Zafril yang sibuk menyiapkan latihan di mejanya dikejutkan dengan kehadiran Ken pada pagi itu. Tegang. Mereka hanya membisu sehingga Ken membuka bicara dahulu."Ikut aku sekejap." Zafril memandang kosong ke arah Ken yang telah sampai ke pintu kelas. Ken berpaling saat dia merasakan Zafril tidak mengikutinya langsung.
"Ikut aku kalau kau nak tahu tentang Zarif." Lambat-lambat Zafril berdiri dan mengekori Ken ke Dewan Utama sekolah. Mereka berdua masuk ke dalam dewan tersebut. Setelah itu, Ken mengunci pintu untuk mengelakkan perbualan mereka didengari oleh sesiapa.
Dia menggamit Zafril untuk mendekatinya. Mereka berdua berada di hadapan sebuah gambar lama. Sangka Zafril, itu hanyalah sebuah gambar lama. Namun, sangkaannya meleset apabila Ken membuka bingkai gambar tersebut. Pintu rahsia!
Ken memasukkan jarinya untuk mengesahkan identiti sebelum pintu itu terbuka. Kelihatan seperti sebuah lorong rahsia.
"Jom." Ken dan Zafril masuk ke dalam lorong itu. Zafril memandang ke belakang apabila mendengar bunyi bahawa pintu itu telah tertutup dengan sendiri. Ken menyalakan lilin yang ada tersimpan di dalam poketnya untuk menerangi jalan mereka. Kebisuan menyapa mereka ketika mereka berjalan sepanjang lorong tersebut. Hanya bunyi tapak kaki sahaja yang kedengaran.
Setelah beberapa ketika, Zafril terkejut melihat sebuah bilik rahsia di situ. Ken duduk di sebuah kerusi yang ada di situ manakala Zafril berlegar-legar di ruangan tersebut. Mata tertancap pada papan kenyataan di situ. 'HIDDEN CARD.'
Saat dia melihat gambar Zarif terletak pada kedudukan tertinggi organisasi Hidden Card iaitu Ace, dia terkedu. Selama ini, kes-kes yang dibaca di dalam diari abangnya merupakan bukti bahawa Hidden Card lah disebalik kejadian malang yang menimpa pelaku yang bersalah.
"Kenapa?" Zafril memandang ke arah Ken yang ralit melihat kad poker di hadapannya.
"Bukan kau dah tahu sebabnya?"
"Apa hak korang nak hukum orang lain? Dengan cara yang kotor macam tu?"
"Habis kau fikir sekolah ni bagi hukuman setimpal ke apa yang diorang dah buat?" Ken memandang tepat ke arah Zafril.
"Kau tak rasa bersalah?" Tanya Zafril.
"Untuk apa Zaf? Apa perasaan kau bila adik beradik kau atau kawan kena buli dekat sekolah? Lepas tu, pihak sekolah lepas tangan macam tu sahaja. Kau rasa kau boleh terima? Kalau kau boleh, maaf. Arwah abang kau tak boleh. Kenapa perlu rasa bersalah sedangkan pesalah sendiri tak rasa bersalah pun atas kesalahan yang diorang buat."
"Mesti ada orang yang hasut abang aku untuk buat semua tu." Nafi Zafril. Tak! Abangnya bukan seperti itu.
"Kau tak boleh lari dari kenyataan kalau arwah Zarif sendiri yang tubuhkan Hidden Card. Dia nak lindungi ramai pelajar yang tak berdosa daripada jadi mangsa orang-orang yang tak layak langsung hidup atas muka bumi ni. Salah ke apa yang dia buat Zaf? Orang-orang dari keluarga berpengaruh sendiri yang main kotor, jadi kenapa kita kena main dengan adil? We create our own rule to helping those weak people to stay safe in this school. You think it's cruel but for us it's worth it and fair."
****
"Tak guna!" makinya sendirian di belakang bangunan. Baru sahaja dia mendengar bahawa ramai pelajar telah berpindah ke sekolah lain. Yang paling teruk sekali adalah semua pelajar itu adalah ahli Hidden Card. Baru sahaja dia ingin melancarkan misinya, dah ada penghalang. Sekarang senarai di tangannya tidak berguna langsung!
Tangannya mendail nombor telefon seseorang. Sebaik sahaja panggilan diangkat, dia terus memarahi orang yang ditelefon.
"Kau tak cakap langsung kalau ada pelajar yang pindah!!" Marahnya kepada orang di talian.
"Itu bukan tugas aku. Aku hanya bagi kau akses untuk uruskan Hidden Card. Tapi itu pun kau tak mampu nak buat." kata orang tersebut dengan sinis. Dia mengetap bibirnya menahan perasaan. Kalau tak disebabkan bantuan orang itu, dia tidak akan tunduk langsung!
"Next plan?"
"Try to figure it out what happened to Zafril now. I bet he already know about Hidden Card." arahnya. Panggilan ditamatkan.
Puntung rokok diambil dan dibakar. Dia merokok di kawasan yang tersembunyi jadi tiada sesiapa yang akan perasan. Dia mengambil sebuah gambar yang tersimpan di dalam kocek seluarnya.
"I miss you." katanya perlahan sambil menatap sayu wajah yang tampak ceria di dalam gambar itu.
"Ini semua salah diorang! Kalau tak mesti kau hidup lagi kan...." Diusap-usap wajah pada gambar tersebut.
"Aku akan pastikan diorang dapat balasan yang setimpal dengan apa yang diorang dah buat!" Disimpan gambar itu didalam kocek seluarnya semula.
Sorry hari ni sikit je ;)
YOU ARE READING
HIDDEN CARD 1 : THE UNTOLD TRUTH [COMPLETE]
Mistero / ThrillerCover by: yyouraphrodite HIDDEN 1 SERIES: HIDDEN CARD: THE UNTOLD TRUTH "The truth that never been told...." Gaviel High-school Sekolah yang cukup terkenal dengan reputasinya dan anak-anak yang dihantar belajar di sini bukan calang-calang orang. S...