Silau matanya melihat cahaya matahari. Maklumlah baru sahaja keluar dari tempat yang gelap. Dia melihat seseorang sedang menunggunya di hadapan balai polis tersebut.
"Masuk." Puan Cahaya membukakan pintu untuk anaknya. Sepanjang perjalanan itu, mereka berdua mendiamkan diri. Dia pasti berita tentang kematian pelajar itu telah sampai kepada ibunya. Hanya radio sahaja yang kedengaran dalam kereta. Puan Cahaya memberhentikan kereta di sebuah restoran dan berlalu keluar. Zafril hanya mengikuti langkah ibunya masuk ke dalam restoran tersebut.
"Nak makan apa?"
"Erm...sup ayam." Puan Cahaya mengangguk dan memanggil pelayan untuk mengambil pesanan mereka. Sementara makanan masih belum tiba, Zafril membuka mulutnya.
"Bukan Zaf yang...."
"Ibu tahu." Puan Cahaya memandang redup wajah anak lelakinya.
"Ibu tahu bukan Zaf yang buat. Kalau Zaf buat, kenapa Zaf tak takut langsung bertentang mata dengan ibu. Orang yang bersalah akan takut untuk tengok orang lain sebab diorang sedar apa yang diorang buat tu salah." Zafril mendiamkan diri. Dia sedikit terharu kerana ibunya mempercayai dirinya.
"Ibu ke yang ikat jamin Zaf tadi?"
"Bukan." Zafril mengerutkan dahinya. Siapa pula yang tolong dia keluar?Makanan yang telah siap diletakkan di atas meja oleh pelayan. Baru sahaja hendak menyuap makanan ke dalam mulut, telefon miliknya berdering.
'Baba.' Panggilan diangkat.
"Assalamualaikum baba.."
"Waalaikumussalam, apa yang Zaf cuba buat dekat sekolah? Berita tu dah tersebar luas tahu tak! Kenapa tolak budak lelaki tu?!" Ditarik telefon tersebut jauh dari telinganya. Pekak telinga dia mendengar suara Dato' Zahid yang boleh dikatakan agak kuat.
"Zaf!! Baba cakap dengan Zaf ni!" Telefon Zafril dicapai oleh Puan Cahaya. Dia menyuruh Zafril untuk menyambung makan. Dia menjauhi meja makan untuk menyambung panggilan itu.
"Hello, ni Cahaya bercakap. Dato' Zahid jangan risau. Saya tahu nak jaga anak saya macam mana. Dato' tak payah susah-susah nak tuduh anak saya. Dia tak bersalah."
"Kalau Zaf tak buat, kenapa dia kena tangkap? Orang yang bersalah sahaja kena tangkap!"
"Ye ke? Kalau macam tu, kenapa Dato' Zahid masih bebas?" sinis sahaja suara Puan Cahaya menyindir. Terkelu lidah Dato' Zahid untuk berkata-kata.
"Jangan ingat saya tak tahu apa awak buat, Zahid. Saya rasa awak tak lupa apa alasan kita berpisah dulu." Panggilan dimatikan dan dia kembali ke meja makan.
"Dah habis ke?" Zafril masih lagi menyuap makanan ke dalam mulut. Puan Cahaya menunggu anaknya habis makan sambil menghirup air kopi.
***
"Semua pelajar, sila berkumpul di dewan utama. Para pentadbir sekolah akan membuat satu pengumuman." Bergema pembesar suara sekolah menyeru pelajar untuk berkumpul di dewan utama. Ramai wartawan datang untuk mencatat dan membuat siaran langsung tentang kes berkenaan.
Ken dan Ayyan melangkah berdua ke dalam dewan itu. Ken memandang ke arah Adelia yang berada di sebelah barisan pelajar perempuan. Gadis itu menoleh dan menunjukkan tanda 'good' kepada Ken. Lega rasanya, Zafril pasti sudah keluar daripada balai tadi.
Suasana menjadi senyap serta-merta apabila para pentadbir sekolah berada di atas pentas. Pengetua sekolah berjalan ke hadapan pentas. Banyak kamera sedang hendak sibuk merakam ucapan yang bakal disampaikan oleh pengetua sekolah Gaviel High-School.
"Dukacita dimaklumkan sekolah kita telah kehilangan seorang pelajar pada 3 hari yang lalu. Takziah diucapkan kepada ibu bapa pelajar tersebut. Pihak polis masih lagi menyiasat kejadian yang berlaku dan saya pasti ramai masih lagi menyangka seorang pelajar dari sekolah kita yang telah ditahan merupakan pembunuh. Jadi, saya ingin memaklumkan bahawa hasil siasatan menunjukkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan pelajar yang tersangka itu sebagai pembunuh yang sebenar." Ramai pelajar terkejut dengan maklumat yang baru diberitahu. Sebahagian besar mereka mempercayai apa yang dikatakan, manakala selebihnya mempercayai disebaliknya.
"Jadi, saya ingin membersihkan nama yang tertuduh dan menjelaskan bahawa dia tidak bersalah. Kehadiran pelajar itu di tingkat atas itu merupakan satu kebetulan sahaja. Saya juga ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang telah berlaku, terutamanya kepada ibubapa pelajar yang telah menjadi korban." tambah pengetua lagi. Dia membongkokkan badannya sedikit dan berlalu pergi menuruni tangga.
Ramai wartawan mendekati ke arah pengetua sekolah itu. Mereka mula menanyakan pelbagai soalan namun dihalang oleh beberapa orang pengawal untuk terlalu dekat dengan pengetua sekolah.
***
Telefon pintar itu diserahkan kepada King untuk melihat video yang baru dipaparkan dan menjadi viral. Siaran secara langsung itu ditonton oleh King sehingga tamat. Dia memberi telefon semula kepada Queen.
"Next plan?" Queen tidak menjawab. Dia juga menjadi buntu. Dia telah menyuruh Joker untuk memeriksa tempat kejadian tadi, tetapi tidak tahulah jika dia akan menjumpai sesuatu.
"Tunggu si Zafril masuk sekolah semula, baru kita fikir apa nak buat. Dia menarik laci meja di hadapannya. Sehelai nota ugutan yang pernah diterima Ace dahulu dikeluarkan. Tulisan itu. Macam pernah dilihat sebelum ini. Dia mengeluh. Telefonnya berbunyi menunjukkan sebuah mesej masuk.
'Aku dah jumpa something.' - Joker.
'Bawa ke sini.' - Queen.
"Nampaknya dia dah jumpa sesuatu." Queen memberitahu King yang sedang sibuk menyelesaikan kiub rubik.
"Aku harap membantulah." Dia berharap 'sesuatu' yang dijumpai Joker ini boleh memberi petunjuk kepada mereka. Dia duduk dan mula mengeluarkan kotak kad.
"Wanna play?" King mengangkat keningnya. Kemudian ,dia menggelengkan kepalanya sahaja. Queen tersenyum nipis. Tak mengapa, dia main sendiri pun boleh. Dia menyusun kad poker utama di atas meja. 'Ace, King, Queen, Joker.' Kad Ace diambil dan ditenung.
'I wish you are still here.'
"Time is like gold. Catch for it or you gonna lose it forever."
YOU ARE READING
HIDDEN CARD 1 : THE UNTOLD TRUTH [COMPLETE]
Mystery / ThrillerHIDDEN 1 SERIES: HIDDEN CARD: THE UNTOLD TRUTH "The truth that never been told...." Gaviel High-school Sekolah yang cukup terkenal dengan reputasinya dan anak-anak yang dihantar belajar di sini bukan calang-calang orang. Sama ada pintar atau kaya,i...