Bab 25

126 9 0
                                    

     Selesai sahaja Asyraaf memarkir kereta Audi Rs7nya ditempat yang telah disediakan. Mata kedua jejaka itu melilau memandang sekeliling.

    Ramai!

    Maklumlah cuti minggu kan...Memang penuh lah jawabnya mana-mana mall yang ada dikawasan Kedah ni. Tambah-tambah hari jumaat, sama seperti hari ini.

    "Alhamdulillah, dah sampai." Ucap Asyraaf lega. Tangan naik melepas tali pinggang keledar yang membelit badan.

    "Alhamdulillah." Sahut Aayaz yang duduk dibahagian penumpang hadapan.

    "Dah lama tak datang sini. Dulu selalu sangat datang. Rindu je rasa dia..." gumam Aayaz dan masih mampu didengari Asyraaf.

    "Kau ingat pula yang kau selalu datang sini. Tapi alasan utama yang buat kau datang sini, kau ingat tak?" Tanya Asyraaf ingin tahu. Mana tahu ada sedikit kemajuan perihal ingatan jejaka itu terhadap Naila.

    "Tak. Kau tahu tak sebab dia? Aku pun tak tahu kenapa aku selalu datang sebelumni padahal aku bukan minat shopping." Ternganga Asyraaf saat mendengar balasan Aayaz itu. Ingat dah ada sedikit kemajuan, rupanya tidak...

    "Tahu." Balas Asyraaf sepatah.

    "Sebab apa? Bagitahulah aku." Rayu Aayaz supaya Asyraaf memberitahunya.

    "Sebab Aila." Ringkas dan tepat jawapan yang diberi Asyraaf sehingga membuatkan Aayaz diam tidak berbicara.

    "Sebab Aila?" Tanya Aayaz inginkan kepastian. Asyraaf hanya mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan itu.

    Dalam masa yang sama, otaknya kini sedang ligat berfungsi bagi mengingati kembali. Dia mendesak otaknya untuk berfungsi tanpa henti sehingga tanpa dia sedar kedua belah tangan sudah naik mencengkam kuat kepalanya. Menahan sakit yang dialami saat ini.

    "STOP IT, YAZ! JANGAN PAKSA DIRI KAU UNTUK INGAT SANGAT!" Tegas Asyraaf. Serentak itu kedua belah tangannya naik menarik tangan Aayaz menjauhi kepala jejaka itu.

    "Aku kena ingat, Zeeq! Aku kena usaha sampai ingat! Sampai bila aku nak macamni?! Sampai bila aku nak kena tanggung rasa bersalah yang semakin bertambah ni?! Bagitahu aku, Zeeq..." bentak Aayaz sekaligus merayu supaya Asyraaf membantunya. Dia penat sangat! Dia tersiksa sangat!

    "Kau boleh usaha untuk ingat tapi bukan dengan cara memaksa diri. Sekalipun kau paksa teruk diri ni, kau hanya akan bertambah dalam segi kesakitan dan bukannya ingatan. Jangan terlalu memaksa diri sehingga mendatangkan kemudaratan, cukup bersederhana tetapi sempurna dalam semua segi." Pujuk Asyraaf lembut. Tangannya naik mengusap lembut belakang Aayaz yang kini sudah selamat berada didalam pelukannya.

    "Aku rasa bersalah sangat dekat dia, Zeeq...Aku tak tahu kenapa aku boleh lupa dan susah nak dapatkan balik ingatan tu. Dah sebulan lebih tapi aku tetap tak boleh nak recall balik satu pun..." ngadu Aayaz lirih bersama tangisan akibat kesakitan dan rasa yang bertandang saat ini.

    "Aku tahu yang kau rasa bersalah sangat dekat dia tapi tak perlu sampai siksa dan paksa diri kau. Banyakkan doa dan usaha tanpa memaksa, insha Allah segalanya dipermudahkan seperti yang diinginkan." Pujuk Asyraaf lembut.

    "Zeeq..." panggil Aayaz lirih.

    "I'm here, hero." Sahut Asyraaf lirih. Kedua tangannya masih setia memeluk tubuh sahabatnya itu.

    "Kalau aku tak ing-" terhenti ayat Aayaz saat mendengar jerkahan daripada seorang gadis. Kedengaran sangat dekat dengan kedudukan mereka sekarang.

    Kedua jejaka itu saling berpandangan. Masing-masing yakin jerkahan itu berpunca daripada seseorang yang sangat mereka kenali. Terutamanya pada Asyraaf Hazeeq.

    "Zeeq?" Tanya Aayaz inginkan pendapat jejaka itu.

    "I think we should go see it now because I know that voice very well." Muktamad Asyraaf. Kedua mereka segera bergegas keluar daripada kereta bagi mencari sumber jerkahan tadi.



    "APA MASALAH KAU LAGI HA?! TAK CUKUP LAGI KE KAU HINA DAN SIKSA MENTAL DIA DULU?!" Jerkah Elzahra nyaring. Geram dengan kehadiran pasangan dihadapan mereka.

    "Wow! Wow! Rileks sister. Yang kau nak emo sangat ni dah kenapa? Aku kacau bestfriends kau yang buta ni ja bukannya kau." Sinis jejaka itu berbicara.

    "Eh Qaid! Kau ni bodoh ke apa eh?! Dia ni kawan baik yang aku dah anggap dia macam keluarga aku sendiri. Jadi bila kau kacau dia means kau kacau aku juga. Faham?!" Hamun Elzahra. Geram!

    "Kau ni bermasalah eh?" Tanya gadis disebelah Idrees selamba.

    "Masalah apa pula?!" Tanya Elzahra tidak faham. Boleh tak straight to the point je? Tak payah nak berkias-kias sangat.

    "Yelah, bermasalah. Apa yang lebih and bagus sangat perempuan ni sampai kau nak protect tak habis-habis? Dah la buta lepastu menyusahkan orang pula. Tak sedar diri langsung!" Terus menggeletar hebat tangan Elzahra saat mendengar hinaan yang dituju pada sahabat baiknya itu.

PANG!

     Sekelip mata sahaja, pipi gadis itu sudah terteleng ke kanan. Sebelah tangannya naik memegang pipi kiri yang terasa senak itu.

     "Mulut kau tu better pergi letak pewangi even dia tetap berbau. Sekurang-kurangnya takdelah busuk teramat sangat macam sekarang." Sinis Elzahra. Terasa sangat puas selepas dia menampar wajah gadis itu. Harap muka cantik tapi perangai hauk! Memang indah daripada khabar betul!

     "KAU! -"

     "Kau dengar sini baik-baik, Qaid. Ni last aku cakap dan aku takkan ulang lagi dah." Tegas Elzahra memberi amaran awal sebelum menyambung bicara.

     "Dia buta atau cacat mana-mana anggota pun, itu bukan masalah kau. Tu diri dia, hak dia. Kau tu siapa, yang sewenang-wenangnya nak tentukan dia menyusahkan atau tidak? Cermin diri kau tu, tengok siapa lebih teruk. Walaupun dia buta, dia still tahu jaga aurat dan maruah diri. Bukan macam awek kau yang suka tayang semua dekat orang dengan pakai baju tak cukup kain ni. Tak kesian ke dekat bakal suami nanti? Yelah sebab dapat sisa-sisa je daripada lelaki lain." Sambung Elzahra dengan penuh sinis sebelum sempat pasangan itu membalas kata-katanya tadi.

     "KAU JANGAN KURANG AJAR SANGAT EH! HORMAT SIKIT SEBELUM TANGAN AKU NI NAIK KAT PIPI KAU. CEPAT MINTA MAAF DEKAT JUITA SEKARANG!" Tengking Idrees.

     "Ohh Juita, nama skandal kau ni. By the way, dia yang mula dulu tadi, jadi dialah yang kena minta maaf. Kalau kau dengan skandal kau ni tak ganggu kitorang tadi memang takde masanya aku nak membazir. Buat habis masa dengan air liur je, tahu tak?!" Bentak Elzahra kembali. Jangan ingat dia perempuan, dia akan takut.

      Daripada kecil lagi, abang dia dah ajar dia macam mana nak jadi seorang perempuan yang kuat tanpa takut dengan tundingan sesiapapun terutamanya lelaki. Beranilah melawan mempertahankan diri dan perkara sebenar.

      Perempuan memang lemah jika nak dibandingkan dengan lelaki tapi satu perkara yang orang lupa, dimana perempuan akan menjadi kuat dan bahaya bila sesiapa ganggu mereka dan yang tersayang melebihi had. - Hazel

     "KAU!!" Serentak itu, tangan besar milik Idrees naik tinggi lalu dihayunkan tepat ke wajah Elzahra.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now