"Sabar ye, Aya..." pujuk Elzahra. Tangannya masih setia mengusap belakang sahabatnya itu.
"Dia lupa aku, Zeeqa...Dia tak ingat satu pun pasal aku...Sakit sangat rasa dia...Aku menyesal tak dengar apa yang mama aku cakap malamtu. Aku tak hargai dia... Akulah penyebab dia jadi macamni..." luah Naila, sebak.
Serentak itu Elzahra menarik tubuh sahabatnya itu ke dalam pelukannya. Dia tidak tahu hendak melakukan apa dan hanya ini sahaja yang dia harapannya.
"Semua ni yang dah ditentukan untuk dia, Aya. Ingat yang Allah takkan hadirkan sesuatu ujian tanpa sebab. Mungkin DIA hadirkan untuk memberi peringatan dan pengajaran kepada yang ditakdirkan dan mungkin juga kepada orang sekeliling. Kita kena banyak berdoa. Aku yakin lambat-laun abang Yaz akan ingat balik semua. Bagi dia masa. Dan ingat yang kau bukanlah penyebab dia. Kau takde apa-apa salah dalam ni. Orang yang langgar abang Yaz tu yang salah." Pujuk Elzahra lembut.
"Tapi..."
"Along tahu perasaan awak. Tapi buat masa sekarang awak kena kuat dan sentiasa berdoa supaya dia cepat sembuh. Allah hadirkan ujian kepada kita sebab dia sayang dan dia nak kita semua sentiasa ingat dia, sentiasa sujud kepada dia. Tiada apa yang mustahil jika kita tekad dalam mengusahakan sesuatu yang baik. Insha Allah setiap perkara baik akan dipermudahkan jika kita sertakan dengan niat baik dan penuh tekad." Cantas Asyraaf yang sedari tadi sudah keluar daripada wad Aayaz ditempatkan.
"Bila along keluar?" Tanya Elzahra ingin tahu. Abangnya ini ada kuasa rahsia ke yang boleh muncul tiba-tiba macamni?
"Tadi lagi. Masa Aila tengah luah dekat adik." Jelas Asyraaf. Tangan kanannya naik meluku perlahan kepala si adik. Tahu yang adik dia dah fikir yang bukan-bukan pasal dia sekarang ni.
"ADUH!" Erang Elzahra. Serentak itu tangan kanannya naik mengosok bahagian yang diluku tadi.
"Along luku perlahan je, dik. Asal drama sangat ni?" Tanya Asyraaf bersama sebelah keningnya yang terjongket naik. Drama sungguh la Elzahra Hazeeqa binti Aisy Faleeq ni...
"Hehehe." Ketawa Elzahra. Kantoi pula yang dia tengah berdrama.
Asyraaf hanya menggeleng kecil kepalanya. Tangan kanannya naik menggosok lembut kepala satu-satunya adik kesayangannya. Nasib sayang, kalau tidak dah lama kena humban dalam hutan.
"Tak selamanya hero akan lupa ingatan, littlesweet. Papa Adhaa cakap hentakkan dekat kepala dia tak berapa teruk sangat. Jadi dia akan ingat balik semua suatu hari nanti. Tugas kita sekarang adalah sentiasa bantu dan bagi semangat dekat dia. He needs us now. Along yakin dia takkan ambil masa yang lama sebab tekad dalam diri dia." Pujuk Asyraaf lembut selepas lama berdiam. Wajah cantik Naila direnungnya dengan pandangan sayu. Faham akan apa yang dirasai gadis itu saat ini.
"Maksud along?" Tanya Elzahra ingin tahu. Dia yakin ada maksud tersirat diakhir ayat abangnya itu.
"Aku tak kenal dia dan aku tak mampu nak ingat dia sekarang tapi aku janji yang aku akan berusaha untuk ingat balik. Walaupun aku tak ingat sekarang tapi aku yakin dia sangat bermakna dalam hidup aku selain parents aku dengan Hell's Killer. Semua sebab hati aku. Hati aku rasa bahagia dan dekat dengan dia bila aku tengok muka dia tadi. Rasa dekat dalam hati aku buatkan aku rasa nak sembuh cepat dan ingat dia balik. Aku dapat rasakan aku ni macam seorang pelindung untuk dia yang aku nak lindung sangat. Aku janji akan berusaha dan takkan mengalah untuk sembuh. Aku nak kembalikan semuanya kepada sediakala sebab aku tak nak sakitkan hati orang lain dengan apa yang terjadi dekat aku sekarang." Naila hanya diam mendengar apa yang dituturkan Asyraaf. Dia tahu semua itu adalah ayat daripada Aayaz Zayyan sendiri.
"Tu apa yang hero cakap tadi. That's why along cakap yang dia takkan ambil masa lama untuk sembuh sebab dia dah bertekad demi awak, littlesweet. Hati yang ditakdirkan akan kekal kembali meskipun sejauh manapun seseorang itu pergi. Kerana ikatan itu utuh dan terikat dengan penuh ikhlas terhadap kita. Rasa itu hadir daripada hati dia yang ikhlas mencintai awak selama ini, littlesweet." Jelas Asyraaf dengan apa yang diucapkannya tadi. Diulangnya sama sebiji seperti apa yang dikatakan Aayaz tanpa sebarang penambahan atau pengurangan sesuatu pun.
"Percayalah yang seseorang itu ditakdirkan sebagai pelindung dan jodoh kita bila dia ikhlas dalam usaha hendak memimpin kita ke jalan yang halal dalam islam." Celah Areez sekaligus menasihati gadis yang amat dicintai sahabatanya, Aayaz Zayyan.
"Tak semua yang pandang pada fizikal tetapi pada keikhlasan hati dan perangai kita." Tambah Arash. Dia sendiri tahu bertapa sempurnanya Naila dalam dua perkara itu sehinggakan satu-satunya sepupunya itu sanggup dan tidak mampu mencintai yang lain. Rela memendam dan menunggu selama 11 tahun yang pasti bukan tempoh yang singkat bagi mereka semua.
Sedar tidak sedar, kini sudah seminggu masa berlalu dan Aayaz pun sudah dibenarkan pulang ke rumahnya. Dia sudah sihat sepenuhnya daripada semua kecederaan fizikal kecuali masalah ingatan tentang Naila yang masih belum pulih.
Sampai sekarang tiada perkembangan sedikitpun dalam ingatannya tentang gadis itu. Namun ia bukanlah satu penghalang untuk dia terus berusaha untuk mengingati kembali. Dia yakin yang lambat-laun dia akan ingat balik semuanya tentang gadis cantik itu. Dia sangat pasti akan suatu masa itu. Dan sekarang dia hanya perlu terus berusaha tanpa henti.
"Yaz," terhenti terus lamunan Aayaz saat namanya diseru salah seorang sahabatnya.
"Ya?" Sahut Aayaz. Irisnya memandang tepat ke wajah kacak milik Arash yang juga merangkap sepupunya itu.
"Kau ok tak? Mengelamun jauh sangat tu." Tanya Arash dengan nada risau.
"Aku ok. Jangan risau. Aku just fikirkan Naila, sebab sampai sekarang aku masih tak ingat satu pun pasal dia. Padahal dah nak masuk sebulan dah sekarang." Luah Aayaz akan apa yang menganggu pemikirannya saat ini. Selama itu juga, perasaan bersalahnya terhadap gadis itu semakin bertambah.
"Jangan paksa sangat otak kau untuk ingat balik. Slow-slow dan yakin yang suatu hari nanti semua memori kau tu akan kembali. Lagi kau paksa otak kau, lagi bertambah sakit pada diri kau. Satu je, tolong percaya pada tekad dan usaha kau, Yaz." Pujuk Areez bersama dengan anggukan setuju daripada Asyraaf.
"Baik dan aku minta maaf sebab dah buat korang risau. Aku paksa diri aku untuk ingat sebab perasaan bersalah aku yang makin bertambah terhadap dia. Itu je, tapi aku janji takkan buat macamtu dah. Aku akan ikut cakap korang." Pinta Aayaz sekaligus berjanji akan mengikuti apa yang disuruh ketiga-tiga sahabatnya itu. Mereka bertiga hanya mengangguk menandakan ia.
"Dah. Dah. Jom kita balik sekarang. Kesian mama Jihan dengan papa Adhaa sebab tunggu kita tak sampai-sampai lagi ni." Ajak Asyraaf sekaligus menghentikan perbualan mereka itu. Mesti saat ini kedua ibubapa Aayaz mula risau kerana mereka masih belum sampai ke rumah lagi.
"Jom!" Balas mereka bertiga serentak lalu bergerak meninggalkan bilik itu. Mereka tetap mengawasi meskipun Aayaz sudah sihat sepenuhnya sekarang.
YOU ARE READING
Supt's: Mio Caro (Complete)
RandomCOMPLETE! - Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang merupakan salah seorang ahli tertinggi VAT69. Kesetiaannya terhadap gadis pujaan hati ada...