Kaki melangkah ke dalam kafe yang terdapat berdekatan dengan apartmentnya. Dia melihat dua figura yang sedang menanti kehadirannya.
Zafril berjalan menuju ke arah Ayyan dan Ken dengan perasaan yang bercampur baur. Takut, risau, malu semua ada. Dia melabuhkan punggung di hadapan dua orang rakannya ."Kenapa kau ajak jumpa ni?" Ayyan mengangkat keningnya.
"Aku nak bagitahu semua benda yang aku rahsiakan selama ni." Dia menarik nafas berkali-kali. Ayyan dan Ken menanti yang bakal diberitahu oleh Zafril.
"Sebenarnya , arwah Zarif tu abang aku. Kitorang berpisah masa kecil lepas ibubapa kitorang bercerai.Aku tinggal dengan ibu, dia tinggal dengan baba.Tapi tak pernah sekalipun dia lupakan aku. Setiap minggu kalau ada masa mesti dia ajak jumpa." Zafril mencari kekuatan untuk menyambung ceritanya.
"4 hari sebelum dia meninggal dunia , dia pernah cakap dengan aku kalau apa-apa jadi dekat dia, teruskan kehidupan aku macam biasa. Masa tu muka dia betul-betul nampak risau. Aku fikir dia bergurau je, tapi lepas 4 hari itu aku dapat tahu dia meninggal dunia sebab bunuh diri. Aku tak percaya langsung tentang hal tu. Aku tahu abang aku macam mana, mustahil dia nak buat benda macam tu."
"Jadi, kau datang sini sebab nak siasat punca sebenar abang kau mati?" tanya Ayyan.
"Ya. Aku dah dapat tahu dia bukan mati bunuh diri daripada arwah pelajar tingkatan 3 tu. Dia sempat beritahu aku tentang perkara tu."
"Dia jumpa kau sebab nak beritahu hal tu je?" Ken mengutarakan pertanyaan.
"Tak jugak, aku syak dia tahu siapa yang bunuh arwah abang aku. Sebab tu, dia kena bunuh." Setelah dia selesai bercerita, Ayyan masih lagi mendiamkan diri. Ken menepuk bahu Ayyan sambil membuat isyarat untuk menanyakan pendapat.
"Kau nak kitorang tolong tak?"Akhirnya, Ayyan membuka mulutnya setelah 10 minit membisu. Dia rasa dia perlu menolong Zafril. Jujur, dulu dia pun pelik dengan kes bunuh diri yang terjadi itu. Bertambah pelik lagi, apabila kes itu ditutup selepas 2 minggu disiasat. Tempoh masa yang agak singkat untuk sesuatu kes ditutup.
Zafril yang mendengar pertanyaan Ayyan menghembuskan nafas lega. Dia tersenyum sambil mengangguk. Mereka bertiga senyum sambil memandang antara satu sama lain. Zafril menunjukkan kod yang diberikan arwah abangnya sebelum ini.
"Ni, cuba korang tengok semua kod ni. Kau boleh selesaikan tak?" Ken dan Ayyan melihat semua kod itu dengan teliti.
'MzR?' detik hati Ken. Dia pernah melihat kod itu sebelum ini. Dia cuba mengingati di mana dia melihat kod tersebut manakala Ayyan masih lagi tercengang melihat kod yang pelik itu.
"Apa benda pula ni?" Susah betul kod ni! Pelbagai cara dicuba memecahkan kod tersebut namun tidak berhasil.
"Aku pernah nampak kod ni dekat loker arwah abang kau." Ken menunjuk ke arah kod 'MzR' itu. Dia ingat kalau itu adalah kod loker sukan milik arwah Zarif dulu.
"Dekat mana?" Tanya Ayyan dan Zafril serentak. Zafril sudah tersenyum sehingga ke telinga apabila telah menjumpai maksud disebalik satu kod.
"Tapi ni bahaya sikit. Dekat blok F5." Pudar senyuman mereka berdua. Bangunan sukan tingkatan 5. Matilah mereka nak masuk ke situ. Itu belum dikira lagi dengan kes Zafril yang telah menumbuk wajah seorang senior tingkatan 5 semalam sebelum cuti hujung minggu hari ini. Pasti ramai pelajar senior tingkatan 5 telah menjadikan mereka sebagai target.
******
Satu persatu gambar dilekatkan pada dinding. Senyuman yang seram menghiasi wajahnya. Dia berundur ke belakang untuk mengambil satu damak. Dia melontar damak tersebut dan mengenai gambar seorang pelajar perempuan.
"So.... you are the next." Pisau ditikam pada gambar tersebut bersebelahan dengan damak tadi. Dia melihat sehelai kertas yang dipenuhi dengan maklumat pelajar tersebut yang telah dicarinya sebelum ini.
"Group King...bolehlah ni."
Fikirannya sedang ligat merancang sesuatu untuk merancang sesuatu. Dia memerlukan masa dan tempat yang sempurna untuk melakukan semua ini.
Dia menatap sebuah bingkai gambar. Sayu sahaja pandangan dia pada gambar itu. Gambar dirinya bersama seseorang yang menjadi penyemangat hidupnya dulu. Bahagia sahaja mereka bertiga. Namun, gambar seorang lagi dicoretkan dengan pena berwarna merah berkali-kali.
"Pengkhianat." Satu kata yang mampu memberi pelbagai makna. Sakit yang tidak tertanggung selama ini dia tanggung seorang diri. Dia akan membalas segala perbuatan mereka untuk seseorang yang telah merana jiwanya disebabkan kejadian hitam lalu.
Memori lama kembali semula...
"Haha...cepatlah awak.. jom kita pergi!!" Suara seseorang yang pernah membuatkannya tersenyum dahulu kembali menjengah ke dalam kotak pemikirannya.
Sekejaplah..mereka berdua berpegangan tangan. Tiba-tiba, seseorang memeluk mereka dari belakang. Sahabat bertiga.
Katanya, sahabat selamanya.Tetapi kenapa perkara ini pula yang terjadi?Air mata yang mengalir dikesat kasar. Tajam matanya menatap muka seseorang yang dipadam dari gambar.
"Dah jadi arwah pun menyusahkan." dengusnya di situ.
Dia meninggalkan kawasan itu dan pulang ke rumah dengan perasaan yang tidak aman. Selagi dia belum berjaya membuat mereka semua membayar harga ke atas perbuatan pada masa lalu, selagi itu dia tidak akan tenang.
'Sometimes we don't even know long or deep the pain that someone endure until today.'
YOU ARE READING
HIDDEN CARD 1 : THE UNTOLD TRUTH [COMPLETE]
Mistério / SuspenseCover by: yyouraphrodite HIDDEN 1 SERIES: HIDDEN CARD: THE UNTOLD TRUTH "The truth that never been told...." Gaviel High-school Sekolah yang cukup terkenal dengan reputasinya dan anak-anak yang dihantar belajar di sini bukan calang-calang orang. S...