Bab 24

135 8 0
                                    

"Kau-"

"Kau duduk diam-diam dekat rumah. Jangan gatal nak merayap pula. Kalau kau nak keluar juga call atau mesej dekat group. Biar kitorang yang bawa kau." Cantas Aayaz tanpa sempat Areez memulakan ayatnya. Terkebil-kebil Areez saat Aayaz mencantasnya. Tak percaya yang Aayaz tahu apa yang ingin dia katakan.

"Ye, aku tahu apa yang kau nak cakapkan. Aku ni tak nyanyuk lagi sampai kau perlu ulang banyak kali. Dua atau tiga kali dah cukup. Tapi alang-alang ni, aku nak tanyalah. Shelby aku macam mana sekarang?" Balas Aayaz, selamba. Sampai dah boleh hafal dah dia dengan ayat Areez yang daripada tadi lagi duk ulang tu.

"Kereta kau ada dekat bengkel. Esok aku datang jemput, bawa pergi sana. Untuk harini kau rehatlah dulu. Luangkan masa dengan parents kau." Balas Asyraaf sekaligus memberikan jawapan akan pertanyaan Aayaz.

"Kau sorang ke tiga sekali?" Tanya Aayaz ingin tahu sambil menyelesakan duduknya diatas sofa milik keluarganya.

"Aku sorang sebab diorang dua ni ada hal." Balas Asyraaf. Hanya dia sahaja yang free esok jadi dialah yang akan bawa Aayaz. Areez dan Arash hanya mengangguk tanda setuju dengan apa yang dikatakan itu.

"Ok tapi pukul berapa kau nak datang? Takut aku masih seronok melantak tidur pula. Kan dah tak memasal aku tersidai kau dekat luar." Tanya Aayaz. Risau takut dia tidur tak sedar masa je. Kan dah tak memasal si Asyraaf ni kena sidai.

"Dalam pukul 10 aku datang. Tapi apa-apa nanti aku inform kau lain." Balas Asyraaf.

"Ok."

Keesokannya,

"Sayang mama bersiap lawa-lawa ni nak ke mana?" Tanya Puan Melati. Tangannya naik merapikan tudung dan baju abaya yang dipakai puterinya itu.

"Aila nak keluar dengan Zeeqa kejap. Nak pergi beli hadiah untuk abang Zayy sebab dia dah keluar hospital semalam." Beritahu Naila akan asbab kenapa dia bersiap cantik sekarang ini.

"Ok, dah cantik. Jom mama pimpin awak turun bawah." Ajak Puan Melati. Serentak itu, tangan kanan Naila naik melingkar dilengan si ibu.

Dihadapan pintu utama, "Aila pergi dulu ye, mama." Izin Naila. Dipeluk erat tubuh si ibu sebelum kembali lepas.

"Zeeqa minta izin bawa Aya tau, mama. Kitorang nak pergi Amanjaya Mall je." Pinta Elzahra. Tangan kedut milik Puan Melati disalam dan diciumnya sekali.

"Pergilah. Tapi make sure jangan balik lewat ye." Izin Puan Melati, lembut.

"Baik, mama. Jomlah, Aya. Kita gerak sekarang." Ajak Elzahra.

Dipimpin tangan sahabatnya itu menuju ke kereta Audi Rs5 yang dihadiahkan oleh abangnya buatnya. Naila mengangguk lalu mengikut langkah Elzahra.

"Sayang mama..." seru Puan Melati membuatkan langkah kedua gadis itu terhenti.

"Ye, mama. Kenapa?" Sahut Naila. Kepala ditoleh kebelakangan menunggu apa yang ingin dikatakan si ibu.

"Jika benar mencintai, maka hargailah dan jangan sia-siakannya lagi namun jika hanya kerana keterpaksaan, maka lepaskan supaya ia boleh bertemu dengan kebahagiaannya. Ikutlah kata hati dalam membuat keputusan, jangan menyesal lagi dikemudian hari." Nasihat Puan Melati sebelum menapak masuk kembali ke dalam rumahnya.

Terdiam seketika Naila saat mendengar apa yang dikatakan oleh mamanya itu. Dia sudah menyesal sekali jadi kali ini dia perlu membuat keputusan yang tepat mengenai mereka berdua.

Penyesalan kali pertama sudah terasa sangat teruk dimana Aayaz mengalami masalah lupa ingatan dan untuk lain kali mungkin akan lebih teruk daripada itu. Kejadian pertama sudah membuatkan dia sedar yang setiap perkara akan berlaku tanpa diduga kerana tiada yang mustahil jika itu kehendak-Nya.

"Kau ok, Aya?" Tanya Elzahra risau. Tangan kirinya naik mengusap lembut tangan Naila yang berada dalam genggamannya itu.

"Aku ok, jangan risau." Pujuk Naila. Satu senyuman manis diukir khas buat sahabat baiknya itu.

"Kalau kau dah kata macamtu so, jomlah. Kita gerak sekarang. Takut nanti lewat, along risau pula." Balas Elzahra mengalah. Dia tahu sahabatnya itu sedang memendam sesuatu tetapi dia tidak ingin memaksanya. Biarlah gadis itu meluahkannya secara rela hati.

Langkah yang terhenti tadi kini kembali melangkah. Audi Rs5 pun meluncur keluar daripada perkarangan rumah Tuan Naim selepas kedua mereka selamat melolos masuk ke dalam.

Disisi lain,

"Kau nak pergi mana lagi ni?" Tanya Asyraaf sambil fokus dengan pemanduannya.

"Entahlah, aku takde mood nak pergi mana-mana." Balas Aayaz dengan nada malas. Habis melayang moodnya lepas tengok keadaan Shelbynya dibengkel tadi. Rasa perit sangat!

"Kau kena hentam teruk haritu, Yaz. So, memang lumrah Shelby kau akan jadi macamtu. Aku tahu kau sayang sangat dengan Shelby tapi nak buat macam mana, dia dah remuk teruk sangat dan dah tak mampu untuk dibaiki balik. Demi Allah aku takde niat nak sakitkan hati kau tapi jujur aku cakap yang Shelby memang dah tak boleh nak digunakan lagi. Kau kena beli yang baru. Memang susah untuk melepaskan apa yang kita sayang tapi percayalah, semuanya akan digantikan dengan yang lebih baik pada masanya." Pujuk Asyraaf lembut. Dia juga dapat rasakan apa yang sedang dirasai sahabatnya itu saat ini.

Keperitan sakit akan kehilangan sesuatu yang kita sayang meskipun ia benda tidak hidup tetap sama seperti kehilangan yang tersayang, kehilangan cinta. - Hazel

"Shelby dah lama ada disamping aku, Zeeq. Aku sayang dia sangat-sangat. Dia dah macam nyawa dan ahli keluarga aku..." luah Aayaz lirih. Shelby adalah satu-satunya kereta yang dia ada, yang setia menemaninya selama ini. Bukan dia tidak mampu untuk membeli kereta lain tetapi dia sudah terlalu sebati dengan kereta sampaikan tidak rela untuk menduakannya.

"Aku faham, Yaz. Tapi kau kena faham yang Shelby dah tak boleh nak kembali kepada sediakala. Even kau melabur berpuluh juta pun dia tetap tak dapat dibaiki. Lepaskan dia, Yaz. Jadikan dia salah satu kenangan terindah kau." Pujuk Asyraaf lagi. Dalam masa yang sama dia berharap sangat sahabatnya itu menerima pujukannya ini.

"Hmm, ok." Balas Aayaz mengalah. Dia terpaksa menerimanya meskipun tidak rela.

"So, sekarang nak pergi mana pula?" Pelawa Asyraaf sekali lagi.

"Kita pergi tengok kereta baru and lepastu kita pergi Amanjaya Mall pula. Nak pergi makan dan jalan-jalan dekat situ." Muktamad Aayaz dan dibalas dengan anggukan daripada Asyraaf tanpa sebarang bantahan.

"Kau nak pergi showroom kereta jenama apa ni?" Tanya Asyraaf setelah lama berdiam diri.

"Audi. Aku nak kekalkan asal usul Shelby. Sekurang-kurangnya aku masih ada ingatan kekal dekat dia bila tengok yang baru nanti." Beritahu Aayaz besertakan sebab akan pilihannya itu.

"Menurut permintaan." Seloroh Asyraaf membuatkan mereka berdua ketawa bagi menghilangkan sedikit rasa duka dihati Aayaz itu. Pemanduan diteruskan menuju ke arah yang telah dirancang.

"Shelby sayang. Abang janji akan lepaskan awak dengan sepenuh hati. Terima kasih sebab dah sudi temankan abang selamani. Izinkan abang cari pengganti awak ya? I love you so much, my Shelby." Gumam Aayaz sebak didalam hati. Mata dipejam bagi menahan air mata daripada mengalir.

Malang sungguh nasibnya. Dah la lupa ingatan dan rasa bersalah yang menggunung terhadap Naila. Ni pula terpaksa merelakan dan menggantikan tempat Shelby.

Dengan orang yang langgar dia haritu pun masih tidak dijumpai lagi. Masing-masing jawab "kitorang masih tengah siasat" bila ditanya. Padahal semua hebat-hebat belaka, terutamanya Asyraaf Hazeeq bin Aisy Faleeq. The leader of Hell's Killer. Entahlah, dia pun masih tak berapa sihat jadi terbatas untuk dia berbuat apa-apa. Dia perlu mengharapkan diorang juga walau macam mana pun.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now