Bab 23

47 10 0
                                    


Caden memandang wajah Ken yang cukup serius. Dia tidak memberikan laluan kepada Ken disebabkan dia risau akan ada pergaduhan antara pelajar senior dan junior. Namun, tidak dengan Ken. Dia mula hilang sabar. Laju sahaja tangannya menghayunkan buku limanya ke wajah Caden.

Buk!

Terdiam semua orang ketika itu. Ketua pengawas ditumbuk dihadapan khalayak ramai. Caden memegang rahangnya yang sakit akibat tumbukan tadi. Dia berasa sangat marah sekarang. Dia menghayunkan juga penumbuk pada muka Ken. Masing-masing mula bergaduh di situ.

Pergaduhan itu menjadi semakin besar apabila pengawas tingkatan 5 mula menyerang pengawas tingkatan 4. Kecoh keadaan di kawasan koridor. Ken memberikan isyarat untuk Ayyan pergi mencari Zafril sementara masing- masing masih lagi sibuk bergaduh.

' Macam mana nak cari ni?' Detik hatinya. Dia mula memikirkan sesuatu.

' Kalau aku nak pukul orang, aku akan bawa dia ke mana?' Matanya meliar ke arah stor sukan. Sekarang bukan musim sukan, jadi kawasan itu sunyi. Dia bergerak ke arah stor sukan itu. Ayyan menangkap bunyi orang sedang bertumbuk di dalam stor itu.

Dia cuba untuk membuka pintu stor sukan namun gagal. Ayyan menendang pintu itu sekuat hatinya. Dia berhenti menendang apabila bahunya ditepuk oleh seseorang. Aryan.

"Kenapa kau ada kat sini?"

"Bang, tolong aku bukak pintu ni."

"Ha kenapa?" Aryan pelik dengan sikap Ayyan. Tadi dia dengar ada orang bergaduh di kawasan koridor. Baru sahaja nak pergi ke sana untuk melihat ,dia ternampak pula adiknya. Dari tadi sibuk nak buka pintu stor sukan sampai ditendang-tendang pintu itu.

" Zafril ada dekat dalam. Cepat!!" Terpaksa dia menolong. Mereka berdua menendang pintu itu bersamaan. Pada kali ketiga mereka menendang,pintu itu terbuka. Kelihatan seseorang sedang memukul dua orang pelajar yang cuba menyerangnya.

"Zaf!!" Didekati rakannya itu. Matanya menangkap tiga orang senior yang telah tumbang. Aryan ternganga melihat situasi sekarang. Dia mengikuti adiknya untuk masuk ke dalam.

Ayyan sempat membaling sebuah bola keranjang ke arah seseorang yang cuba untuk menikam Zafril menggunakan pisau lipat dari belakangnya. Zafril menoleh ke belakangnya dan merampas pisau tersebut sebelum dilontarkan jauh dari mereka.

"Darwin!! Apa kau buat ni!" Memetir suara Aryan ketika itu. Gila! Hampir sahaja Zafril ditikam oleh Darwin tadi. Aryan menarik kolar Darwin untuk bangun dan melayangkan satu tumbukan. Mukanya sudah cukup penuh dengan lebam hasil tumbukan daripada Zafril. Ayyan membantu Zafril untuk melawan dua orang senior tadi disebabkan Zafril telah lelah.

"Hah!" Enam orang telah tumbang di atas lantai. Bersepah barang-barang di bilik itu. Zafril mendekati Darwin yang sedang ditahan oleh Aryan.

"Kau kalah, so remember the deal." Zafril membetulkan tali lehernya. Darwin mengetap bibirnya. Tak sangka budak di hadapannya ini bukan calang-calang. Aryan mencampakkan Darwin ke bawah. Mereka bertiga keluar dari stor sukan itu.

****

Terdiam masing-masing saat melihat dua orang cukup dikenali sedang ditahan oleh dua orang guru. Muka tak perlu nak cakap. Dah macam gangster.
Ken dipegang oleh seorang guru lelaki yang mengajar subjek pendidikan jasmani manakala Caden dipegang oleh seorang guru kaunseling.

Zafril menyorok di belakang Aryan dan Ayyan supaya tidak kelihatan wajahnya yang lebam. Ayyan meminta abangnya untuk membawa Zafril ke tempat lain untuk merawatnya. Ken yang memandang ke arah mereka berasa lega ketika dia melihat Zafril dibawa pergi oleh Aryan.

Dia melepaskan diri dengan kasar daripada pegangan gurunya dan berlalu pergi. Begitu juga dengan Caden. Pengawas yang lain juga turut beredar. Dia tahu sekejap lagi pasti namanya akan dipanggil.

Tangan Aryan memulas tombol pintu. Adelia dan Cassandra yang berada di dalam berhenti berbual apabila melihat dua figura masuk ke dalam. Seorang penuh dengan lebam, seorang lagi alhamdulillah, sihat walafiat.

"Kenapa ni?" tanya Cassandra.

"Kau tak dengar ke tadi Ken dengan Caden gaduh?" tanya Aryan. Adelia mengangkat kepalanya. Dia menggamit Zafril untuk duduk di sofa dan menyuruh Aryan mengambil peti kecemasan di bahagian atas rak.

"Teruk sangat ke?" tanya Cassandra lagi.

"Bolehlah. Masing-masing lebam aku sempat tengok tadi." Tangannya menyerah peti kecemasan tadi kepada Adelia. Dia memulakan rawatan dari muka hingga di bahagian atas badan Zafril.

"Siap."

"Terima kasih." Tiba-tiba seorang guru masuk ke dalam bilik penyiaran tersebut. Terhenti semua perbuatan mereka.

"Adelia, tolong panggilkan Caden dan Ken ke bilik disiplin. Cikgu Zaki nak jumpa." Dia memandang pelik ke arah Zafril yang ada di situ. Namun, guru tersebut tidak berkata apa-apa dan berlalu keluar.

Adelia mendekati mikrofon dan menekan butang 'on'.

"Kepada pengawas yang bernama Ken Arsher dan Muhammad Caden Arash, sila datang ke bilik disiplin sekarang. Ulang suara, "Kepada pengawas yang bernama Ken Rafique dan Muhammad Caden Arash, sila datang ke bilik disiplin sekarang. Cikgu Zaki hendak berjumpa." Selepas itu,butang 'off' ditekan untuk menutup mikrofon itu.

"Kau nak duduk sini ke? Tak ada kelas?" tanya Adelia. Zafril segera bangkit dan keluar dari bilik penyiaran. Aryan dan Cassandra masih lagi rancak berbual. Dia hanya menatap pemergian Zafril.

"Kau halau dia?" Aryan mengangkat keningnya.

"Habis kau nak aku buat apa? Hidang kopi?" Dia kembali duduk di atas kerusi dan menyambung pekerjaannya.

"Aryan, siapa yang pukul dia tadi ?" Cassandra masih lagi berterusan bertanya kepada Aryan.

"Oh tu erm.. Darwin." Prak! Patah pensel yang digunakan oleh Adelia. Aryan menelan air liur mendengar bunyi pensel yang patah tadi. Dia pasti Adelia sedang marah namun dia tertanya-tanya kenapa?

Excited nak habiskan cerita ni!!

HIDDEN CARD 1 : THE UNTOLD TRUTH [COMPLETE] Where stories live. Discover now