Bab 30

70 9 0
                                    


"Apa maksud gambar ni?" soal Ayyan kepada Aryan. Balik sahaja dia dari kafe, dia terus menanyakan perihal gambar tersebut kepada abangnya.

"Mana kau dapat?"

"Kau kenal arwah senior Zarif?" Soalan dibalas soalan. Aryan mengeluh. Dia melangkah ke biliknya dan membiarkan pintu terbuka. Ayyan yang baru pertama kali masuk ke dalam bilik abangnya terpegun. Ada gambar yang sama seperti yang di tangannya. Dia mengambil tempat di bahagian hujung katil abangnya.

"Jadi apa yang kau nak tahu?"

"Semuanya. Pasal arwah Zarif, Hidden Card dan...apa yang jadi dekat arwah Athelia." Mengeras tubuh Aryan mendengar nama tersebut. Ayyan memandang pelik ke arah abangnya yang seakan terdiam mendengar nama Athelia.

"Pasal Zarif tu aku rasa kau dah tahu. Hidden Card? Mana boleh sesenang tu sahaja aku bagitahu. Kau kena cari tahu sendiri." Ayyan mengeluh. Berilah tahu dia!

"Athelia?" Aryan menghela nafasnya.

"This story is not really good. Arwah Athelia, dia adik perempuan kepada Adel. Masa tu, ramai tak tahu yang dia adik Adel, jadi ramai orang jadikan dia target buli. Arwah Keith selalu ada di sisi Athelia, jadi tak ada sesiapa pun berani sentuh dia. Sampai suatu hari, Keith terlibat dengan pergaduhan secara besar-besaran dekat sekolah. Kau ingat tak tragedi berdarah dulu?"

Ayyan mengiyakan pertanyaan abangnya.

"Dia koma disebabkan sebab ada orang pukul belakang kepala dengan kayu besbol masa dia cuba untuk hentikan pergaduhan. Benda tu dah jadi kes tapi pengetua sekolah tutup mata sahaja. Alasan? Nak jaga reputasi sekolah konon. And for sure, ibu bapa pelajar yang pukul Keith bagi 'hadiah' dekat orang tua tak guna tu."

"Zarif gunakan semua pengaruh yang dia ada tapi tak mampu untuk tegakkan keadilan untuk arwah Keith. Teman wanita dia pun sama. Masing-masing dah cuba yang terbaik tapi sayangnya Keith meninggal dunia lepas 2 bulan dia koma. Athelia kena buli dan Adel tak tahu langsung tentang perkara tu. Dia sibuk nak uruskan kes arwah Keith sampai tak sedar adik dia sendiri perlukan dia." kata-kata Aryan terhenti. Ayyan memandang abangnya yang mendiamkan diri. Kelihatan jelas reaksi wajahnya yang seakan-akan menanggung rasa bersalah yang berat di jiwa.

"Dahlah Yan. Kau keluar dari bilik aku. Aku nak rehat." Aryan menghalau adiknya keluar. Ayyan tidak membantah arahan abangnya. Dia juga tidak tahu hendak memberi respon apa.

"Kau dengarkan Zaf." Telefon yang disembunyikan disebalik baju hoodie dikeluarkan. Ya, dia menelefon Zafril terlebih dahulu sebelum menanyakan hal tersebut kepada Ayyan.

"Ya."

"Jadi apa kau nak buat lepas ni?

*****

Keriuhan kelab malam itu tidak asing bagi pengunjung yang selalu hadir ke sana. Tetapi suasana itu sangat asing bagi mereka bertiga. Mesti pelik bukan kenapa mereka bertiga berada di sini?

"Ken, mana sepupu kau tu?"

"Sekejap." Mata meliar melihat keadaan sekeliling. Dia melihat seorang lelaki yang sedang bersama-sama dengan beberapa orang wanita. Dia menggamit Zafril dan Ayyan untuk pergi ke suatu sudut.

"Roy." Tegur Ken. Roy memandang sepupunya yang datang secara tiba-tiba itu. Dia menyuruh wanita-wanita yang berada di sampingnya untuk beredar.

"Eh, Ken! Lama tak jumpa!" Sapa Roy. Dia menjemput mereka semua untuk duduk di bangku berdekatan. Zafril memandang keadaan kelab malam yang saat jahil itu. Pelbagai ragam manusia di dalamnya. Yang pasti, mereka semua menunjukkan tingkah laku yang jahiliyah.

"Kenapa datang jumpa aku ni? Dekat kelab pula tu."

"Zarif." Senyuman di bibir mulai menghilang. Mukanya menjadi serius ketika itu.

"Password?" tanya Roy. Zafril, Ken dan Ayyan bingung mendengar pertanyaan Roy? Password? Password apa?

"Kau bukan nak ambil 'benda' tu ke?" Roy mengerutkan dahi melihat tiga orang manusia di hadapannya hanya mendiamkan diri. Rasa betullah arwah pernah beritahu kalau ada yang datang berjumpa dengannya, berikan 'benda' tu. Masalahnya, kenapa mereka kelihatan sedikit kebingungan?

Tiba-tiba, kedengaran bunyi botol kaca pecah. Keadaan menjadi lebih riuh apabila ada yang bergaduh di situ. Sorakan dari pengunjung kelab malam itu membingitkan lagi telinga Zafril. Matanya tertancap pada seseorang yang sedang bertumbuk. Tanpa disedari, orang itu turut memandang ke arahnya.

Mata helang itu memanah mata biru lautnya. Ken yang mengenali orang tersebut menggesa mereka untuk keluar dari situ. Persetankan mereka dapat atau tidak barang yang disimpan oleh Zarif.

" Weyh, jom blah!! Cepat!!" Zafril dan Ayyan segera mengikuti langkah Ken untuk keluar dari situ. Suara seseorang yang menegur mereka membuatkan langkah pergerakan mereka terhenti.

"Arsher!" Panggilnya dengan kuat. Semua mata tertumpu pada ketiga-tiga orang manusia itu.

'Mampus!' kata Ken dalam hati. Orang itu mempamerkan senyum sinis kepadanya.

HIDDEN CARD 1 : THE UNTOLD TRUTH [COMPLETE] Where stories live. Discover now