"Jadi apa yang aku perlu buat? Mengalah? Lupakan dia? Buang perasaan yang aku jaga selama 11 tahun ni? Tell me, Zeeq. What should I do now?!" Soal Aayaz bertalu. Dia dah terlalu buntu saat ini. Entah mana yang dia perlu pilih, diantara terus berusaha dan menunggu keajaiban Allah SWT atau mengalah dan melepaskan segalanya.
"Aku tak suruh kau mengalah, Yaz..." pangkah Asyraaf. Nafas ditarik panjang sebelum dihembus. Boleh gila dia macamni! Lain yang dia cuba maksudkan lain pula yang difahamkan.
"So, what should I do? Tell me now, Zeeq!" Gesa Aayaz. Dia perlukan jawapan daripada sahabatnya itu sekarang.
"Teruskan usaha kau untuk dapatkan dia. Jangan mengalah ditengah perjuangan. Kau dah berjaya berjuang perasaan tu dalam diam selama 11 tahun jadi kau mesti mampu untuk perjuangkan secara terang-terangan pula. Betul tak? Selalu berdoa minta kepada Allah SWT, Yaz." Balas Asyraaf lembut. Sudah sejauh ini sahabatnya berjuang dalam percintaan jadi dia takkan biarkan ia terhenti dipertengahannya tanpa memperoleh sebarang hasil.
Aayaz hanya diam memandang wajah ketuanya itu. Yakin ada sambungannya lagi.
"Allah SWT takkan hadirkan perasaan cinta setekad dan sedalam ini dengan sia-sia, semuanya bersebab. Cinta yang berputik sementara hanyalah sekadar perasaan ingin tahu namun yang berkekalan lama itu, dipanggil cinta. Kalau kau betul cintakan dia dan tak mampu nak buang perasaan tu, teruskan usaha. Minta kau ditakdirkan dan disatukan dengan ikatan yang halal pada masanya." Tambah Asyraaf. Dihirup beberapa kali air kopi ais 'kaw'-nya bagi menghilangkan rasa kering pada kerongkongnya.
"Yakinkan diri yang dia takdir kau. Yakin dengan jalan percintaan yang dah dipilih ni. Ikhlas memohon kepada DIA kerana sang pencipta kita tahu akan segala kebaikan buat kita. Kau boleh yakin dan terus berusaha tetapi jangan terlalu berharap sangat. Kita tak tahu takdir sebenar, kerana apa yang diusahakan kita ini akan berbolak-balik menuju ke jalan yang sebenar." Nasihat Asyraaf lembut. Aayaz masih lagi diam tidak berkutik. Cuba menghadam dan memproses segala yang dikatakan Asyraaf itu.
"Jadilah seorang lelaki yang setia mempertahankan usaha dan rela melepaskan jika bukan takdirnya. Seorang lelaki berloreng takkan cepat mengalah dengan sesuatu ujian sebab dia tahu ada banyak lagi ujian dan lebih besar impaknya daripada sekarang. Aayaz Zayyan yang aku kenal adalah seorang yang setia dan akan sentiasa berusaha kuat akan sesuatu. Jangan mengalah sebab aku yakin segala usaha kau selamani dah nak sampai ke penghujungnya." Akhir Asyraaf. Serentak itu juga makanan yang ditunggu-tunggu tadi telah pun tiba.
"WOW!" Mata Areez dan Arash sudah bersinar saat melihat makanan mereka tiba. Asyraaf hanya menggeleng perlahan. Dah macam bapa 3 anak dah dia sekarang.
Tangan kanannya naik menolak perlahan nasi goreng sotong kepada Areez dan nasi goreng ayam kepada Arash. Tak dilupakan juga nasi goreng pataya kepada Aayaz yang sedari tadi hanya diam mendengar nasihatnya. Tanpa menunggu lama, jejaka berempat itu terus menjamu selera mereka.
"Ingat nasihat aku tadi, Yaz. Jangan lupa yang kau masih ada kitorang selain parents kau. Anggap kitorang ni adik-beradik kau even tak sedarah. Pertalian saudara tak semestinya sedarah sebab dalam islam, semua umat manusia adalah bersaudara. Kerana kita hadir daripada tempat dan moyang yang sama iaitu Nabi Adam a.s dan Sayyidah Hawa a.s." Peringat Asyraaf sebelum bergerak ke kereta masing-masing.
"Baik, Zeeq. Thank you for all your advice and warnings earlier. I appreciate and will always remember it." Ucap Aayaz ikhlas, berterima kasih kepada ketuanya itu. Sedikit sebanyak kekecewaan yang dia rasa sudah pulih dan lebih bersemangat sekarang.
"Welcome. Jom, aku gerak dulu. Aku nak pergi ambil adik aku dekat rumah Aila kejap." Balas Asyraaf sekaligus meminta izin untuk bersurai terlebih dahulu.
"Ok!" Balas mereka bertiga serentak. Lantas itu Areez dan Arash juga berlalu pergi selepas selesai bersalaman dan meminta izin.
"Zeeq," panggil Aayaz sebelum sempat Asyraaf melolos masuk ke dalam keretanya.
"Ya?" Sahut Asyraaf. Pintu bahagian pemandu ditutup kembali. Badan tegapnya terus bersandar disitu. Menanti apa yang ingin dikatakan sahabatnya itu.
"Tolong kirim salam dekat Aila dan suruh dia jaga diri baik-baik. Ingat yang aku sentiasa ada untuk dia." Pinta Aayaz dengan nada perlahan tetapi masih terdengar jelas oleh Asyraaf.
"Baik. Aku akan tunaikan permintaan kau dan aku akan cuba pujuk dia." Setuju Asyraaf. Satu senyuman manis terukir kecil dibibirnya.
"Thanks, Zeeq." Ucap Aayaz penuh sebak. Terus didakap tubuh tegap sahabatnya itu.
"Welcome again." Balas Asyraaf. Kedua belah tangannya terus naik membalas pelukan itu sebelum masing-masing bersurai menuju ke destinasi tujuan sendiri.
"Along!" Jerit Elzahra penuh ceria sebaik sahaja melihat sosok tegap abangnya. Dia terus berlari mendapatkan si abang kesayangannya itu. Rindu!
Dan tanpa sebarang amaran, tubuh kecilnya terus memeluk erat tubuh tegap itu seperti tidak mahu lepas.
"Hey, kenapa ni? Kenapa peluk along sampai ketat macamni? Macam mana along nak bernafas, hmm?" Tanya Asyraaf. Bukan apa tapi memang betul pun yang dia tengah sukar nak bernafas sekarang. Kuat betul tenaga adiknya ini!
"Rindu..." beritahu Elzahra lirih dengan mulut yang sudah mencebik kedepan. Pelukan yang tadinya ketat kini kian melonggar. Risau juga takut abangnya itu perlu dilarikan ke hospital sebab kesukaran untuk bernafas pula.
"Ya Allah adik...Baru beberapa jam je kita pisah, takkan dah rindu teruk kot?" Tanya Asyraaf. Kepalanya tergeleng perlahan. Ada-ada jelah adiknya sorang ini!
"Hehehe." Tidak membalas dan hanya sekadar tersengih tidak bersalah.
"Dah salam dengan mama Melati dan Aila?" Tanya Asyraaf ingin tahu. Dicium sekilas pipi kanan gadis gadis yang sedang mendongak memandangnya itu.
"Dah!" Balas Elzahra jujur.
"Bene. (Good.) Sekarang pergi masuk kereta, tunggu along. Along nak pergi salam papa Naim dan bercakap dengan Aila sikit." Elzahra mengangguk tanpa sebarang bantahan. Langkah terus dibuka menuju ke kereta Audi Rs7 milik abangnya.
Melihat adiknya sudah pun selamat melolos masuk, Asyraaf pun segera bersalaman dengan Tuan Naim. Tidak mahu adiknya dibiarkan lama menunggu.
"Pergi mana tadi, along?" Tanya Tuan Naim. Tangan kanan dihulur bagi memudahkan jejaka kacak itu bersalam dengannya.
"Pergi lepak dengan yang lain. Sambil dengar luahan Aayaz." Balas Asyraaf akan pertanyaan Tuan Naim itu.
Tuan Naim mengangguk tanda faham akan penjelasan jejaka kacak itu.
"Err...Papa Naim, can I borrow Aila for a while?" Tanya Asyraaf sekaligus meminta izin untuk berbicara sebentar dengan anak Tuan Naim.
"Sure, you can." Izin Tuan Naim. Terus dipimpin anaknya menuju ke meja rehat yang tersedia dihalaman rumahnya sebelum meninggalkan dua anak muda itu bersendirian.
YOU ARE READING
Supt's: Mio Caro (Complete)
RandomCOMPLETE! - Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang merupakan salah seorang ahli tertinggi VAT69. Kesetiaannya terhadap gadis pujaan hati ada...