Bab 30

151 11 0
                                    

       "Abang Zayy taknak tengok dulu ke isi kotak cincin tu?" Tanya Naila bersahaja. Berkerut kening Aayaz saat mendengar pertanyaan itu.

      "Kenapa?" Tanya Aayaz. Masih tidak faham dengan pertanyaan itu.

      "Tak tahu." Balas Naila bersama ketawa kecilnya. Sesekali dia menyedut air mocha latte kegemarannya itu.

     Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak, dengan segera kotak itu diambil dan dibuka.Terkedu dia saat melihat kotak itu. Kosong tanpa cincin didalam!

     "Dear..." seru Aayaz lirih dan tidak percaya.

     "Yes, my hero?" Sahut Naila. Senyuman manis diukir khas buat jejaka itu.

     "Aw...Awak terima abang?" Tanya Aayaz bagaikan tidak percaya.

     Tidak menjawab tetapi belakang telapak tangannya sudah naik bagi menunjukkan dimana kedudukan cincin itu berada sekarang ini.

     "Rasanya dah cukup kot sebagai jawapan atas pertanyaan abang Zayy tu." Ujar Naila lembut. Tersenyum Aayaz saat mendengar apa yang dikatakan Naila saat itu.

     "Terlebih daripada kata cukup, dear...Sumpah abang rasa bahagia sangat sampai tak terkata malamni. Thank you sangat-sangat, dear, sebab sudi bagi abang peluang untuk melangkah sambil memimpin tangan awak bagi mengharungi segala halangan kedepan nanti. Memang kita tidak tahu bagaimana kedepannya tapi dengan nama Allah, abang bersumpah yang abang akan sentiasa lindungi dan bahagiakan awak sampai maut memisahkan kita." Ucap Aayaz penuh syukur. Sedari tadi dia sudah pun kembali duduk ditempatnya. Tidak jadi untuk ke tandas.

     "Aila pegang dengan semua janji abang Zayy. Make sure eh, abang Zayy tunaikan semua kalau tak nak Aila pergi." Tegas Naila bersama ugutannya.

     "Abang janji, dear. Dan andai kata suatu saat nanti, abang ada mungkiri janji. Abang nak awak buat apa sahaja yang awak nak termasuklah dengan cara membunuh abang. Abang rela, dear." Janji Aayaz penuh tekad.

      "Abang Zayy! Kenapa janji macamtu?! Aila tak sukalah!" Bentak Naila. Dia benci sangat dengan apa yang baru dijanjikan Aayaz tadi. Dan dia tidak sekejam itu untuk membalas perilaku orang yang dia sayang.

      "Andai kata, dear...bukannya abang nak buat betul pun." Perbetul Aayaz. Itu cuma andaian dan bukannya dia nak buat betul-betul pun. Tak sanggup!

      "No! Dia still tak sedap didengar dan Aila betul-betul tak suka!" Marah Naila. Macam mana dia tak angin kalau macamni. Tak kahwin lagi dah suka cakap benda bukan-bukan.

     "Ok. Ok. I'm so sorry, alright?" Pujuk Aayaz akibat salah bicaranya tadi.

     "Your request was accepted but banned for the next time. Got it?" Terima Naila akan permintaan maaf daripada Aayaz itu. Terletus ketawa kecil daripada mereka berdua selepas itu.

     "Come hai chiesto, cara principessa. (As you asked, dear princess.)" Patuh Aayaz, mengikut perintah cinta hatinya. Terasa panjang sahaja waktu berlalu malam ini.

     Akhirnya dua cinta kini sudah bersatu dengan bersaksikan kepekatan dan kenyamanan suasana malam. Segala usaha dan doa yang tidak henti dihadapkan kini sudah mengembalikan hasilnya. Hasil yang diimpikan dan ditunggu-tunggu selama ini.

      "Thanks, abang Zayy sebab masih setia mencintai Aila walaupun dah banyak kali dikecewakan. Maaf juga sebab Aila dah malukan abang Zayy masa dinner keluarga haritu. Aila takut dan tak percaya masatu, tu yang jadi macamtu. Aila tak sengaja..." ucap Naila lirih. Mulalah matanya bergenang menahan tangisan apabila rasa bersalah menguasai diri. Segala layanan buruknya selama ini terhadap jejaka itu kembali berlegar difikirannya.

Supt's: Mio Caro (Complete)Where stories live. Discover now