Bab 21

119 8 0
                                    

     "Abang..." seru Puan Jihan lirih. Teresak-esak dia menangis didada suaminya tidak henti daripada mereka sampai ke hospital lagi. Mengenangkan keadaan anak mereka sekarang.

     "Sabar sayang...Insha Allah, hero akan selamat. Putera kita kan kuat. Awak kena percayakan dia. Kalau kita berfikiran negatif, memang yang negatif lah yang berlaku." Pujuk Tuan Adhaa lembut. Tangan kanannya tidak henti mengusap belakang si isteri.

     Sudah hampir 2 jam mereka berdua menunggu proses penyelamatan Aayaz. Namun sampai ke saat ini masih tiada lagi detik-detik menunjukkan semuanya akan berakhir. Lampu wad kecemasan juga masih menyala utuh. Kedua mereka tidak henti menyalurkan doa didalam hati masing-masing. Berharap si anak akan terus kuat melawan kesakitan dan selamat.

     "Pak long? ... Mak long? ..." seru satu suara saat mereka saling berpelukan hiba. Suara seorang lelaki yang kedengaran sangat lirih.

     "Ash..." sahut mereka lirih. Wajah kacak Arash dipandang penuh sayu. Tahu apa yang dirasakan oleh jejaka itu saat ini. Sepupu rapatnya terlibat dalam kemalangan lari? Memang perit rasanya!

     Terlihat juga akan kehadiran Asyraaf dan Areez disamping anak sedara mereka itu. Wajah ketiga anak muda itu turut menunjukkan raut kesedihan. Asyraaf yang selama ini selalu bijak mengawal riak wajahnya kini sudah tidak mampu. Riak sedih sudah terpamer jelas diwajahnya saat ini.

     "Ma...macam mana keadaan hero?" Tanya Arash tersangkut-sangkut akibat ulas bibirnya yang kini sudah bergetar hebat menahan sebak.

     "Dia masih kat dalam, Ash...Doktor masih tengah berusaha selamatkan dia..." beritahu Tuan Adhaa lirih. Serentak itu juga ada satu tangan naik mengusap lembut belakangnya.

     Kepala ditoleh memandang ke sisi dan dengan jelasnya terlihat Asyraaf yang tidak henti mengusap belakangnya. Satu senyuman yang terlihat sayu terukir dibibir jejaka itu.

     "Along..." seru Tuan Adhaa dan Puan Jihan serentak. Tahu jejaka itu juga sedang melayan kesedihannya tetapi tetap bertegas untuk menunjukkan yang dirinya kuat.

     "Don't worry. Trust me that he will not give up easily because he is a strong and tenacious boy. Trust and believe on him. The soul of the patient will feel sad if mourns him too much, so bear the sadness and pray for him without ceasing. He needs the prayers, not our cries." Pujuk Asyraaf sekaligus menasihati kedua ibubapa Aayaz itu. Meskipun dia sendiri sedang berusaha keras bertarung rasa yang bertandang dihatinya saat ini.

     Kesemua mereka hanya diam selepas mendengar nasihat dan pujukan daripada Asyraaf tadi. Hanya hati sahaja yang tidak henti mendoakan Aayaz Zayyan. Supaya jejaka itu terselamat daripada tahap kritikal dan kembali seperti dulu.

     Mata bersilih ganti memandang. Sekejap pandangan menunduk memandang ke arah lantai dan sekejap mendongak memandang lampu wad kecemasan. Tangisan dan riak sedih masih setia mendampingi mereka. Itu sahaja yang mampu mereka lakukan. Tiada yang lain.

     Akibat terlalu melayani kesedihan yang dihadapi, sampaikan kelima mereka tidak sedar sudah berapa lama waktu telah berlalu. Akhirnya lampu wad kecemasan terpadam selepas hampir 4 jam ia menyala. Dan serentak itu juga, doktor yang bertugas keluar untuk menemui keluarga berkait pesakit.

     Dengan segera mereka bangun merapati selepas melihat kelibat doktor itu dimuka pintu wad kecemasan. Puan Jihan yang pertama meluru bangun dan bergegas ke arah doctor itu.

     "Macam mana dengan keadaan anak saya doktor?! Dia ok kan?!" Tanya Puan Jihan bertalu-talu sebaik sahaja dia berdiri tepat dihadapan doktor yang merawat anaknya keluar daripada bahagian kecemasan.

     "Anak puan selamat dan dia akan ditempatkan diwad khas sebentar lagi." Serentak itu mereka berlima menarik nafas lega. Namun terhenti saat dipertengahan hembusan.

     "Tapi..."

     "Tapi apa?" Gesa Arash. Meminta doktor itu melanjutkan ayatnya. Hatinya berasa tidak tenang. Fikirannya kembali memikir perihal buruk yang mungkin akan terjadi terhadap sepupunya itu.

     "Tapi ada satu perkara buruk yang perlu Prof. Doktor Fath dan yang lain tahu." Sambung doktor itu.

     Dia tersangatlah kenal siapa Prof. Doktor Fath dihadapannya ini. Salah seorang lelaki yang paling berpengaruh kuat dalam dunia perubatan disamping sahabatnya Prof. Doktor Im.

     "Ma...maksud doktor?" Tanya Arash dengan nada yang bergetar akibat menahan sebak.

     "Aayaz, anak kepada Prof. telah disahkan koma dan dia perlu berada dalam pengawasan rapi daripada pihak kami." Beritahu doktor itu sayu. Rasa bersalah hendak menyampaikan berita ini tetapi dia tetap perlu melakukannya.

     "Ada komplikasi yang berlaku?" Tanya Tuan Adhaa ingin tahu. Cuba beriak tenang meskipun hatinya sudah tidak tenteram.

     "Kami masih melakukan siasatan kerana hentakan yang dialaminya teruk dan kecederaan pada tubuhnya sangatlah parah." Balas doktor itu dengan jujur.

     "Can I participate it?" Tanya Tuan Adhaa meminta izin. Dia sebagai seorang doktor yang juga bapa kepada Aayaz, wajib bantu dalam menyelamatkan anaknya sendiri.

     "Sure, you can Prof. Pihak kami sangat mengalu-alukan penyertaan anda." Izin doktor itu dengan penuh sopan. Memang bodoh jika dia menolak tawaran itu.

     Bukan senang untuk seorang professor berpengaruh tinggi datang mencemar tenaga dengan hospital kerajaan seperti mereka. Ia hanya berlaku sekali dalam seumur hidup. Seperti sekarang.

     "Silakan, Prof." Pelawa doktor itu sekaligus memberi ruang untuk Tuan Adhaa melangkah masuk ke dalam wad kecemasan khas itu.

     Tuan Adhaa hanya mengangguk tanpa membalas. Langkahnya terus dibuka masuk ke dalam wad kecemasan itu untuk membantu merawat anaknya. Dia tahu anaknya, Aayaz sangat memerlukannya saat ini.

     "Aku akan pastikan pengecut tu takkan terlepas dan bahagia, Yaz! Ingat janji aku!" Gumam seseorang didalam hati dengan penuh amarah dan tekad.

     Kedua belah tangannya yang terletak disisi sedari tadi digenggam kuat sehingga menghasilkan luka ditelapaknya. Darah menitik-nitik tidak henti ke atas lantai. Namun, tiada seorang pun yang sedar dan hanya dia sahaja yang tahu keadaan dirinya saat ini.

     "Aku akan pastikan pelaku yang langgar Yaz dapat balasan setimpal kalau ada perkara buruk terjadi. Aku takkan lepaskan sesiapa sahaja yang menyakiti sepupu aku! Dah lama aku acah sengal jadi aku rasa sekarang mungkin dah tiba masanya untuk aku kembali menjadi Arash Daniel bin Adam Fathi yang dulu." Tekad Arash. Dapat dilihat dengan jelas aura dendam melalui matanya.

     "Aku pun. Sekali dia berani sentuh salah seorang daripada kita bermakna dia juga berani untuk menanggung risiko atas kelakuannya. Hidup dia takkan tenang sesaat pun!" Tekad Areez juga.

     "Deen," panggil Asyraaf senada. Menghentikan ucapan akan janji mereka yang penuh tekad itu.

      "Ya?" Sahut Areez.

     "Telefon Aila dan bagitahu pasal Yaz. Lepastu suruh dia bersiap sekarang. Aku nak call adik aku suruh tolong pergi ambil dia kejap lagi." Arah Asyraaf sebelum berlalu pergi. Terdiam mereka berdua saat melihat panahan mata helang ketua mereka itu. Gelap! Dan ia bermakna aura jahat jejaka itu sudah mulai menguasai tuannya.

     Tanpa menunggu lama, cepat-cepat Areez menelefon Naila untuk akan kejadian yang menimpa Aayaz saat ini. Sempat juga dia memujuk gadis itu supaya kekal tenang dan tidak gelabah. Dan menunggu kehadiran Elzahra untuk menjemput dengan sabar.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now