Bab 22

124 10 0
                                    

      "Bila abang Zayy nak bangun ni? Dah dua kali tahu tak, abang Zayy koma? Dan kalini lah yang paling teruk dan paling lama. Kami semua rindukan abang Zayy terutamanya mama Jihan dan papa Adhaa..." ujar Naila sayu. Kedua tangannya yang bersatu tadi semakin digenggam erat. Mereka yang lain hanya diam tanpa sebarang bicara.

     "Termasuk Aila..." sambung Naila didalam hatinya. Hatinya terasa sebak menahan rasa sejak hari pertama Aayaz disahkan koma lagi.

     Kini sudah 2 minggu masa berlalu. Dan 2 minggu ini jugalah Aayaz masih kekal terbaring kaku tidak sedarkan diri lagi.

    "Sabar, sweetie..." punjuk Areez lembut. Mereka sebagai kaum lelaki tetap perlu selalu menunjukkan diri mereka kuat meskipun mereka lemah akan sesuatu yang dihadapi ketika itu. Kerana kaum lelaki dilahirkan sebagai makhluk yang lebih kuat berbanding perempuan.

     "Dia akan sedar nanti. Seteruk manapun yang dihadapi, seseorang itu tetap akan berusaha kuat untuk terus bertahan. Kerana banyak lagi yang tidak tertunai olehnya." Celah Asyraaf yang entah bila sudah pun berdiri disamping kepala Aayaz. Tangan kanannya naik mengusap lembut kepala Aayaz, seakan-akan memberitahu yang dia sedang menunggu dan sentiasa ada disisi.

     Mereka semua kembali diam. Tuan Adhaa dan Puan Jihan juga masih lagi dalam perjalanan ke sini. Hanya mereka berlima sahaja yang setia menemani Aayaz daripada pagi tadi lagi.



     "ZEEQ!" Jerit Arash nyaring secara tiba-tiba. Tubuh yang tadi bersandar lemah disofa yang telah disediakan terus berdiri tegak. Matanya membulat memandang ke arah tubuh kaku milik Aayaz itu. Lebih tepatnya dijemari milik sepupunya itu.

     "What?" Tanya Asyraaf sepatah. Tiada mood untuk melayan lebih.

     "Ja...jari YAZ!" Beritahu Arash gagap. Mereka berempat masih tidak faham akan apa yang dikatakan itu.

     Mata sudah berarah ke arah yang dimaksudkan. Direnung mereka tanpa berkedip sekalipun. Naila pula hanya setia menunggu berita daripada mereka kerana dia tidak mampu melihat dan hanya mampu mendengar.

     "Maksud abang Ash?" Tanya Elzahra tidak faham. Wajah kacak milik Arash ditenungnya tanpa menoleh, menunggu jawapan. Dah kenapa dengan jari Aayaz Zayyan?

     "Dia bergerak tadi. TU ZEEQ!!! Dia bergerak lagi!" Beritahu Arash penuh tidak percaya. Jari telunjuk menunjuk tepat ke arah jemari kaku Aayaz.

    "Yaz..." seru Asyraaf lembut. Tangannya yang sedari tadi berada diatas kepala sahabatnya itu kembali mengusap lembut kepala jejaka itu.

    Perlahan-lahan Aayaz membuka matanya. Dikedip beberapa kali sebelum ia terbuka luas seperti sediakala. Irisnya memerhati setiap wajah gerangan yang ada disekitarnya itu.

    "Zeeq..." panggil Aayaz lemah saat irisnya berhenti tepat pada wajah jejaka kacak itu.

    "Ye, Yaz. Aku kat sini." Sahut Asyraaf lembut. Satu senyuman manis diukir khas buat Aayaz.

     Irisnya beralih ke arah lain. Memanggil seiring dengan irisnya yang sentiasa berhenti tepat ke wajah yang dipanggilnya.

     "Kitorang panggil doktor check kau dulu, ok? Reez." Dengan cepat Areez menghilang disebalik bilik itu selepas menerima arahan daripada Asyraaf.



    Setelah Aayaz selesai diperiksa,

    "Badan kau macam mana? Ok? Ada sakit dekat mana-mana tak?" Tanya Arash prihatin. Tubuh lemah Aayaz dibeleknya dengan penuh kelembutan supaya tidak menyakiti jejaka itu sedikit pun.

    "Aku ok, Ash. Jangan risau." Pujuk Aayaz lembut. Dibiarkan sahaja tubuhnya dibelek oleh sepupunya tanpa henti. Asyraaf dan Areez yang berada disisi antara Arash dipandangnya silih berganti.

    "Zeeq," panggil Aayaz.

    "Yes?" Sahut Asyraaf. Dipandang tepat wajah sahabatnya itu.

    "Siapa perempuan tu?" Tanya Aayaz secara tiba-tiba. Seiring dengan jari telunjuk yang naik menunjuk tepat ke arah yang dimaksudkan.

    "Kau tak kenal ke, Yaz?" Tanya Asyraaf ingin tahu. Kenapa pula ni? Takkanlah dia tak kenal siapa?

    "Tak." Balas Aayaz sepatah. Matanya masih setia merenung wajah yang dia tidak kenali itu.

    "Maksud kau?" Tanya Arash tidak faham. Aayaz ni tengah buat prank ke? Tetiba je...

    "Aku memang tak kenal dia. Dia siapa? Macam mana dia boleh ada sekali dalam ni? Awek salah seorang daripada korang ke?" Jelas Aayaz sekaligus menanyakan sekali lagi siapa gerangan itu.

    "Tu Aila. Naila Ayana binti Naim Imran." Beritahu Asyraaf. Iris matanya masih setia menilik Aayaz. Yang lebih tepatnya pada iris mata jejaka itu Cuba memahami keadaan sahabatnya itu.

    "Aila?" Tanya Aayaz inginkan kepastian. Ketiga mereka mengangguk tanda mengiyakan.

    Disaat yang bersamaan, tergamam Naila saat dia mengetahui akan perihal dimana Aayaz tidak mengingatinya saat ini. Masih tidak percaya dengan berita yang didengarinya itu.

    "Abang Zayy..." seru Naila lirih. Airmata sudah mulai bertakung dikelopak matanya. Aayaz hanya diam tidak menyahut kerana dia tidak tahu bahawa dirinya yang sedang diseru.

    "Dia tujukan dekat kau, Yaz. Abang Zayy adalah nama panggilan manja khas daripada dia untuk kau." Beritahu Areez sekaligus menjelaskan akan perihal nama panggilan itu.

    "Aku? Tapi kenapa aku tak ingat? Satu pun aku tak ingat pasal dia sekarang ni." tanya Aayaz yang jelas masih tidak menerima penjelasan itu.

    "Zeeq..." seru Areez dan Arash serentak. Wajah kacak jejaka itu direnung mereka dengan penuh harapan. Mereka tahu yang Asyraaf tahu akan sesuatu kerana dia langsung tidak terkejut saat mengetahuinya tadi.

    "Kau alami masalah lupa ingatan, Yaz. Kau hanya ingat sebahagian daripada ingatan lama kau. Semua sebab kecederaan parah yang kau hadapi dekat kepala." Beritahu Asyraaf sekaligus menjelaskan keadaan yang menimpa Aayaz saat ini.

    Semakin terkejut Naila selepas mendengarkan kenyataan yang keluar daripada mulut jejaka itu.

     "Abang Zayy lupa ingatan? Lupa Aila?" Gumam Naila sendirian didalam hati dengan rasa sebak yang mulai menguasai diri.

    "Sabar Aya..." pujuk Elzahra lirih. Dia juga tidak menduga perkara ini akan berlaku. Diusap lembut bahu satu-satunya sahabatnya itu.

    "Macam mana kau tahu?" Tanya Arash tidak puas hati. Dia yang sepupu Aayaz pun tak tahu ni. Mana boleh!

    "Pak long yang bagitahu." Celah Tuan Adhaa sekaligus memberi jawapan akan pertanyaan Arash itu.

    Cepat-cepat ketiga jejaka itu bergegas bersalaman dengan Tuan Adhaa. Tidak ketinggalan juga bagi Elzahra dan Naila, dimana mereka juga segera bersalaman dengan Puan Jihan.

    "Papa! Mama!" Seru Aayaz penuh ceria. Bahagia melihat akan kehadiran ibubapanya disisi. Terus disalam tangan ibubapanya.

    "Sayang dengan El boleh tolong bawa Aila keluar dulu?" Tanya Tuan Adhaa kepada Elzahra dan Puan Jihan penuh berharap.

    "Boleh." Balas mereka berdua serentak lalu dengan segera meninggalkan mereka yang lelaki sahaja disitu.

    Naila hanya menurut kerana dia tahu ada sebab kenapa papa Adhaa meminta mereka bertiga keluar meninggalkan mereka yang lelaki didalam bilik wad itu.

    "Come. Dekat sikit, supaya korang dengar jelas apa yang papa nak jelaskan ni." Dengan segera mereka bertiga mendekat selepas diarahkan. Diam tanpa membuka mulut dan hanya mendengar apa yang dikatakan oleh Tuan Adhaa dengan perasaan yang bercampur aduk.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now