"Hmmm Zafril ... Zarif HAHAHAHHA!!" Di memegang gambar yang menunjukkan dua orang lelaki tersebut. Sebuah senyuman terbit dibibirnya. Senyuman psiko. Tiba-tiba, gambar itu direnyuk dan dilemparkan ke dalam unggun api dihadapannya. Pemilik mata misteri tersebut menatap gambar yang sedang terbakar itu dengan penuh kebencian."Kita tengok apa yang kau boleh buat. Sama ada aku atau kau yang menang dalam permainan ini."
Dia tertanya-tanya jika Zafril sama seperti abangnya. Cepat menangkap maksud tersirat berdasarkan benda yang diberikan. Semasa arwah masih hidup, dia melakukan perkara yang sama. Kalaulah arwah Zarif tidak melakukan perkara yang melampau itu, pasti dia masih hidup sekarang.
"HAHAHHAHAHA!" Tiba-tiba sahaja dia ketawa tanpa sebab. Kematian Zarif merupakan salah satu kepuasan bagi dirinya. Namun, dia belum begitu puas selagi Hidden Card masih ada. Sampai sekarang, dia masih belum tahu identiti di sebalik ketua-ketua organisasi tersebut. Padanya, mereka semua bersalah. Dia pasti Zafril akan menjadi kunci untuk dia menemukan mereka semua.
"You will be useful to me,Zafril. Lambat atau cepat. Kau akan bantu aku untuk cari diorang semua. Lepas tu,kau kena rasa juga macam mana jadi 'dia'."
Dendam yang ditanam dalam jiwa selama ini akan dapat dilunaskan tidak lama lagi. Hidden Card! Disebabkan arwah Zarif enggan memberitahu siapa ketua yang lain, dia bertindak gila membunuh lelaki tersebut. Zarif mempunyai kaitan dengan Hidden Card. Tiada sesiapa mengetahui bahawa Zarif merupakan Ace yang tersembunyi disebalik organisasi tersebut kecuali ahli Hidden Card sahaja.
Dia dapat membunuh Ace tapi dia yakin ketika pembunuhan itu berlaku, ada orang lain yang melihat perbuatannnya. Dia sangat kesal tentang hal itu disebabkan kesilapannya yang terburu-buru menghilangkan bukti. Orang tersebut pasti akan dia buru sebelum sempat membuka mulut kepada orang lain.
***
"Queen,aku sebenarnya nak tanya kau ni." Joker menarik nafasnya sebelum menuturkan kata-kata.
"Apa jadi dengan korang masa sebelum Ace meninggal? I mean,bboth of you were fighting at that time. For what and why?" Pertanyaan itu sedikit sebanyak membuatkan Queen tersentak. Dia tidak menjawab persoalan tersebut dan hanya mendiamkan diri. Joker mengeluh. Dia pasti ada perkara yang disembunyikan oleh Queen dan arwah Ace dahulu.
King baru sahaja sampai melihat dua orang di hadapannya ini diam membisu sahaja. Seperti ada perbualan yang dia tidak sempat dengar tadi.
"King..." Panggil seorang ahlinya.
"We already found him." Ketiga-tiga mereka menoleh ke arah ahli tersebut yang sedang meletakkan sekeping sampul. Tanpa menunggu lama, King membuka sampul tersebut dan menunjukkan maklumat itu kepada mereka. Identiti saksi tempat kejadian.
"Kau pasti?" Dia mengangguk kepalanya dan berundur untuk keluar dari bilik itu.
"Tak sangka betul. Patutlah dia semacam je. Aku ingat dia ada penyakit tak betul. Mungkin trauma?" Joker melihat-lihat maklumat tersebut. Queen menelefon seseorang untuk melaksanakan tugasan yang penting.
"Make sure to keep him alive." Panggilan dimatikan.
Masing-masing merancang untuk bertindak lebih cepat kerana mereka pasti pembunuh itu mencari juga saksi yang selama ini tidak pernah diketahui.
***
Musim peperiksaan telah menjelang tiba. Semua pelajar memerah otak untuk menjawab soalan yang susah bagai nak mendaki gunung. Belajar itu ibarat berjalan ke atas gunung sambil membawa beban. ÓKemudian, dicampakkan beban itu ke bawah apabila telah sampai ke puncak.
Sampai sahaja waktu rehat, ramai pelajar memilih untuk berada di perpustakaan sama seperti Zafril, Ayyan dan Ken. Mereka memikirkan di mana patut mereka duduk dalam kalangan ramai pelajar yang sedang mengulang kaji itu.
Ayyan melihat ke suatu arah dan menarik kedua rakannya ke suatu meja yang diduduki oleh empat orang pelajar tingkatan 5. Adelia dan rakannya yang sedang khusyuk menelah nota mereka terganggu dek suara Ayyan yang menyapa.
"Hai, Adel!" Tanpa segan silu dia duduk disebelah rakan Adelia. Zafril dan Ken berpandangan sebelum melabuhkan punggung mereka juga untuk duduk.
Saat Ayyan menoleh ke sebelah, senyumannya mati digantikan dengan orang disebelahnya yang tersenyum melihat dia.
"Asal kau dekat sini?"
"Kau yang datang tiba-tiba duduk sebelah aku. Lepas tu nak marah aku. Dasar anak pungut." Ayyan menjelingnya dan membuka buku dengan kasar.
Zafril yang berada disebelah Adelia memandang nota yang ditulis olehnya. Agak ringkas dan padat. Ken membuka mulut saat dia merasakan kesunyian yang melampau melanda meja mereka.
"Ayyan, kau kenal ke senior sebelah kau ni?"
" Dia, kenal je.Kita duduk serumah, pernah duduk sebilik dan sekatil." Pintas Aryan saat Ayyan ingin menjawab.
"Abang kau?"
" Ya." Dengan menyampahnya dia mengakui makhluk disebelahnya ini adalah abangnya. Zafril mengamati wajah mereka berdua. Ada iras-iras sedikit. Saat itu,suasana kembali senyap disebabkan mereka begitu sibuk untuk menghafal segala nota sebelum dimuntahkan ke atas kertas soalan nanti.
***
Kringgg!!!!
Lemah langkahnya saat berjalan. Tangan pun sudah terasa letih. Balik nak ulangkaji lagi. Sungguh memenatkan!Ayyan harap dia hilang dari muka bumi sekarang juga. Jadi seorang pelajar sudah seperti seorang askar. Bezanya,mereka berperang di institusi pendidikan, askar pula berperang di medan perang. Ayyan dan Ken telah pulang dengan disambut oleh pemandu peribadi keluarga mereka.
Saat Zafril berjalan menuju ke motosikal miliknya, dia melihat tayar motosikalnya telah pancit. Nampak macam dicucuk dengan benda tajam. Dia melihat sekitarnya dan ternampak Warren bersama rakan-rakannya sedang menggelakkan dirinya.
'Sabar Zaf...' Zafril cuba menenangkan diri. Takut stres nanti dia tak boleh fokus. Dia menarik dan menghembuskan nafas berkali-kali. Macam tak ada oksigen pula sekarang ni.
"Kau tak cukup oksigen ke?" Tegur seseorang. Adelia yang sedang memakai topi keledar memandang ke arah Zafril.
"Eh tak ada lah.Ni ha..tayar aku pancit."
" Sabotaj?" Teka Adelia. Bukan dia tak nampak kelakuan Warren tadi. Zafril menganggukkan kepala membenarkan tekaan yang dibuat oleh Adelia. Adelia memulakan enjin motosikal dan menepuk bahagian tempat duduk belakangnya.
"Naik, aku hantar kau balik." Terkejut Zafril mendengar pelawaan tersebut. Dia ingin menolak pada mulanya tapi sekarang sudah lewat . Jam ditangannya dilihat. 4.15 petang. Motosikalnya dibiarkan sahaja disekolah. Dia naik ke atas motosikal dan memegang beg yang disandang oleh Adelia. Deruman motosikal itu yang semakin perlahan itu menunjukkan mereka telah semakin jauh daripada perkarangan sekolah.
Hal tersebut disaksikan oleh beberapa orang pelajar termasuklah Evelyne dan rakannya. Mereka macam tidak percaya sahaja apa yang baru dilihat mereka. Belum pernah mereka lihat Adelia membenarkan sesiapa untuk menunggang motosikal bersamanya selama ini.
'For stranger zone to friend zone.'
YOU ARE READING
HIDDEN CARD 1 : THE UNTOLD TRUTH [COMPLETE]
Gizem / GerilimCover by: yyouraphrodite HIDDEN 1 SERIES: HIDDEN CARD: THE UNTOLD TRUTH "The truth that never been told...." Gaviel High-school Sekolah yang cukup terkenal dengan reputasinya dan anak-anak yang dihantar belajar di sini bukan calang-calang orang. S...