Bab 24

46 11 0
                                    


"Apa nak jadi dengan kamu berdua ni!" jerkah Cikgu Zaki. Mendidih darahnya saat mendengar pergaduhan di antara ketua pengawas tingkatan 4 dan tingkatan 5.

"Tak malu? Ketua pengawas yang bergaduh, bukan pelajar biasa! Sepatutnya tanggungjawab kamu berdua untuk memastikan tiada sesiapa pun yang bergaduh dalam kalangan pelajar bukannya kamu yang bergaduh!"

Ken dan Caden hanya membisu mendengar suara guru disiplin itu bergema di bilik disiplin ini. Tanggungjawab? Kalau tanggungjawab sudah dijalankan namun pengaruh atau kepandaian yang diukur apa gunanya? Ken berdecit ketika itu.

"Tck!"

"Kamu ni kenapa Ken? Tak sabar sangat nak kena buang sekolah?"

"Cikgu berani ke?" sinis sahaja Ken membalas. Cikgu Zaki terdiam. Dia tahu dia tidak mampu untuk melawan pengaruh beberapa orang pelajar seperti Ken. Namun, dia belum pernah melihat Ken menimbulkan masalah. Ini kali pertama dan jarang sekali Ken menggunakan pengaruh keluarganya.

"Sudahlah. Ken, ini amaran pertama untuk kamu. Tolonglah, sekolah sekarang ada banyak masalah terutamanya dengan kes-kes pembunuhan yang tiada penyelesaian lagi."

"Pengetua dia pun bermasalah juga, nak buat macam mana?" Cikgu Zaki menghela nafasnya. Dia cuba bersabar dengan kata-kata Ken sekarang yang dikategorikan sebagai biadap. Dia menyuruh mereka berdua keluar sebelum dia mendengar lebih banyak lagi kata-kata yang tidak sepatutnya keluar dari mulut Ken.

"Zafril macam mana?" tanya Caden sebaik sahaja mereka keluar.

"Okay. Thanks tolong aku tadi." Ken memandang Caden dan berlalu pergi. Caden tahu kenapa Ken tiba-tiba menumbuk wajahnya. Dia ingin menimbulkan kekecohan supaya perhatian para pelajar lain teralih. Dia memberikan Ayyan ruang untuk mencari Zafril dengan lebih cepat. Dia juga turut perasan keadaan Zafril yang telah dibawa pergi oleh Aryan tadi. Seperti baru lepas bertumbuk seperti mereka. Maksudnya, betullah ada yang ingin membuli pelajar itu.

"Macam manalah aku boleh terlibat sama ni?" gumamnya sendiri. Dia berjalan pergi dari situ dan masuk ke dalam kelasnya.

****

Ken masuk ke dalam bilik penyiaran. Dia mencari Adelia namun yang dia lihat hanya Cassandra sahaja yang berada di situ. Gadis itu kelihatan canggung memandangnya.

"Sorry." Baru sahaja hendak keluar, Cassandra memanggilnya.

"Masuklah, erm saya tolong awak." Cassandra menunjukkan peti kecemasan kepada Ken. Dia masuk semula dan duduk di sofa. Cassandra mula merawat Ken namun dia sedikit terganggu apabila irisnya bertembung dengan iris Ken beberapa kali.

"Done."

"Thank you." Ken mengangguk sedikit dan bangun dari duduknya. Terkejut mereka saat melihat seseorang memandang mereka dengan senyuman mengusik.

"Wow! What a kdrama in the morning." Ken segera keluar dari bilik itu dan Cassandra memandang ke arah lain. Dia tidak perasan langsung bila Adelia masuk.

"Seem's like you are happy or maybe shy...?" Cassandra membaling bantal kusyen ke arah Adelia. Adelia mengelak dan mengambil tempat duduknya. Memori lama kembali menjengah ke dalam fikirannnya. Tersenyum dia sendirian.

****

Zafril yang duduk di tempatnya memandang ke arah pintu apabila Ken masuk. Wajahnya bukan bengis seperti tadi. Senyum sehingga ke telinga.
Ayyan ternganga memandang Ken yang menghampiri mereka. Kena pukul pun senyum.

" Hey, hey, hey " tegur Ken.

"Apahal kau? Disampuk setan?"

"Heheheheh." Dia ketawa sambil duduk. Ayyan memegang lengan Zafril.

" Weh, Zaf kau tampar sikit muka dia ni. Aku takut 'benda' semalam sampuk dia."

"Otak kau." Tak nak dia ingat apa yang terjadi semalam. Nasib baik kuat semangat kalau tidak tak tahulah apa jadi.

"Kau dengan Caden okay tak tadi?"

"Okay je. Alah.. setakat kena warning, apa ada hal. Lagipun, dia berani ke nak buang aku dari sekolah?"

Zafril dan Ayyan mengiyakan kata-kata Ken. Bukan mereka tak tahu lagi bagaimana sistem sekolah ini berfungsi.
Ken adalah anak kepada seorang ahli perniagaan yang terkenal, Kaizen Xyan.

Berani ke pihak sekolah hendak menyentuh anak kepada pemilik syarikat K Group yang masyhur dalam bidang perniagaan.

" Zaf tadi siapa yang pukul kau?" tanya Ken. Ayyan juga memberikan perhatian kepada Zafril.

"Darwin and the gang. Sebab hari tu punya masalah."

"Haish! Tak habis-habis buat masalah. Tunggu dia nanti." Ayyan hanya mendiamkan diri. Dia terfikir bagaimana Darwin mengetahui nama Zafril.

"Jap...macam mana dia tahu nama kau sedangkan kita tak pakai tag nama hari tu. Kan kita pakai baju PJK?" Mereka bertiga terdiam mendengar soalan Ayyan. Benar juga.

"Ken, kau dah baca ke surat yang kita ambil haritu?" tanya Zafril. Ken menggelengkan kepalanya.

"Nanti balik, kita baca sama-sama. Zaf, bawa diari tu sekali." kata Ken.

"Kau tak takut kalau ada orang yang ikut kita?" tanya Ayyan. Dia agak risau.  Rasanya seperti ada yang menjadikan Zafril sebagai target.

"Tak apa..Aku tahu tempat mana yang selamat." Ken tersenyum sambil memandang ke arah dua orang yang bingung mendengar ucapannya. Dia tahu ke mana harus mereka tuju balik nanti. Puan Nora yang melangkah masuk ke dalam kelas membuatkan mereka kembali memandang ke hadapan dan suasana kelas menjadi senyap sahaja.

HIDDEN CARD 1 : THE UNTOLD TRUTH [COMPLETE] Where stories live. Discover now