Bab 28

52 11 0
                                    


"Eh, kenapa senyap ni?" Ken melangkah masuk ke dalam rumah agam Adelia. Dia mengintai dari sisi cermin untuk melihat di manakah Ayyan dan Zafril berada. Tilam-tilam tadi telah siap dikemas. Tiba-tiba, dia disapa seseorang.

"Kau ni dah kenapa Arsher?" tanya Adriez. Daripada tadi dia memerhatikan tingkah laku Ken.

"Eh, Adriez! Lama tak jumpa." Tangan dihulurkan untuk bersalaman dengan jejaka ini.

"Kau cari kawan kau ke?"

"Haah."

"Diorang dah balik dah tadi. Itu pun tergesa-gesa. Mungkin sebab tak ada baju." Adriez menyisip kopi yang baru dibuat tadi dan berlalu ke ruang tamu.

'Bukan aku dah cakap ke baju aku ada dekat sini dalam bilik semalam?' katanya dalam hati.

"Budak tadi tu..." Dia menoleh ke arah Adriez.

"...muka dia hampir sama macam arwah Zarif. Adik dia ke?"

"Kau rasa?"

"Aku rasa betul. Perangai pun dah dekat sama dah tu." Ken mengangguk. Dia menonton berita yang disiar ulang di kaca televisyen. Terkejut dia menerima berita tersebut. Bukan ahli Hidden Card yang menjadi mangsa kali ni, namun si pembuli.

"Sekolah kau kan?" Tanya Adriez. Dia dah lama perasan dah ada beberapa buah kes kematian di sekolah Gaviel High-School itu. Siasatan semua tergantung begitu sahaja.

" Ya."

"Tragis juga sekolah kau ni. Asyik ada yang jadi arwah je. Hairan."

"Entahlah." Ken cuba untuk mengelakkan diri daripada menjawab soalan itu. Takkan nak cakap pengetua sekolahnya itu bermasalah? Habis rancangan untuk cari pembunuh tu nanti! Bukan dia tak tahu perangai Adriez ni. Nanti satu sekolah itu 'dikemaskini' olehnya.

"Tengok-tengokkan sikit Lia, takut apa-apa jadi dekat dia pula." Ken mengangguk. Nasib baik mereka adalah sepupu. Rumah Ken tiada orang, jadi dia selalu datang ke rumah Adelia. Tapi dia hanya duduk di tingkat bawah dan tidak pernah naik ke atas. Bilik tetamu di bawah sahaja yang selalu digunakannya. Sekurang-kurangnya dia tak berasa sunyi.

****

"Terima kasih Zaf bagi pinjam baju. Nasib baik muat."

" Kau bukan gemuk sangat pun." kata Zafril. Tadi mereka pulang segera kerana takut kalau Adriez tidak suka dengan kedatangan mereka, namun hakikatnya bertentangan. Adriez tak kisah pun mereka di situ. Mereka memilih untuk tinggal di tempat Zafril.

Zafril menarik papan hitam yang selama ini disembunyikan di belakang almari. Dia menulis beberapa perkataan dan ditarik anak panah untuk cuba menyambungkan petunjuk sekarang.

Ayyan melihat satu persatu petunjuk yang ditampal pada papan itu. Dia melihat kesungguhan Zafril untuk mencari dalang sebenar disebalik kematian abangnya. Dia rasa dia patut memberitahu Zafril tentang perkara yang dia tahu tentang arwah Zarif.

"Aku tak tahu kalau aku cerita benda ni.. kau percaya atau tak."

"Apa?"

"Arwah abang kau pernah ada kekasih. Tapi tak pasti siapa. Cuma pernah dengar khabar angin." Terhenti tangan Zafril tangan sedang menulis itu.

"Ada jugalah aku dengar ada orang kata diorang  ada bergaduh sebab orang ketiga. Tapi lepas abang kau meninggal dunia, teman wanita dia pun hilang. Tak tahu pergi mana. Pelik kan?."

"Kau tak tahu ke siapa?" Zafril merasakan kalau itu adalah perkara yang penting yang dia perlu tahu.

"Tak tahu, Zaf. Sebab cerita ni pun aku dengar daripada mulut orang."

"Macam mana kalau teman wanita dia pun terlibat?" Ayyan membuat spekulasi. Zafril pening memikirkan hal tersebut. Hidden card dan teman wanita Zarif. Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab?

Ketukan pintu yang bertalu-talu membuatkan dia berhenti berfikir seketika. Ayyan mendekati pintu dan mengintai disebalik lubang yang ada di pintu. Tiada sesiapa di luar. Dia menggelengkan kepala sambil memandang Zafril.

Selang beberapa saat, ketukan pintu kedengaran lagi. Zafril menolak papan hitam tadi ke belakang almari semula. Dia mendekati Ayyan dan turut mengintai. Kelihatan seperti seseorang melintasi pintu mereka. Dia ingin membuka pintu.

"Weyh Zaf, jangan! Kalau ada apa-apa nanti macam mana?" kata Ayyan dengan reaksi yang risau.

"Tak apa, kita tengok dulu. Kalau ada apa-apa, kita pukul dia pakai ini." Kayu besbol yang sempat diraih di belakang pintu ditunjukkan kepada rakannya.

Ding! Pintu dibuka dan kepada dijenguk ke luar. Kayu besbol bersedia di tangannya. Tiada orang. Tiba-tiba....

HIDDEN CARD 1 : THE UNTOLD TRUTH [COMPLETE] Where stories live. Discover now