Kini sudah beberapa bulan berlalu, Aayaz masih lagi seperti biasa. Tidak mengingati sikitpun perihal Naila meskipun dia sudah berusaha bersungguh-sungguh tanpa henti. Macam-macam cara dah dia buat tapi tetap tidak berjaya.
"Murung je kau, Yaz." Tegur Asyraaf lembut sebaik sahaja punggungnya selamat dilabuhkan disisi sahabatnya itu. Daripada awal dia datang ke rumah sahabatnya itu lagi, sudah terlihat jelas kemurungan yang dihadapi jejaka itu.
"Lagi dua hari je nak masuk 5 bulan, Zeeq. Tapi aku still tak mampu nak ingat dia..." luah Aayaz sayu.
"Jangan terlalu memaksa, Yaz. Percayalah, semua usaha kau selamani akan terbalas dengan hasil yang kau tunggu tanpa henti. Jangan mengalah sekarang." Pujuk Asyraaf. Yakin kerana dia sendiri menjadi saksi akan bertapa tekad dan berusahanya sahabatnya itu untuk memulihkan ingatannya tentang Naila.
"Entahlah, Zeeq. Sumpah aku rasa penat sangat untuk teruskan walaupun hati aku berkobar-kobar untuk pulih balik. Aku rasa macam nak mengalah tapi dalam masa yang sama still nak teruskan usaha." Balas Aayaz lirih. Sebahagian rasa hendak mengalah, sebahagian lagi tidak.
"Jom ikut aku." Ajak Asyraaf tiba-tiba. Serentak itu juga, dirinya sudah bangun daripada duduknya. Sambil menunggu Aayaz untuk mengikut serta.
"Pergi mana?" Tanya Aayaz ingin tahu. Dengan segera dia terus bangun daripada duduknya. Berdiri tegak dihadapan Asyraaf.
"Pergi tempat yang mungkin boleh bantu kau untuk ingat semula. Aku tak tahu berjaya ke tidak tapi sekurang-kurangnya kita boleh cuba." Balas Asyraaf. Langkah terus diatur ke keretanya sambil diikuti oleh Aayaz yang masih blur.
"Sekolah menengah kita dulu?" Tanya Aayaz tidak percaya sebaik sahaja Asyraaf memakir keretanya tepat dihadapan sekolah mereka dahulu.
"Yup. Jom, kita masuk." Ajak Asyraaf selepas berjaya mendapat keizinan daripada pengawal keselamatan yang bertugas.
"Aku terfikirlah tadi macam mana kau boleh senang-senang je dapat keizinan daripada pak tam. Rupanya aku lupa yang kawan aku ni bekas ketua pengawas paling berpretasi dan disegani ramai." Terletus ketawa mereka bersama selepas mendengar seloroh Aayaz itu.
Leka berjalan sambil berkongsi kenangan lama mereka disekolah itu. Akhirnya mereka sampai juga ditempat yang dituju. Satu senyuman terus terukir dibibir Asyraaf dengan matanya yang tepat memandang ke hadapan.
"Pondok tepi padang?" Tanya Aayaz pelik. Dah kenapa Asyraaf bawa dia ke sini? Apa yang special dengan tempat ni terhadap dia?
"Jom." Ajak Asyraaf. Pertanyaan daripada Aayaz hanya dibiarkan berlalu. Langkah yang terhenti tadi diteruskan menuju ke pondok itu.
Sampai sahaja mereka dipondok itu,
"Duduk situ dan pandang sekeliling." Arah Asyraaf. Jari telunjuknya naik menunjuk tempat yang dinyatakannya.
Aayaz terus duduk seperti yang diarahkan tanpa membantah sedikitpun. Matanya mulai melilau memandang sekeliling sehingga ia terhenti pada satu tempat. Satu buku kecil yang terselit diantara bumbung itu menarik minatnya. Tangan kanan terus dipanjangkan dan sekelip mata, buku itu sudahpun selamat berada dalam pegangannya. Dia tetap membelek buku itu sehelai demi sehelai meskipun hentaman dikepalanya mulai bertambah dan semakin menjadi-jadi.
Asyraaf pula hanya diam dan membiarkan sahaja. Dia tahu sahabatnya itu sedang bertarung sakit tetapi dia tidak mahu menghalang. Kerana besar kemungkinan kali ini usaha mereka akan berjaya.
"Sakit, Zeeq...!" Ngadu Aayaz seiring dengan kedua belah tangan yang sudah naik mencengkam kuat kepalanya. Buku kecil tadi sudahpun terlepas daripada pegangannya.
"Ni buku kau, Yaz. Buku yang kau tulis tentang Aila. Tentang perasaan kau dekat dia, tentang bertapa indahnya dia dimata kau." Jelas Asyraaf meskipun dia sakit melihat keadaan sahabatnya saat ini. Tapi dia tetap kuatkan diri dan mengabaikan erangan jejaka itu.
"Tempat ni menjadi tempat setiap kali pertemuan kau dengan dia. Korang ulangkaji dekat sini, rehat dekat sini...Semua dekat sini, Yaz." Tambah Asyraaf lagi.
"ARGHHH SAKIT!!" Erang Aayaz nyaring akibat kesakitan yang semakin menjadi-jadi itu. Cengkaman dikepalanya semakin kuat. Sedikit demi sedikit memori tentang Aila berlegar-legar dikepalanya. Daripada samar-samar kini mulai berubah menjadi jelas dan sejelasnya.
Areez dan Arash yang baru datang hanya diam berdiri disisi Asyraaf seperti yang diarahkan.
"Kau yakin ke kalini kita akan berjaya, Zeeq?" Tanya Areez ingin tahu. Wajah kacak milik Asyraaf direnungnya tidak berkelip.
"Insha Allah jika dengan izin Allah SWT. Ni tempat terakhir dan yang paling banyak kenang diorang bersama. Mungkin dia tak ingat semua tapi sekurang-kurangnya sebahagian itu akan kembali berlegar. Yakin dengan dia dan usaha kita ni." Balas Asyraaf. Matanya tetap menumpu tepat pada Aayaz yang sedang bertarung sendirian melawan kesakitan yang dialaminya saat ini. Dan, ...
"YAZ!" Jerit mereka bertiga kuat. Langkah terus dibuka, meluru ke arah sahabat mereka yang kini sudah tidak sedarkan diri.
"Yaz?" Panggil Arash lembut selepas menyedari tanda-tanda Aayaz hendak berkunjung sedar.
"Aku kat mana ni?" Tanya Aayaz sebaik sahaja dia sedar daripada pengsannya. Mata memandang ketiga sahabatnya bersilih ganti dengan sekeliling mereka berempat.
"Masih dekat pondok tepi padang." Balas Asyraaf sekaligus memberikan jawapan akan pertanyaan itu.
"Mana buku kecil tu?" Tanya Aayaz sambil matanya melilau mencari kelibat buku kecil tadi.
"Nah. Ada dekat aku tadi." Huluran daripada Areez itu segera disambutnya. Matanya bergenang menahan sebak sambil memandang buku itu.
"How do you fell now, Yaz?" Tanya Asyraaf prihatin. Dia yakin ada perubahan terhadap sahabatnya itu.
"Zeeq..." panggil Aayaz sebak.
"I'm here, hero." Sahut Asyraaf lembut. Tanpa menunggu lama, Aayaz terus berlari mendakap erat tubuh tegap milik ketuanya itu.
"Aku dah ingat balik, Zeeq...Aku dah ingat semuanya! Thanks, Zeeq. Thanks, Deen and Ash. Thank you sangat-sangat sebab bawa aku ke sini. Aku tak tahu macam mana nak balas jasa korang bertiga. Dah banyak yang korang buat untuk aku..." luah Aayaz dengan pelbagai rasa. Sebak dan teruja dalam satu.
"Alhamdulillah." Ucap mereka bertiga penuh syukur. Akhirnya, Aayaz Zayyan yang lama dan sangat mereka rindui sudah kembali!
"Tak perlu balas apa-apa, cukup dengan pertahankan cinta kau. Usaha untuk dapatkan dia sehingga ikatan halal terjalin. Itu sudah terlebih cukup buat kami bertiga." Balas Asyraaf. Areez dan Arash mengangguk setuju dengan apa yang dikata oleh Asyraaf itu.
Mereka bertiga tidak mengharapkan sebarang balasan tetapi cukup dengan sahabat mereka itu mendapat kebahagiaan yang diinginkan. Itu sudah terlebih daripada kata cukup yang mereka inginkan.
"Zeeq..." seru Aayaz dengan penuh rasa terharu.
"Usaha lagi, Yaz. Aku kenal kau sangat. Seorang yang pantang menyerah dengan keinginannya selagi dia nampak peluang untuk berjaya." Pujuk Asyraaf dan dibalas dengan anggukkan daripada Aayaz.
Akhirnya, keempat-empat jejaka itu berpelukkan dengan penuh syukur dan bahagia.
Haz Asyzzq pernah berkata, "Segala usaha yang dilakukan dengan penuh tekad oleh seseorang itu akan kembali dengan keberhasilan yang diimpikan."
YOU ARE READING
Supt's: Mio Caro (Complete)
RandomCOMPLETE! - Tentang kisah setia salah seorang ahli Hell's Killer - "Lapor! Alpha sedia Tuan Zyan. Over " - Platun Alpha Aayaz Zayyan, seorang jejaka kacak yang merupakan salah seorang ahli tertinggi VAT69. Kesetiaannya terhadap gadis pujaan hati ada...