritaannya." Pujuk Asyraaf lagi.
Areez dan Arash hanya mampu diam, mendengar segala luahan daripada Aayaz itu. Tidak berani langsung hendak mencelah kerana takut lunyai je. Sayang nyawa weyh!
Yang menyakiti tidak merasakan bertapa sakitnya mereka yang disakiti namun ia tidak bermaksud mereka akan selamanya bahagia kerana mereka juga akan merasainya pada masanya nanti. – Syahazel
YOU ARE READING
Supt's: Mio Caro (Complete)
RandomCOMPLETE! - Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang merupakan salah seorang ahli tertinggi VAT69. Kesetiaannya terhadap gadis pujaan hati ada...