Bab 29

131 8 0
                                    

       "Dah sampai pun. Littlesweet duduk sini dulu ok? Along nak pergi tandas kejap." Arah Asyraaf selepas Naila selamat duduk ditempat yang telah disediakan.

      "Baik along." Balas Naila patuh.

      Tak lama selepas Asyraaf pergi,

     "Dear?" Seru seseorang yang sangat dia kenali. Aroma perfume milik jejaka itu sudah sebati dengan rongga hidungnya.

     "Ab... Abang Zayy?" Tanya Naila dengan nada bergetar.

     "Yes, dear. It's me." Balas Aayaz sekaligus mengiyakan pertanyaan itu.

     "Can I sit here?" Tanya Aayaz, meminta izin.

     "Err..." berbelah bagi Naila saat itu. Tidak tahu hendak mengizinkan atau tidak. Dan, ...

Tritt Tritt

     Telefon berbunyi menandakan ada pesanan yang masuk dalam telefon milik Naila. Terkapai-kapai saat dia hendak mengetahui siapa pengirimnya.

      "Let me help you, dear." Pelawa Aayaz membuatkan Naila terpaksa mengalah. Butang voicenote dalam aplikasi whatsapp ditekan.

     "Along balik dulu ya, littlesweet. Berbual elok-elok dengan hero. Dengar apa yang dia sampaikan. Buatlah keputusan yang tepat dan mengikut hati. Assalamualaikum." Amanat Asyraaf melalui voicenote itu. Mereka berdua membalas salam itu sebelum masing-masing kembali diam.

     Naila hanya diam tanpa berbicara. Rasa canggung menguasai diri. Lebih-lebih lagi apabila jejaka dihadapannya ini sudah mendapat kembali ingatannya.

      "Can we start?" Kepalanya dijatuhkan sekali sebagai jawapan kepada pertanyaan daripada Aayaz itu.

     "Awak ada nak tanya apa-apa tak dekat abang? Mana suara awak, hmm? Abang rindu..." tanya Aayaz sayu. Dia rindu sangat semua tentang pujaan hatinya itu.

     "Bila abang Zayy ingat balik semua?" Tanya Naila selepas diminta Aayaz. Soalan utama yang ingin dia ketahui jawapannya.

      "Semalam." Balas Aayaz sepatah.

      "But how?" Tanya Naila ingin tahu.

      "Along bawa abang pergi sekolah kita dulu. Abang yakin awak masih ingat lagi dengan pondok dekat padang yang kita selalu luangkan masa dulu, kan?" Jelas Aayaz sekaligus mengimbas kenangan mereka disitu. Naila hanya mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan itu.

      "Abang dapat balik ingatan ni lepas tengok semua helaian dalam buku kecil yang dulu abang selik dekat situ. Segala tentang awak, abang tulis dekat situ satu-persatu tanpa tinggal sedikitpun. Kerana buku tulah abang dapat ingat awak balik. I miss you so much, dear. Maafkan abang sebab lambat..." tambah Aayaz, sebak. Air mata sudah mengalir membasahi pipi kedua mereka. Kalah dengan perasaan rindu dan terharu yang dirasai saat ini.



     "Perasaan abang masih sama, dear. Dia tak berubah sikitpun. Abang cintakan awak sangat-sangat dan tak mampu dah nak buang nama awak daripada hati ni. Abang tahu awak masih trauma dengan apa yang Idrees buat selamani tapi awak kena ingat yang ramai ada dibelakang awak. Termasuk abang yang akan pertama sekali mempertahankan awak kalau ada yang menyakiti awak. Abang tak perlukan kesempurnaan tapi cukup dengan janji dan kepercayaan awak untuk menyempurnakan segalanya bersama. Izinkan abang genggam tangan awak dan melangkah bersama mengharungi segala halangan yang ada. Demi Allah SWT, abang berjanji yang abang takkan tinggalkan awak, takkan sakiti awak dan akan setia bersama walau apapun yang terjadi kelak." Luah Aayaz penuh ikhlas dan berharap selepas lama melayan perasaan sedih tadi. Matanya merenung tepat ke arah wajah cantik milik gadis pujaan.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now