Caden menutup telefonnya saat melihat Adriez mendekati mereka. Dia hanya berjalan terus ke arah wad Adelia. Mereka tidak boleh masuk, hanya dibenarkan untuk melawat Adelia di sebalik cermin kaca sahaja. Adriez cukup pilu melihat adiknya berselirat dengan pelbagai wayar dari mesin bantuan hayat."Aku minta maaf Adriez. Aku tak jaga dia dengan baik selama ni." kata Ken sambil memandang ke bawah. Dia tidak berani bertentang mata dengan Adriez.
"Tak apa. Benda dah jadi Ken." Dia melihat sekelilingnya namun dia tidak dapat nampak bayang seseorang.
"Mana Zafril?" Mereka turut memandang ke persekitaran mereka. Hilang! Zafril tiada bersama mereka. Ken dan Caden bertaut pandangan sebelum mereka berdua segera berlari Mei meninggalkan Adriez yang terpinga-pinga dengan perlakuan mereka.
"Kenapa tu?" tanyanya kepada Ayyan. Cassandra tiada di situ, gadis itu telah meminta diri ke tandas. Ayyan yang menyedari sesuatu juga turut berlari meninggalkan Adriez.
"Kalau tak nak teman aku cakaplah! Hmph!" katanya sambil melabuhkan punggung ke atas sebuah kerusi. Dia telah mengetahui keadaan Adelia. Sekarang, hanya tinggal dia dan Cassandra sahaja di situ. Bagus! Selepas gadis itu kembali, dia mempunyai beberapa soalan yang memerlukan jawapan daripada gadis tersebut.
"Hmm...You are messing with a wrong person."
Flashback
Saat dia dalam perjalanan ke hospital, dia menerima sebuah mesej dari Ken. Pdf? Adriez menekan pdf tersebut dan mendapati ianya bukan kosong. Maklumat seseorang yang selama ini menjadi musuh dalam selimut Hidden Card.
Dia mengetahui tentang Hidden Card selepas kematian Zarif semasa dia menyiasat punca kemalangan Adelia 2 tahun yang lalu. Patutlah adiknya itu sanggup menggunakan pengaruh yang ada untuk melakukan sesuatu dahulu.
End of Flashback.
"Tak sangka, kawan baik sendiri tikam belakang sendiri." gumamnya sendirian. Matanya menatap ke arah Cassandra yang datang menghampirinya sambil tersenyum. Senyuman palsu dan gugup.
"Here we are."
"Ya?" tanya Cassandra.
"Nothing. Duduklah." Ditepuk perlahan kerusi di tepinya.
"So, mind to explain?"
"About what?"
"Don't act like you don't know anything, Cassandra. Cukup jadi pengkhianat, tak perlu jadi penipu pula." katanya sambil menatap tajam ke arah gadis di sebelahnya.
Cassandra terkedu sebentar sebelum reaksi wajahnya berubah.
"So, I got caught." katanya sambil tertawa kecil. Ya, dia yang membantu pembunuh sebenar untuk mendapatkan akses dalam melaksanakan rancangannya. Dia benci! Benci tidak terhingga terhadap Hidden Card.
Tidak hairanlah tadi, dia seakan tidak melihat sang pembunuh yang tergesa-gesa keluar dari bilik penyiaran sedangkan dia berada beberapa langkah sahaja dari situ. Dia cuma perlukan beberapa air mata untuk berlakon seolah-olah dia sangat sedih.
"Kenapa?"
***
Zafril menghampiri bangunan terbiar itu berhati-hati. Dia tidak tahu apa yang akan dihadapinya sebentar lagi. Rasa macam tindakan yang bodoh pula datang ke sini tanpa memberitahu sesiapa namun kalau itu yang membuatkan dirinya mendapat jawapan yang diinginkan, dia sanggup.
Langkah kaki diteruskan masuk ke dalam bangunan tersebut. Bergema bunyi tapak kasutnya saat berjalan di dalam bangunan itu. Dia mendengar notifikasi dari telefonnya.
'Kau dah sampai... Bagus - bagus!' -Unknown.
'Sweet Dreams.' - Unknown.
'Maksudnya?' Dia merasakan ada seseorang di belakangnya. Belum sempat dia menoleh, kepalanya dipukul kuat dengan sesuatu. Berbalam-balam pandangannya sebelum dia sempat melihat bayang orang tersebut.
"Kau!!" Kepalanya yang berdarah dipegang kuat untuk menahan rasa sakit yang dirasainya sekarang.
"Ya, aku!" Dia menghentak kuat kayu besbol itu di belakang badan Zafril saat dia cuba untuk bangkit.
"Kenapa?"
"Sebab aku benci diorang!!! Diorang yang patut mati, bukan dia!" Tangannya ditunjukkan ke arah gambar seseorang yang ada ditangannya. Macam kenal... sekejap! Itu bukan....
"Athelia mati sebab diorang!"
"Tak... Kau silap." kata Zafril. Dia mengesot ke arah dinding bangunan itu. Zafril bersandar pada dinding itu. Dia menatap wajah yang dia cukup kenali di hadapannya. Siapa sangka, orang dia cari selama ini hanya ada di sekitarnya sahaja.
"Zaf!!" Kedengaran suara seseorang menjerit memanggilnya. Suara Ken!
"Nampaknya diorang dah datang. Bagus!"
Tak lama lagi, dendamnya akan terbalas. Dia tidak perlu lagi merasakan kesakitan bersendirian. Hidden Card bodoh! Ditangannya sekarang ada seseorang yang mereka lindungi selama ini. Pasti ketuanya sendiri yang datang sebagaimana nota yang dia sempat tinggalkan di bilik penyiaran tadi.
Zafril menatap ke hadapannya. Dia melihat keseronokan pada wajah orang itu. Kata kawan, jadi kenapa dia sanggup mengkhianati kawannya sendiri!
YOU ARE READING
HIDDEN CARD 1 : THE UNTOLD TRUTH [COMPLETE]
Mystery / ThrillerHIDDEN 1 SERIES: HIDDEN CARD: THE UNTOLD TRUTH "The truth that never been told...." Gaviel High-school Sekolah yang cukup terkenal dengan reputasinya dan anak-anak yang dihantar belajar di sini bukan calang-calang orang. Sama ada pintar atau kaya,i...